Monday, June 24, 2013

Datang balik

Ok. Ni comeback kali ke berapa aku pun tak ingat.
Writer's block they said.
Malas I said.

Bukak balik blog ni tadi. Tengok entri lama-lama jadi malu pun ada.
Lame gila babi. Nak kata zaman budak-budak, 2008 tu aku dah besar kot, haha!

Ok dipendekkan cerita last aku cerita dulu, konvo 2009, dapat first job 2010 kat Pasir Gudang, kilang oleochemical, 2011 dapat second job kat Kulim, kilang sarung tangan, kerja kerja kerja sedar-sedar dah 2013, jobless. Sori. Boss-less.

Terima kasih sebab sudi baca blog aku lagi!

Monday, May 7, 2012

Terima kasih

Kena panggil dengan bos tu biasa.
Kena marah dengan bos tu biasa.
Kena maki dengan bos tu biasa.

Siapa-siapa yang dapat bos macam tu, lepas kena panggil, kena marah, kena maki, ambik benda-benda tu semua dengan positif.
Anggap bos macam ayah, mak, kakak, abang yang tak suka tengok kita fucked up dengan kerja-kerja yang dia bagi.
Fucked up benda-benda yang boleh buat kita maju.
Fucked up benda-benda yang boleh buat kita berjaya.

Ah, bos aku Cina, Hindu, Mat Saleh maki aku sebab aku lain warna kulit.
Lain bahasa.
Lain bangsa.
Lain agama.
Lain saiz seluar. Ok tak berkaitan.

Persetankan.

Dia dah tegur. Mungkin dengan cara keras.
Nak kita berjaya. Jadi positif.

Lebih baik dari bos yang tak pernah marah.
Tak pernah maki.
Duduk semeja bergelak ketawa.
Tepuk tampar lupa dunia.

Tapi bercerita benda-benda negatif tentang kau di luar sana.
Bukan orang-orang di tepi jalan.
Bukan makcik-pakcik tukang kebun.
Tapi bos besar sambil mengharapkan kau bakal ditendang keluar.

Kau pandai cakap saja.
Kau pandai temberang saja.
Habuk pun tarak!

Bos mana lagi kau suka?



Oh Tuhan. Aku rindu Mr. Saravanan.

Tuesday, June 28, 2011

Thursday, September 23, 2010

Kool

Aku rasa kalau tanya mana-mana orang mesti semua orang nak jadi kool. Apa barang jadi mat belia. Mana ada awek pandang.
Jadi semua orang berlumba-lumba nak jadi kool. Tak nak jadi mat belia. Nak awek semua pandang.

Aku perasan benda ni masa aku darjah 3. Keluar surat khabar Eric Cantona sepak kungfu penyokong Crystal Palace. Semua orang nak jadi Eric Cantona. Nak jadi kool. Pakai baju sekolah kolar nak angkat walaupun rambut belah tepi pakai tali pinggang halus.

Lepas musim Cantona kawan-kawan aku semua layan 2by2 yang duet dengan Siti Nurhaliza, Budak Kacamata, E.Y.E sebab zaman tu memang musim rock nangis keluar hingus. Siapa tak layan rock nangis keluar hingus memang tak kool dan kena menganjing dalam kelas. Yang mana pergi tuisyen semua dah pasang angan-angan nak nyanyi rock nangis dengan kawan perempuan sekelas. Maklum la sekolah laki semua.



Masuk sekolah menengah orang berlumba-lumba minat Limp Bizkit. Eh setengah layan Limp Bizkit, setengah layan Backstreet Boys/N'Sync/Westlife. Bila aku masuk form 3, kepandaian rapping di kalangan kawan-kawan digunapakai untuk layan Linkin Park, Limp Bizkit tolak tepi.

Masuk zaman indie semua orang nak pegang gitar, nak ada band. Bukan 'Ada Band' Indonesia tu. Nak mempunyai band kugiran dengan member-member. Nak masuk gig. Nak pergi konsert. Search google kat mana 'Rumah Pena'.
"Apa? Hang tak pernah pi gig? Tak 'Jiwa Kosong' la hang ni"

Lepas tu musim Bukit Broga. Wajib ada gambar dengan kawan-kawan kat Bukit Broga. Kamera pulak tak layan digital kamera biasa-biasa. Wajib DSLR. Baru gambar cantik! Nama album mesti 'NIKON dxxxx', walaupun gambar sama kualiti macam gambar handset tapi siapa peduli, kan dah tulis model kamera kat situ.

Oyeah. Sekarang (sekarang ke? tapi aku baru saja perasan gelombang ni), sana sini situ sinun dalam facebook mesti ada tulis 'Jom Potluck!', 'Potluck Jom!', 'Mari Potluck!' dan sebagainya. Ataupun jenis matang sikit senyap-senyap saja tiba-tiba dah ada photo album bertajuk Potluck Goodluck~~.

Aku biasanya trend terkini masakini(mula perenggan ke-3, aku tak boleh nafikan Cantona memang kool gila dingdong) aku kurang ambik tahu sikit. Malas. Tapi penangan potluck ni betul-betul buat aku nak tahu. Manalah tau dengan main/tengok/pergi/join Potluck nasib aku bakal berubah. Oh ya aku agak bernasib malang kebelakangan ni walaupun tak semalang Dupey yang pernah pecahkan konkrit penutup longkang semasa skipping.

Tadi aku baru google apa maksud potluck (sumpah aku tak pernah tahu sebelum ni).

Abang wiki said:
A potluck is a gathering of people where each person or group of people contributes a dish of food to be shared among the group.


Aku tertunduk. Memikirkan apa dosa aku yang lepas-lepas sampaikan hari ini aku baru tahu maksud potluck.

Benda ni masa sekolah dulu aku panggil

'Jamuan Kelas 6 Sepadu'.

Tuesday, September 14, 2010

Pengalaman gua balik raya

Anak (A): Ayah, bestnya balik kampung. Boleh jumpa datuk, nenek, pak long, ayam, itik..

Bapak (B): Eh mesti la best. Tak lama lagi sampai la kita kat kampung.

A: Ayah, apa maksud papan tanda 110 km/j tu? (tuding jari ke papan tanda).

B: Tu maksudnya halaju maksimum 110 km sejam. Cuba tengok meter kereta ni. Mesti tak lebih 110.

A: Oh kalau macam tu sekarang ayah bawak 60 km/j kira boleh la?

B: Mestilah boleh. Lagipun kan kat TV ada cakap biar lambat asal selamat.

A: Lagi satu ayah, kenapa ayah asyik main brek sedangkan kereta depan jauh lagi dari kita?

B: Kita kena pastikan jarak yang selamat dengan kereta depan. Manalah tau tiba-tiba kereta depan brek emergency, kalau dah dekat sangat kan mesti tercium bontot kereta depan kan?

A: Tapi ayah, kalau polis ada dekat-dekat sini mesti ramai yang kena saman kan? Banyak sangat kereta yang potong kita dari kiri. Salah kan ayah?

B: Ehhh.. Mestilah salah memotong kat lane kiri. (sambil memandang gua tengah mengacung jari tengah sambil memotong.)


Selamat Hari Raya.