Dalam masa aku tak menulis ni banyak benda dah jadi.
Kawan-kawan ramai dah kahwin, beranak pinak, dan ada yang dah meninggal.
Disember 2011 aku sempat melawat arwah kat rumah dia di Kemaman.
Keadaan arwah sangat lain dari yang aku jumpa masa belajar dulu.
Tapi masih boleh melawak, gelak-gelak macam biasa.
Sedar-sedar dapat SMS yang beliau dah pergi mengadap-Nya.
Semoga tenang baik-baik saja kat sana, sahabat.