Monday, November 9, 2015

Pagi Jumaat - Nat Tok Jalai 2001

Macam biasa cuti sekolah aku tolong bapak aku niaga apam balik kat Nat Tok Jalai.
Datang sorang customer pesan apam balik.

"Adik nama siapa"
"Ilyas"

"Rajin Ilyas tolong ayah niaga, masih sekolah ke? Saya Abg Din"
"Aah masih sekolah"

"Ilyas tengok Abg Din, Abg Din ada bisnes senang nak kaya. Pendaftaran seumur hidup, goyang kaki pun dapat duit. Tapi kalau Ilyas suka niaga panas-panas macam ni terpulanglah"
"Saya sekolah lagi bang"

"Abg Din sekolah tak tinggi pun mampu pakai 3 bijik kereta, ayah Ilyas ada berapa bijik kereta?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Bapak saya ada lori. Abang Din ada lori?"


Tu kali terakhir aku jumpa Abang Din. Entah apa la jadi kat dia sekarang.

Saturday, June 6, 2015

Drama pagi ahad

Bini tanya:
"Kalau saya masak untuk awak, boleh pergi Melbourne ke?"

Aku jawab:
"Better dari Melbourne."

Bini sambil gelak-gelak tanya balik:
"Kat mana tu?"

Aku:
"Syurga, insyaAllah."

Wednesday, March 18, 2015

Ringkasan tahun sebab dah jadi pelupa.

2014.
Januari kawin. Februari kenduri. Mac honeymoon. April-Mei-Jun-Julai perit ya amat.
Julai nampak sinar harapan. Ogos-September perit tapi lucu.
Oktober rezeki mencurah-curah. November-Disember Terengganu banjir mencurah-curah.

Wednesday, June 26, 2013

Flashback

2 hari lepas aku belek-belek balik gambar lama terjumpa la balik gambar masa belajar, masa kerja dan aku bandingkan dengan gambar aku sekarang.


Tahun 2009 final year aku belajar kat universiti. Duit tak berapa nak ada, makan cukup, rokok 2 kotak sehari, sekotak dunhill, sekotak rokok bola, main bola petang-petang tak pernah tinggal. Badan nampak macam fit, boleh la buat main futsal.

Tahun 2010, first year start kerja. Duit ada la sikit-sikit, makan tak berapa nak cukup pun, rokok dunhill 2 kotak (sebab ni la duit tak cukup kot), main bola petang-petang jangan harap, main futsal 5 minit dah nampak bintang

Tahun 2013, 2 tahun lebih kerja kilang. Duit ada la sikit-sikit, makan cukup, rokok dah berenti, main bola petang-petang tadak. Futsal belum test power. Tapi boleh hiking 7 km tak letih langsung.

Dulu aku pernah ada gastrik sampai tahap kena cucuk kat bawah pinggang belakang badan sebab makan yang tak tentu hala, tak tentu masa. Resdung pun ada sampai tahap jerawat belakang badan nak tidur pun tak boleh tidur terlentang, mesti mengiring, kalau la masa tengah tidur tu nak tukar side, mesti terjaga sebab sakit jerawat tu.

Dalam sakit-sakit tu rasa macam ok lagi, ramai lagi yang lagi sakit. Bersyukur la kan, haha!
Sampai la satu tahap aku ada kena macam masalah emosi yang pelik gila. Bangun tidur rasa moody, sedih, nak marah, etc.
Aku pun cuba google dan aku dapati hormon aku macam ada masalah akibat dari stress kerja. Aku memang jenis yang tak prefer jumpa doktor ambik ubat sebab yang aku tau untuk masalah emosi ni doktor mungkin bagi ubat penenang ja.

Sampai la coach aku perkenalkan Herbalife.
Aku mula kenal Herbalife ni masa belajar kat universiti dulu. Masa tu ingatkan Herbalife ni ubat kurus sebab kawan aku yang mula-mula ambik memang gemuk pun.
Aku pun mula guna produk Herbalife kat Kulim ni melalui trial 5 hari.
Hari pertama aku minum teamix Herbalife aku duduk betul-betul kat bawah aircond tapi baju aku basah sebab peluh keluar tak berenti! Toksin keluar kata coach aku. Aku iyakan saja lahhh.
Hari ketiga aku mula perasan yang aku bangun tidur dah boleh senyum, sebelum ni rasa macam nak belasah orang pun ada. Badan dah rasa ringan. Habis hari kelima berat aku turun 0.5kg saja (sebab aku cheat, lepas habis minum aku beli burger makan kat rumah).

Aku mula beli produk 1 set Start Now Pack, minum kat rumah. Lupa nak cerita, dulu aku makan nasik 4 kali sehari, pagi nasik lemak, tengahari nasik campur, petang nasik goreng, malam nasik goreng (mau tak kembang!). Bulan pertama aku dengan Herbalife memang mencabar sikit, susah nak tinggal nasik lemak sedap kat kantin kilang. Mula ambik selang-selang. Lepas seminggu aku balik Alor Setar, mak aku tanya "Hang teruk kerja ka, kena kencing manis? Susut ja badan". Gila. Baru seminggu kot mak aku dah perasan. Bila check rupanya berat aku dah turun 1kg. Tak serius pun berat boleh turun?
Start dari situ aku pun mula la serius.

Alhamdulillah gastrik aku dah sembuh, resdung aku makin baik, jerawat belakang badan dah takdak, bonus aku turun 10kg dalam 3bulan, pinggang aku reshape dari 34 ke 30!

Monday, June 24, 2013

Tribute

Dalam masa aku tak menulis ni banyak benda dah jadi.
Kawan-kawan ramai dah kahwin, beranak pinak, dan ada yang dah meninggal.
Disember 2011 aku sempat melawat arwah kat rumah dia di Kemaman.
Keadaan arwah sangat lain dari yang aku jumpa masa belajar dulu.
Tapi masih boleh melawak, gelak-gelak macam biasa.

Sedar-sedar dapat SMS yang beliau dah pergi mengadap-Nya.

Semoga tenang baik-baik saja kat sana, sahabat.