Monday, November 9, 2015

Pagi Jumaat - Nat Tok Jalai 2001

Macam biasa cuti sekolah aku tolong bapak aku niaga apam balik kat Nat Tok Jalai.
Datang sorang customer pesan apam balik.

"Adik nama siapa"
"Ilyas"

"Rajin Ilyas tolong ayah niaga, masih sekolah ke? Saya Abg Din"
"Aah masih sekolah"

"Ilyas tengok Abg Din, Abg Din ada bisnes senang nak kaya. Pendaftaran seumur hidup, goyang kaki pun dapat duit. Tapi kalau Ilyas suka niaga panas-panas macam ni terpulanglah"
"Saya sekolah lagi bang"

"Abg Din sekolah tak tinggi pun mampu pakai 3 bijik kereta, ayah Ilyas ada berapa bijik kereta?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Bapak saya ada lori. Abang Din ada lori?"


Tu kali terakhir aku jumpa Abang Din. Entah apa la jadi kat dia sekarang.

Saturday, June 6, 2015

Drama pagi ahad

Bini tanya:
"Kalau saya masak untuk awak, boleh pergi Melbourne ke?"

Aku jawab:
"Better dari Melbourne."

Bini sambil gelak-gelak tanya balik:
"Kat mana tu?"

Aku:
"Syurga, insyaAllah."

Wednesday, March 18, 2015

Ringkasan tahun sebab dah jadi pelupa.

2014.
Januari kawin. Februari kenduri. Mac honeymoon. April-Mei-Jun-Julai perit ya amat.
Julai nampak sinar harapan. Ogos-September perit tapi lucu.
Oktober rezeki mencurah-curah. November-Disember Terengganu banjir mencurah-curah.