Sunday, May 17, 2009

Kegiatan Pada Hari Cuti yang Saya Suka

Hah baca entri saja mesti terasa macam nak pergi bercuti, tidur sepuas-puasnya takpun menonton AF..Kan? Maaf anda salah teka.

Kegiatan biasanya pada hari cuti persekolahan ini biasanya aku isi dengan kegiatan berfaedah iaitu menjual apam balik di pasar malam. Ketika di bangku sekolah juga sama. Aku akan berniaga di pasar malam pada musim cuti sekolah. Tapi lepas itu mesti kena kutuk kaw-kaw dengan rakan sebaya kerana merasakan adalah tidak kool berniaga ketika berumur setahun jagung.

Tetapi kejadian ini berbeza apabila sudah besar. Bila aku bagitau berniaga ketika cuti rata-rata rakan sebaya akan kagum dan menyatakan minat yang sama untuk berniaga. Aku pun tak faham kenapa, mungkin lelaki bujang dan sudah berumur amat kool beraksi di pasar malam. Teori bodoh apa tu aku pun tak tahu.

Baik. Aku memulakan hari pertama pada hari khamis yang lalu. Posisi pembuat apam balik sengaja aku serahkan pada rakan sejawat aku, Zaid manakala aku berada pada posisi pemotong dan pembungkus. Baru boleh bersosial. Biasanya hari pertama aku agak kekok memotong. Biasalah, tune belum betul. Tapi kali ini aku agak hairan. Pisau rasanya amat sebati dengan tangan. Meluncur laju dengan lancar (sebab baru lepas diasah).

Kemahiran bersosial amat penting dalam pekerjaan ini. Contoh dialog:

"Ya kak long, apam balik sedap ada, putu buluh sedap ada" kata aku.

"Apa yang tak sedap kat sini? Nak yang tu la" kata pelanggan.

"Tapak kaki saya" kata aku.

*gelak bersama-sama pelanggan*

ok potong tahi (cut the crap).

Begitulah cerita pendek pengalaman aku. Sesiapa yang mahu membeli apam balik di sekitar Kubang Pasu membawa ke Changlun, atau Bedong pada hari selasa, sila tanya apam balik pakcik Zubir. Anda tak akan menyesal (promote baik punya).

Nota Sendiri Tambah:
Fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang apam balik:

1) Apam balik dipercayai berasal dari Indonesia. Tetapi di sana orang memanggilnya 'martabak' manakala 'murtabak' yang dijual secara besar-besaran di pasar ramadan itu dipanggil 'martabak mesir'.

2) Berlainan di Sulawesi, apam balik dikenali sebagai 'Kuih Terang Bulan'. Teruk gila nama.

3) Jika anda membeli apam balik yang besar, kebanyakan pembeli akan memilih apam balik yang betul-betul baru diangkat dari atas acuan kemudian meronda-ronda sebelum pulang ke rumah. Ini adalah kesalahan yang amat serius kerana apam balik panas itu akan 'berpeluh' menyebabkan rasa tawar dan pahit akan wujud pada apam balik itu.

4) Cara yang sebenar ialah anda pergi meronda-ronda dahulu kemudian baru beli apam balik dan terus 'balik' atau pulang ke rumah. Sekarang sudah faham kenapa dipanggil apam 'balik'?

5) Bagi apam balik yang kecil juga cara yang sama. Ini kerana apam balik kecil yang sudah sejuk akan menjadi lempeng dan liat bila digigit.

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Aku tak bersetuju dengan pepatah

"Orang yang luar biasa terdidik dari seorang guru biasa"

Walaupun aku orang biasa tapi aku percaya semua cikgu-cikgu, ustat-ustazah, pensyarah-pensyarah dari darjah satu sampai tahun empat universiti ialah guru yang luar biasa.

Selamat Hari Guru.

(Entri ini langsung tiada unsur bodek. Harap maklum)

Sunday, May 10, 2009

Adun Sekali Cerita Jadi Rojak

Kalau kau belajar agama mungkin tahu maksud uznuzzon(aku tak reti eja menda ni dalam rumi, jawi ja reti) yang bermaksud bersangka baik. Bersangka baik ialah sifat terpuji yang harus ada di dalam diri setiap insan.

Ketika zaman dahulu.. Ah aku dah lupa. Tadi bukan main berkobar-kobar nak tulis entri baru.

Ok sebenarnya aku nak tulis pasal bola. Pada zaman dahulu, pasukan tidak berapa ternama di England bernama Liverpool mempunyai seorang keeper atau bahasa manjanya goalie yang bernama Jerzy Dudek. Sesiapa yang meminati bola walaupun membenci Liverpool mungkin mengenali Dudek ini.

Semasa menjadi goalie Liverpool, tidak ada pencapaian Liverpool yang boleh dibanggakan. Oh ada satu. Menang champions league lawan AC Milan. Itu pun nasib baik Gerrard bermati-matian buat comeback untuk Liverpool selepas ketinggalan 3-0.

Jadi aku terfikir satu faktor yang mungkin mempengaruhi  fenomena itu - Dudek orang Poland.

Beberapa tahun lepas aku dengar Arsenal beli sorang goalie dari Poland. Aku dah agak goyang. Katanya hot prospect player untuk masa depan. Ok. Ok.

Takpa..Malam ni menang ke kalah Arsenal tetap no 4 lagipun semua muda remaja lagi (bersangka baik). Tapi dah berkali-kali game aku tengok keeper ni tangkap bola dalam gol. Apa kes oi?

"Arsenal have their last defeat in Premier League when they lost to Manchester City in Nov '08, this is their first defeat in 21 premier league games."



Selamat Hari Ibu =)

Saturday, May 9, 2009

Ulu Dong - Nice to See, Nice to Hold

Kali ni aku nak mengutarakan entri berunsur cuti-cuti Malaysia. Bukan. Menteri Pelancongan yang baru tu apa nama ntah tak bagi apa-apa komisen pun untuk aku promote tempat ni. Layann..

Ulu Dong terletak kira-kira 45 minit dari pekan Raub. Kalau anda keluar dari Lebuhraya Pantai Timur anda boleh keluar melalui Bentong dan ikut saja jalan menghala ke Kuala Lipis.

Dari pekan Raub pun sama. Ikut saja jalan menghala ke Kuala Lipis. Ada signboard. Jangan takut. Dari jalan besar anda akan terjumpa satu signboard yang menunjukkan simpang ke kanan menulis 'Hulu Dong' atau Ulu Dong. Maksudnya sama. Bukan lain-lain tempat.

Masuk saja simpang itu dan jalan terus jangan belok-belok. Macam iklan NST 'go stret dont belok-belok'. Itu macam punya senang. Lagi senang dari anda first time masuk KL dan tanya kat mana jalan nak ke KLCC.

Terus saja sampai penghujung jalan dan anda akan terjumpa signboard 'Pulau Chekas' dan 'Lata Jarum'. Haa di sini la daya tarikan kawasan ni. Memang sangat best bagi penggila mandi sungai, budak pengakap yang nak buat camping, dan hari keluarga syarikat. Sila layankan gambar-gambar di bawah.


Signboard belakang tu yang aku maksudkan. Apa? Datang dari jauh nak menginap sini tapi takmau camping? Jangan takut. Chalet pun ada kat sini. Masuk ja tanya Chalet Hj Mustapa. Tau la orang kampung situ. Klik untuk besarkan gambar.

Air sungai kat sini memang terbaik. Kalau tak, takkan la encik baju kuning tu bukan main teruja muka dia. Btoi dak?

Sini kawasan Pulau Chekas. Kat sini nak wat sukaneka boleh, nak camping boleh, nak berkelah saja-saja pun boleh. Jangan bawak bohsia buat projek sudah.

Di chalet tu jugak ada flying fox. Ni gambar lama (2007). Tak tau la ada lagi ke tak benda ni. Ada lagi kot.


Pendek kata memang syiok la tempat ni. Tempat best. Orang kampung sini pun best. Ramah baik punya.

Untuk info lebih lanjut sila masuk sini--> uludongrangers.blogspot.com

Kawan dah pegi, deme bila lagi?


Friday, May 8, 2009

Entri yang Agak Terlambat

Empat tahun dulu, iaitu waktu aku menetap sementara di Melaka, final Piala Malaysia menemukan Kedah lawan Perlis kat Stadium Bukit Jalil.

Aku bukan main semangat. Kowtim sama membe2 aku yang tengah menetap kat KL untuk beli tiket bola siap-siap. Bukan main semangat sampai aku siap bet dengan Pian, anak jati Perlis Dunhill 20 sekotak.

Ya. Game tu Kedah kalah dengan gol throw-in. Macam cilaka. Rugi tambang aku. Rugi dunhill 20.

Masa tu aku pakai jersi Kedah. Keluar ja stadium aku sarung jaket. Sejuk la katakan. Tiba-tiba datang sorang pakcik.

"Takpa la kalau kalah, jangan pernah malu bila pakai jersi tu. Siap sorok dalam jaket lagi."

"Bukan la pakcik. Kan sejuk skang ni, pakcik orang Kedah jugak ka?"

"Tak la..pakcik orang Perlis"

Tak pasal-pasal aku tumbuk hidung orang tua tu. Hmm angan aku saja tu. Bestnya kalau dapat tumbuk hidung dia.

Kali ni kan pakcik, aku tetap berbangga walaupun team aku kalah. Nasib baik bukan sebab throw in.

Ni gambar lama. Tapi sekarang aku betul-betul tengah pakai baju ni. Tanpa jaket ya adik-adik.

Monday, May 4, 2009

Sila Panggil Aku Homophobia Kalau itu Bisa Membuat Ibumu Tak Kedekut Duit Poket

Kuala Lumpur merupakan satu tempat yang agak asing bagi aku walaupun aku agak sering jugak la menziarahi Lowyat untuk beli gadget bukan-bukan.

Pada suatu hari, aku bertolak dari Raub ke KL betul-betul selepas Subuh sebab nak mengejar tiket bas balik ke Alor Star hari yang sama. Bersama aku ialah Chot 'Lelaki-Tak-Takut-Hantu' dan seplastik besar rambutan beserta sekotak buah dokong sebagai buah tangan dari kebun buah-buahan bapak angkat aku di Raub.

Aku tiba di Pekeliling kira-kira jam 8 pagi. Dasar orang yang jarang-jarang tengok matahari terbit aku turun dari bas dalam keadaan mamai dan terhoyong hayang sambil menjinjing seplastik besar rambutan.

"Aku pi toilet sat, pastu usya tiket skali" kata Chot LTTH.

Tinggallah aku sorang-sorang di tempat duduk menunggu. Oleh disebabkan orang yang tak ramai pagi tu aku tertengok sorang laki lembut yang sedang berjalan terkedek-kedek mengempit sesuatu di celah kangkang.

Macam tau-tau pulak tiba-tiba dia melambai-lambai lembut kepada aku.

"Damn, jangan la datang sini, jangan la datang sini" aku berdoa dalam hati.

Doa aku makbul, dia tak menghampiri aku pun.

Tiba-tiba Chot datang.

"Tadak la tiket Lostaq (Alor Star) sini. Kita pi Pudu la" kata Chot.

"Abeh nak naik tren ka ni?" tanya aku.

"Barang banyak ni. Kita naik teksi la" jawab Chot.

"Kat mana nak cari teksi?" aku sambung.

Oleh disebabkan orang yang tak ramai Chot menghampiri laki lembut tadi.

"Buduh..jangan tanya orang tu!" Aku separuh menjerit. Chot tak dengar. Aku dah rasa tak sedap hati.

Selepas Chot berbincang, dia melambai-lambai ke arah aku. "Bawak barang sekali"

Menurut laki lembut itu teksi di Pekeliling tu cekik darah. Dia memandu jalan ke tempat yang katanya boleh dapat teksi murah. Maksud aku menunjuk jalan. Memandu tu bukan merujuk kepada memandu kereta.

Aku tarik Chot dan separa bengang aku tak paham kenapa mesti orang tu yang Chot nak tanya. Kan ada orang lain?

Teksi pun sampai. Sebelum aku dan Chot masuk ke dalam teksi aku ucapkan terima kasih kepada orang itu.

"Pap" tiba-tiba dia peluk aku. "Doakan saya selamat sampai ke destinasi saya ye" dia berkata.

Peluh sejuk merembes deras.

Dari jauh Chot memandang aku dengan senyum sinis.

"Cilaka!!"

Kenapa Kamera Henset Berharga Murah Merbahaya Kepada Anak Muda


DilaLang ka apek? Lu yakin ka lu punya kalangan masa SPM lulus?

Aku malas nak upload gambar ni sebenarnya takut ada orang mengumpat aku gilakan pemandangan jamban. Sila perhatikan papan itu betul-betul.

Malas aku nak komen. Biar brader di bawah ni yang menjawab.




Friday, May 1, 2009

Bapak Kau Makin Tua mesti Tak Garang Macam Dulu kan?

Green Day Latest Album - 21st Century Breakdown
May 2009

Kali ni aku nak review pasal band-band yang aku suka dengar sebelum ni tapi bila keluar album baru membuatkan aku rasa macam nak mencarut-carut sebab album tu tak berbaloi dibeli dengan muka tersenyum dan jauh menyimpang dari apa yang aku harapkan. Adakah faktor umur yang makin meningkat? Mungkin.


Metallica

Album-album lama Metallica macam Load, Reload, Master of Puppets, The Black Album la bermulanya perkenalan aku dengan Metallica. Pertama kali aku rasa yang lagu metal memang betul-betul best.

Jadi bila keluar album St Anger pada tahun 2002/2003 aku terus melonjak-lonjak nak beli album tu. Dan...Aku keciwa :(
Kembalikan Jason Newsted! He's Rock! Trujillo tak stail!

Feveret aku - Master of Puppets, Fade to Black, Holier Than Thou.


Incubus

Memang agak lambat aku mula dengar band ni iaitu tahun 2002. Masa tu dah keluar album Morning View yang mana album tu pun dah tak berapa nak rock sangat la. Lagu-lagu macam 'Are You In', 'Wish you Were Here' dan 'Nice to Know You' memang best kalau buat lagu rasmi masa mandi pagi. Atas usaha peminjaman kaset dari 'Otai Muzik yang dah berenti main muzik' aku dapat dengar lagu dari album-album lama macam album S.C.I.E.N.C.E, Make Yourself dan Fungus Amongus dan album-album lama band ni lebih 'kick'.

Album paling latest - Light Grenades (2006). Aku cuma boleh layan Anna Molly saja. Woi apa kes Brandon Boyd?

Feveret aku: Vitamin, Favorite Things, Nowhere Fast, Privilege


Butterfingers

Sedih bagi aku untuk tulis tentang 'ke-tak-best-an' band ni sebab aku rasa band ni boleh jadi legenda dalam muzik indie walaupun aku jadi makin muak dengan perkataan 'indie' yang tidak difahami betul-betul oleh budak-budak indie poyo yang keluar bandar pun mahu pakai skaf lilit leher walaupun cuaca panas terik dan memakai topi Noh Hujan ke mana saja hatta ke kedai runcit beli bawang untuk emak.

Zaman aku sekolah asrama dulu adalah wajib bagi aku untuk membawa walkman walaupun dah terang-terang walkman diharamkan untuk bawak masuk prep malam. Adalah lebih elok dengar lagu daripada dengar orang mengumpat..kan? Jadi aku biasanya bawak 1-2 kaset saja sebab lebih mudah untuk sorok kalau tiba-tiba ada spot-check. Album yang aku biasa bawak masa itu seperti 'Transcendence' atau 'Butter Worth Pushful'. Yep. Aku sangat addict kepada lagu Butterfingers masa tu. Sangat best goyang kepala sambil baca buku sejarah peradaban dunia.

Tahun lepas keluar album terbaru - Kembali. Hampir setiap hari aku bukak page Butterfingers dalam Facebook tengok tarikh bila keluar dan bila keluar bandar mesti aku jenguk kedai muzik mana la tau boleh beli awal dan aku berjaya beli album ni seminggu sebelum tarikh pelancaran.

Album Kembali memang langsung tak best didengar masa buat latihan add math ya adik2. Apatah lagi nak baca buku sejarah.

Feveret aku: No one else, Stolen, Royal Jelly

---------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk album 21st century breakdown belum tahu apa hasilnya. Harap-harap tak mengecewakan.

Nota sendiri tambah:

Review-review di atas adalah pendapat aku sendiri. Kalau anda punya pendapat berbeza pun aku tak heran. Taste orang masing-masing berbeza kan? Cheers!

Monday, April 27, 2009

Hari yang Panjang

Hari ini merupakan hari terakhir aku study di meja ini.
Hari2 selepas ini aku akan isi dengan pengisian yang lain seperti menonton filem, memakan popcorn dan sesi karaoke secara individu. Ah senang cerita pengisian yang tidak melibatkan buku pelajaran.

Terasa macam baru semalam memulakan pengajian di sini. Pejam celik pejam celik sudah hampir empat tahun tanpa disedari kerana fizikal tidak langsung menunjukkan tanda2 penuaan dan kemurungan yang tak tentu pasal.

Memandangkan hari ini ialah hari terakhir pembelajaran kerana esok ialah kertas terakhir peperiksaan di sini, aku mahu study sehabis tekun yang tidak pernah aku aplikasikan sebelum ini.

Baiklah aku mahu mula study.


Tiba-tiba datang seekor setan memakan popcorn di sebelah aku. Bukan perli sesiapa ya. Memang betul-betul setan. Aku berasa sangat marah. Aku mengejar setan itu dan tanpa segan silu memberinya makan penampar. 

Duduk kembali mengadap buku.

Ah perut aku pulak yang lapar. Beli makanan dulu ah.
Siap makan. Mata mengantuk. Tidur dulu lah.
Bangun tidur sambung study.

Setan datang lagi. Dia mahu pinjam laptop. Nak main Facebook katanya.
"Gunalah. Jangan buat bising. Aku nak study"

Setan guna laptop sambil bising membuatkan mata aku skali terlekat pada Facebook.
"PAngg" setan sekali lagi termakan penampar.
"Jangan kacau aku. Aku nak study"

Setan datang lagi. Mintak nak dengar lagu.
"Boleh tapi pakai earphone. Duduk diam-diam."
Setan berkaraoke membuatkan aku terikut sama menyanyi.
Lagi sekali setan berdarah hidung.
"Kurang ajar."

Setan menangis2 sambil berlalu pergi.

Alamak, dah petang. kena turun padang main bola ni. Kalau jadi pandai tapi badan tak sihat pun tak guna jugak. Malam ni la baru study bersungguh-sungguh.






Woi setan! Bila plak aku terupdate blog ni! 
Malam nanti kalau datang lagi aku terajang laju-laju!

Thursday, April 23, 2009

Awas Perangkap HadLaju Mapley


"Aney..kira!"
*senyap*
"Tiga belas!"

"Kira lagi sekali"
*senyap*
"Sori macha, salah kira, sepuluh ringgit"

"Hang kira lagi sekali"
*senyap*
"Lapan ringgit cha.."

"Ok"

------------------------------------------------------------------------------------------------

"Bagi lauk ayam, kuah campur cukup"

"Ni kari kambing taknak try?"

"Takmau, aku tadak duit"

"Rasa la cha"

"Takmau ah..duit aku ngam2 ja sekarang nih"

"Sikit saja cha"

"Hah letak la..sikit sudah, berapa?"

"Sembilan, minum?"

"Air kosong sudah, cilakak!"

Tuesday, April 21, 2009

Sebuah Cerita Fiksyen Kanak-Kanak Atas Umur 18

"Huargghhh", mulut Abas ternganga luas. Terjaga dari mimpi yang panjang. Abas memulakan langkah ke bilik air.
Hari ini sudah hampir seminggu di kawasan perumahan Abas terputus bekalan air. Mulutnya terkumat-kamit berdoa agar pagi itu memberinya khabar gembira dari bilik air.

Pulas pili. Masih tiada hasil. 
Abas nekad.

Dengan berseluar pendek, tuala bersangkut di leher dan tak berbaju Abas menghidupkan motorsikalnya dan terus memecut keluar dari kawasan perumahan.

"Hari ni apa nak jadi, jadi" getus Abas di dalam hati.
15 minit kemudian Abas tiba di loji rawatan air JBA. Tanpa menongkat motorsikal beliau terus melompat dan bergolek-golek di atas tanah.

"Woii!" jerkah Abas seperti harimau yang mahu membaham mangsa. Ok tipu harimau tak reti sebut 'woi'.
"Sekarang bagitau aku siapa incas sini? Baik mengaku!" Abas menjerkah di depan khalayak ramai tanpa mengambil kira kesopanan dan kesusilaan di depan orang tua.

Seorang lelaki berumur pertengahan tampil ke depan sambil mengangkat tangan tinggi-tinggi.

"Saya! Saya! Nama saya Harun. Saya yang incas kat sini"

"Ni apa cerita sampai rumah aku dah seminggu tak dapat air?"

"Encik kena bersabar. Masalah ini bukannya kecik. Pam tu haa..dah la kena order kalau nak beli baru. Bukannya murah tau. Juta-juta jugak. Perdana menteri kita yang baru tu encik ingat ada ke gaji dia sampai juta-juta sebulan?"

"Abeh camna nak setel cepat problem ni?"

"Cuba encik pam air tu pakai pam basikal. Mana la tau dapat membantu"

Dalam sekelip mata Encik Harun terlentang tidak sedarkan diri sambil darah mencurah-curah keluar dari kedua-dua lubang hidungnya.

"Kurang ajar" ujar Abas pendek.

Bersambung..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan kuiz penonton di rumah.

Apakah hukumnya menunaikan solat sambil muka berkerut-kerut menahan berak?

Saturday, April 18, 2009

Jangan pandai2 Tegur sesuka hati..Silap2 termakan kaki

Ok..atas permintaan ramai dalam entri sebelum ni yang memaksa aku memberi rating kepada cerita Jangan Tegur.

Awas:
Sesiapa yang mahu menonton atau berniat menonton atau sudah beli tiket wayang cerita ini pada jangka waktu terdekat sila jangan baca entri ini. Kalau dah berjanji dengan awek untuk tengok bersama-sama esok tapi selepas baca entri ini tak jadi tengok sampai awek marah-marah, merajuk dan putus aku tak tanggung.

Baiklah. Baru beberapa jam yang lalu aku sudah selesai menonton cerita bertajuk 'Jangan Tegur'.

Seperti biasa aku meletakkan expectation untuk filem itu di satu takuk. Untuk filem-filem Melayu biasanya aku tak terlalu mengharap tapi berdasarkan Jangan Pandang Belakang dan Congkak aku rasa not bad dan tak adil bagi aku untuk bersikap pessimist (betul ka eja ini macam?) pada cerita Melayu.

Permulaan cerita agak menarik. Awal-awal dah ada adegan membuatkan penonton terkejut, popcorn bersepah terbang keluar dari kotak dan ada juga penonton bersembunyi di sebalik kotak popcorn dan belakang bahu kawan.

Tapi terlalu banyak babak yang membuatkan orang terkejut, dalam kiraan kasar aku setiap 5-10 minit mesti ada sound effect kuat2 untuk buatkan orang terkejut sampai aku pun sudah merasa bosan untuk terkejut. 

Lagi satu yang aku tak gemar cerita hantu ni banyak sangat babak mimpi dalam mimpi. Aku faham hantu itu mau bagi klu mengenai kematian dia tapi cara dia memberitahu tu sangat la bosan. Buat la babak hantu tu antar sms ke..apa-apa la selain mimpi. Mimpi dalam cerita hantu ialah ibarat limau nipis dengan milo ais. Cuba kau perah limau nipis dalam milo ais. Ada sedap ka?

Lagi satu filem ni tak ada apa-apa istimewa berbanding Jangan Pandang Belakang dan Congkak. Babak-babak terkejut seperti 'tengok depan tak ada hantu rupa2nya hantu ada di belakang', 'dalam tandas ada bunyi orang menangis bila tolak pintu tak ada apa2' dan 'di luar bilik tak ada hantu rupa2nya hantu di dalam bilik' sudah biasa kita tengok dalam 2 filem sebelum ini. Sangat tipikal sampai budak2 lepasan sekolah di belakang aku dalam wayang tadi sudah boleh mengulas sebelum babak tersebut bermula. Bodoh punya budak. Hilang la saspen.

Babak yang lain aku malas la nak ulas. Beli tiket wayang lu orang tengok la sendiri ya?
Cerita ini amat sesuai untuk balak-balak yang mahu membawak awek-awek dan mengharap awek itu memeluk lengan anda dari mula cerita sampai habis.

Kalau anda peminat cerita hantu siam seperti 'Shutter'(raja cerita seram bagi pendapat aku) dan pernah menonton cerita orang putih bertajuk 'Exorcist', bukan Emily Rose tu. Exorcist yang lama. Aku rasa tak perlu la tegur cerita ni. Lalu depan wayang buat bodoh ja kat poster dia.

Rating: 2.5/5.0 bintang

Friday, April 17, 2009

Betulkah kita boleh berdialog dengan Jin Islam? Macam tipu saja..

Tutt..tutt

Aku (A): Hello, boleh cakap dengan Najib?

Orang lain (OL): Ni siapa bercakap ya?

A: Ni kawan dia, Yop dari Kuantan.

OL: Baik, tunggu sebentar ya.

Najib (N): Hello.

A: Hello, weh knal tak aku sapa?

N: Siapa ni?

A: Membe sendri pun dah lupa ka? Ni Yop la..dari Gambang.

N: o0o Yop..apa kabar sekarang?

A: Kurang sihat la beb. Jiwa kacau sekarang.

N: Apa pasai? Cerit la sikit.

A: Ni haa..tempat aku blajar sekarang. Hang tau, masuk kali ni dah berapa ratus juta kali asyik problem tak ada air saja, dah la panas gila cuaca sekarang.

N: Bil tak bayar ke? Cuba kau call JBA.

A: Mana la aku tau. Ada dah orang followup kat JBA tadi. Masalah yang sama. Pam rosak la, air sungai cetek la..ada ka patut?

N: Tak patut tak patut.

A: Sekarang apa cita beb? Camna nak setel problem ni? Aku dah bengang tahap gaban. Tadi pagi aku pegi ofis nak check surat2 tiba2 ternampak pakatan awek2 jalan bawak tuala ke hulu ke hilir. Kan tak manis dipandang. Aku tak mandi tak kesah sangat. Awek2 tu camna? Aku tak sampai hati beb. Rasa nak carut2 pun dah ada tadi.

N: Rilek2 bro..aku try setel problem ni secepat mungkin. Kejadian camni memang memalukan. Dah la jadi kat negeri aku.

A: Ok bro, aku tunggu ja problem ni setel, hang buat la yang terbaik ok?

N: Ok bro. Nanti aku kontek Adnan Yaakob buat apa yang patut.

A: Tenkiu bro

Najib dalam cerita di atas

Sunday, April 12, 2009

Review Filem Pertama Dari aku

Ehem Ehem..
Jadi hari ini aku mau mereview filem2 yang sempat aku tengok sepanjang waktu bizi beberapa minggu yang lalu. Bizi2 pun masih sempat melayan movie haha baiklah tanpa melengahkan masa kita tuan2 dan puan2..

Susunan secara rawak, tiada kaitan dengan rating, abjad pertama atau kroni.

The Curious Case of Benjamin Button

Mula-mula aku pasang ini cerita aa..terkeluar ayat tiga huruf yu tau ka iaitu 'WTF'. Bukan taekwondo WTF tu. Ia sejenis mencarut gaya orang putih pasal duration filem ni 2 jam 43 minit. Macam tengok hindustan pun ada.
Tapi puaka tak puaka la cita ni..Dalam mencarut orang putih tu aku tak boleh tekan butang stop. Memang curious nak tau apa berlaku selepas plot demi plot.

Cis. Tengok tajuk saja dah curious!

Bintang: Pat stengah per lima (4.5/5)

Ninja Cheerleader

Awek Hot! Superb! Satu saja aku kecewa. Tajuk dia pun hancus. Sangat tak patut la mengumpat ninja dengan cara seperti ini. Dengan iklan stripper secara tiba-tiba di dalam filem, sepatutnya tajuk dia 'Stripper Cheerleader'.

Bodoh punya orang putih. Menyamaratakan taraf ninja dengan stripper.

Bintang: Satu per lima (1/5)

Los Dan Faun

Kalau lawak afdlin dulu-dulu macam baik punya cilok, buli aku berani bagi empat bintang sebab memang lawak. Selain lawak 'itu yang kita tak tau', tiada apa yang boleh dibanggakan.

Filem ni aku bagi 2 bintang cukup.

Bintang: seperti dinyatakan di atas.

Fast and Furious 4 (pantas dan garang 4)

Malas nak komen. Aku tidur dalam pawagam.
Senang cita, filem yang btol2 best akan mampu menahan mata aku yang memang ngantuk kaw2 punya. Nak2 cita ni aku tgk midnight.

Bintang: satu setengah per lima (1.5/5)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Takkan la los dan faun dapat bintang lagi up dari f&f4?
Semasa tengok Los dan Faun aku tak over expectation. Maksud aku memang aku dah dapat agak cerita tu akan menyajikan lawak2 bodoh standard filem tempatan dan lawak afdlin yang semakin lemau.

Bila tengok f&f4 aku mengharapkan standard yang lebih tinggi dari cerita f&f terdahulu. Sebelum cerita mula aku mengagak ada banyak aksi-aksi maut. Lumba sana lumba sini tapi tak berlaku. Drama saja lebih. Nak drama baik aku tengok drama Opah.

Komen lebih: Seperti pergi ke showroom kereta tapi yang ada cuma moto ex5. f&f4 hampeh!

Benda baru kena la belajar lebih.

Tolong aku.
Aku dah seminggu lebih mencuba buat entri bergambar.
Tapi belum boleh publish.
Aku sekarang sedang giat menggunakan google chrome tapi takleh resize gambar..
Sapa2 yang tau sila bagi nasihat dan tunjuk ajar. Terima kasih

Friday, April 3, 2009

Siapa pernah belajar pencak Bruce Lee yang ada keluar naga kat belakang tu?

Ehem, sila baca sini.

Ni tak lain. Mesti kerja spesies macam Ahmad dalam Entri dua hari lepas.

Rugi aku tak jumpa Ahmad cepat-cepat. Boleh sepak perut dia laju-laju.

Aku dulu tingkatan tiga masih layan lagu Linkin Park dengan Limp Bizkit saja. Advance betul budak-budak sekarang.

Thursday, April 2, 2009

Orang Buat Rumah Juta-Juta tu agak-agak Macam Mana Bentuk Rumah Dia?

Aku dengan rumah taman memang tak pernah serasi. Saat pertama aku tahu adanya 'rumah taman' ialah semasa di darjah satu. Masa itu mungkin taman-taman perumahan dibangunkan secara besar-besaran di Alor Setar (nama terbaru bagi Alor Star menurut Afiq). 

Jadi ketika berdarjah satu semasa sesi perkenalkan diri secara tak formal dengan kawan-kawan di meja tepi depan belakang, kawan-kawan bertanya "hang dok kat taman mana?" Aku jadi buntu. Orang tinggal mestilah di dalam rumah. Mana ada orang tinggal di taman permainan atau taman bunga.

"Aku dok kat kampung."
"Kampung hang nama taman apa?"

Pastu semua kawan-kawan pun bercerita. Ada yang tinggal di Taman Nuri, Taman Uda dan macam-macam taman yang aku pun dah tak berapa ingat. Dah lama la katakan.

Semasa sekolah rendahlah aku mula mencerobohi kawasan taman perumahan yang sebenar. Itupun dengan bantuan abang aku melalui kabel-kabel dia(err..kawan dia). Itupun semata-mata untuk bermain buaian. Satu benda yang aku perasan pasal rumah taman ini ialah - bentuk rumah semua sama saja.

Ok cukup sesi berkenalan dengan rumah taman.

Memandangkan aku berasal dari sekolah campur, campur latarbelakang maksud aku. Itu pun sebab budak-budak paling comel di seluruh negeri di Malaysia disatukan di sekolah aku. Jadi aku memiliki kawan dari Alor Setar yang agak terhad. Jadi masa aku di tingkatan empat aku baru berkenalan dengan sorang kawan aku yang bernama Syapik yang tinggal di sebuah taman perumahan di Alor Setar.

Masuk saja cuti sekolah aku dah berkobar-kobar nak merantau ke seluruh pelosok dunia. Nak-nak masa tu siapa yang dah ada lesen moto memang berhak menayangkan lesen secara besar-besaran. Gaya paling in masa itu ialah gaya 'Lesen Melompat Sendiri Dari Wallet'. 

Aku pun capai helmet Apollo kakak aku, hidup moto ex5 yang tersadai di rumah untuk ke rumah Syapik. Niat aku nak ajak dia merayau saja sebab dia pun mungkin dah bosan dengan trick lesen melompat aku.

Jadi aku pun peras minyak kuat-kuat. Berhenti isi minyak. Peras minyak kuat-kuat semula.
Ya rumah dia memang agak jauh dari rumah aku.
Sampai saja di taman perumahan aku dah jadi cuak. Dasar buta jalan memang takkan jumpa jalan walaupun masa tu aku pernah ke rumah Syapik 2-3 kali.

Masuk simpang, sekolah cina. Keluar simpang, masjid. Gila. Mana rumah dia? Semua rumah seakan-akan sama.

Selepas berpuluh minit dan berpecah peluh akhirnya aku sampai di depan rumah Syapik.

"Syapik..oo00ooo0 Syapik" - panggilan tipikal budak sekolah.
"Syapikkkk ooo000 Syapikkk" - dah mula keras.
Cilaka..Mana dia ni. Silap aku jugak tak kontek dulu sebelum datang.

"Syapik oiiiiiiiii"
"OOiiiii Syapikkkk"

Seorang makcik menyelak daun pintu. Memandang aku dengan senyum lebar.
Ni mesti mak dia. Dah cam muka aku pun. Haha.
Aku balas senyum.

"Makcik, Syapik ada kat rumah tak?"

Makcik tu senyum lagi. Mungkin tak dengar soalan aku tadi.

Aku tunggu sampai dia betul-betul sampai kat pagar. Kan tak sopan menjerit-jerit depan orang tua?

"Syapik ada kat rumah tak makcik?"

Senyum lagi.

Aku dah rasa lain macam. Peluh sejuk keluar.
Dalam kepala tak lain dah. Terkeluar semua cerita bunian yang aku dengar sebelum tu.

"Mana ada orang nama Syapik tinggal kat si--"

Belum makcik tu habis cakap aku dah ada kat atas moto. Peras minyak paling kuat yang boleh.

Cilakak. Salah rumah!

Wednesday, April 1, 2009

SMS Pelik 2

Budak Hingusan (BH): Hye, boleh kenalan?

Aku (A): Boleh ja, siapa ni?

BH: Ni Ahmad dari Ipoh. Nama u? u kat mana tu?

A: Owh, ni Tasya. Kat Kuantan skang. Camna bleh dapat nombor ni?

BH: Kawan kasi. Dia cakap u orang Ipoh.

A: Aah, orang Ipoh tapi skang tengah makan angin kat Kuantan. Umur u brapa?

BH: 15. Umur u?

A: Owh, tahun ni PMR la ye? Dah stadi ke? I umur 14. I kena panggil u abang la ye?

BH: Panggil Ahmad je pun boleh. Panggil abang pun boleh. Panggil abang la sedap sikit.

A: Iya la abang. Bla bla bla..

Selang beberapa jam.

BH: Bila ye abang boleh jumpa Tasya ni?

A: Bila-bila pun boleh. Tapi kena tunggu Tasya balik dari Kuantan la.

BH: Berapa lama lagi kat sana ye? Abang nak tepon Tasya kejap boleh?

A: Boleh ja. Topup la banyak2. Senang kita nak gayut lama2. hikhik

Selang beberapa puluh minit.

Tuuttt..

BH: Hello Tasya. Abang ni.

A: Hello (suara paling garau)

BH: Ek, boleh saya cakap dengan Tasya?

A: Salah nombor. 

Kepada adik2 desperado di luar sana, sila jangan percaya nombor yang dibagi oleh kawan anda. You may hurt yourself.

Monday, March 30, 2009

Catatan Seorang Yang BiziBodi

Kehidupan seminggu yang tak best.
Kerja. Kerja. Tengok movie. Kerja.
Tenet slow. Earth Hour. Tenet slow.

Entri ni pun aku buat di komputer lab yang sememangnya bohsia sebab siapa2 pun boleh pakai. Siapa2 pun boleh update blog dan layan friendster. Hmm...facebook juga.

Selama ini aku memang malas ambik berat tentang hal yang jadi di sekeliling.
Nampak awek cun selisih jalan, "fuyoh, awek." Cerita tamat. Itu saja.
Jadi kehidupan yang agak teruk membelenggu seminggu ni aku cuba sedaya upaya mengisi dengan benda yang bermanfaat.

Hari sabtu aku tiba2 terasa ringan kaki nak ke Kuantan. Sendirian. Bukan tengok jomheboh okeh!
Untuk julung2 kalinya aku menjadi sangat bizibodi tentang perawakan dan pemakaian orang ramai.

Tak, aku bukan pengkritik. Aku cuma pemerhati.

Seorang budak laki lingkungan umur 13-14 tahun memakai baju 'Saya Mahu Couple' berjalan bersama2 kawan2 yang juga dalam lingkungan umur tersebut. Aku yakin 'Couple' di baju itu bukanlah 'Band Couple' itu. Hoh budak2 sekarang, misai belum berputik, belum tahu kesengsaraan belajar add math sudah berani menonjolkan sifat desperado pada baju. Indie sangat la tu?

Seorang gadis memakai baju "Saya Sayang Emak Saya' sedang berjalan dengan seorang mat rempit yang bermuka pecah. Owh. Menantu pilihan emak barangkali ya?

Dan terakhir mat rempit membawa motosikal dengan terlekat sticker 'Don't Trust Girl' pada helmet sambil membonceng seorang awek.

Tak, aku bukan pengkritik. Aku pemerhati.

Memang kalau kau nak pakai baju apa pun tak la sampai menjejaskan kesuburan aku pun.

Dua tiga menjak ini rutin setiap hari bila celik saja mata aku akan on laptop. Check email memandangkan application latihan industri aku belum ada reply dari mana2 syarikat.
Tiba2 aku terbaca 'XXX click YES on you' di sebuah laman social networking.

Bila aku bukak profile dia tertulis shoutout 'AKU TAK PERLUKAN PERMISSION DARI SESIAPA UNTUK BUAT KEPUTUSAN. ITU HAK AKU!'.

Ek eleh. Tiba2 saja.
"Apa kau pikir dengan menjadi budak emo begitu kau menjadi lebih stylo dan menarik? Hell NO!"

Aku bukan pengkritik. Aku cuma pemerhati.

Saturday, March 28, 2009

Eleh, bukan susah pun~


Aku dah berjaya menyambut cabaran ni!
Tutup lampu saja kan?
Bagus, dilaporkan sekangkang kera air di kutub utara sudah beku akibat penutupan lampu secara besar2an di seluruh dunia.

Bila nak ulang lagi?

Thursday, March 26, 2009

Pakai Setan Boleh laaa

Anda percaya bomoh?
Aku percaya.
Aku percaya bomohlah punca Melayu tak maju2.
Aku percaya bomohlah antara punca Melayu berpecah belah.

Ingin aku tekankan kat sini bomoh yang aku maksudkan ini ialah bomoh yang mempunyai setan ternakan masing2. Bomoh yang pakai ayat2 Al-Quran biasanya dipanggil ustaz dan bukan bomoh. Aku tak tau kenapa. Atas niat bomoh itu sendiri rasanya.

Aku sendiri tak faham kenapa dalam dunia yang semakin moden masih ada orang yang terlalu bergantung harap pada bomoh.
Memang, sebagai seorang Islam kita wajib mempercayai benda2 ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Tapi bukan makhluk itu untuk kita mintak pertolongan bukan?

Ok, aku ambik contoh. Ahli sihir ialah seseorang yang mempunyai kuasa sihir yang melibatkan jin atau syaitan dalam ritual mereka. Biasanya ahli sihir menggunakan ilmu sihir yang dipelajari untuk mempedajal manusia lain. Lalu apa bezanya ahli sihir dengan bomoh2 kontemporari yang bersepah2 di muka bumi Malaysia ni? Sengaja aku ambik Malaysia sebagai skop yang kecik. Di negara lain pun banyak bomoh2 ni. Nak2 pulak kat Siam. Biasanya orang cakap bomoh siam lagi power. Biasalah, pemikiran tipikal kita yang terlalu mengagung2kan buatan luar. Cukup cerita pasal bomoh siam.

Kalau anda pernah menonton filem Dark Knight mungkin tahu dialog Joker yang berbunyi "if you good at something, never do it for free". Begitu juga bomoh. Setan peliharaan mereka mungkin tidak akan bekerja dan disenaraikan dalam senarai 'graduan menganggur' sekiranya tidak ada cilaka2 yang berjumpa dengan bomoh untuk menggunakan khidmat nasihat serta tuju2.

Monday, March 23, 2009

Dia-lah Jack Sparrow itu

Pernah tak kamu semua mendengar cerita tentang Dr Jekyll and Mr Hyde?

Ataupun menonton filem Me, myself and Irene? Atau filem Hide and Seek?

Kalau pernah, apa persamaan antara cerita2 itu?

Ya betul tentang split personality. Tentang ada dua jiwa dalam 1 jasad.

Semasa aku di bangku sekolah rendah, aku pernah mengalami pengalaman pelik, mungkin mengigau tapi aku pun tak pasti.

Kejadian pertama.
Malam itu aku sedang nyenyak tidur di bilik yang berada di tingkat atas. Bila aku sedar, aku sedang berada di dalam tandas tingkat bawah, sedang buang air. Bukan mimpi kencing di bilik air tapi sebenarnya kencing kat atas tilam tau. Betul2 dalam bilik air.

Kejadian kedua.
Juga sedang tidur nyenyak. Bila aku terjaga aku di pintu rumah, sedang menggapai selak pintu yang tinggi untuk keluar rumah.

Kalau tidur berjalan macam tak logik pulak. Nak buang air mungkin terlepas kat dapur ke, peti ais ke..kan? Ni tepat pulak dalam tandas.

Jadi aku rasa mungkin wujud 'Yop 2'. Tak sedap nama tu. Panggil dia Jack ya.

Selepas kejadian itu aku dah tak pernah mengalami kejadian yang sama. Cuma peristiwa aku memaki orang ketika tidur di asrama sekolah menengah. Itu mengigau. Aku yakin.

Malam tadi Jack datang lagi. Menurut rumate aku, Jack itu ketawa terbahak2 hingga membuatkan beliau menjadi cuak.

Ini berita gembira.

Jack, tolong buatkan PSM aku sampai habis. Aku nak tidur!


Nota sendiri tambah:

Aku pernah terbaca 1 artikel yang mengatakan orang yang kurang tidur akan mengalami halusinasi. Contohnya boleh melihat hantu.

Mari. Siapa mahu tengok hantu dengan aku?

Tuesday, March 17, 2009

Bertukar Warna, Bertukar Corak.

Ini bukan entri berunsur politik. Bukan.

Sebelum pilihanraya itu hari, ada 1 parti itu berjanji untuk memajukan pertanian di negeri tanah tumpahnya darahku, negeri Kedah Darul Aman.

Katanya untuk menjadikan Kedah sebagai 'Belanda' Malaysia.

Aku tak ambik port pun sebenarnya isu pertanian di Kedah kerana aku tidak mempunyai sawah padi. Bapak aku juga tidak punya itu. Senang cerita memang famili aku tidak punya sawah padi. Tapi satu benda saja aku concern.

Err.. agak2 nama aku kena tukar kepada Ilyas van Zubir tak?

Sunday, March 15, 2009

Haih~

Sebenarnya dua hari lepas aku ada menulis entri terbaru tapi terpaksa aku batalkan dan biarkan saja entri tu dalam draft untuk kegunaan di kemudian hari.

Ceritanya lebih kurang macam ini:

Liverpool 4-1 Manchester United

yep..they did it...again.

Mula2 menang dengan Real Madrid 4-0.
Sekarang membelasah Manchester United.

Kedua-dua team yang dibelasah memang bukan calang2 team. Antara the best football team in the world. Very dramatic. Tahniah Afique, team hang memang the best!
Cukup cerita tentang Liverpool.

Cerita seterusnya:

Arsenal 4-0 Blackburn Rovers

Arsenal belasah Rovers? Ya. Dengan 4 jaringan.
Sepatutnya 12-0..mungkin?

Aku tengok match ni separuh masa kedua semata2 sebab aku baru balik dari lab atas urusan PSM. Masa itu Arsenal baru leading 1-0.

Mula saja kick-off Arsenal terus mengasak kaw-kaw tanpa memberi peluang langsung Rovers menyerang balas tetapi peluang saja tak cukup untuk menang.
Semua salah dia!Selepas aku membuat perkiraan kasar ada lebih 6-7 kali peluang yang dilepaskan termasuk 3-4 kali one-on-one yang kalau bagi Safee Sali mungkin boleh jaringkan 1-2 gol.

Komen Arsene Wenger tentang persembahan Bendtner itu malam:
“He likes to play as the lead striker and he has power and pace. He understands the game and he’s only 20 years old, people forget that. I think it completely wrong to boo him.

Ok bro Wenger. I'll wait. Mungkin pada umur 28 dia mungkin boleh menyamai Thierry Henry.

Mungkin?

Nasib baik Eboue yang aku benci tu mengubati luka hatiku dengan score 2 gol dan tarian lawak dia haha.

Friday, March 13, 2009

Saat Pertama Aku Berkenalan dengan Spagetti

Pukul 10.30 malam. Siren berbunyi menandakan tamatnya waktu kelas prep malam.
Tidak seperti malam2 sebelumnya yang biasanya aku meluru ke kafe Kak Mie sebelum tamat waktu prep dan dicubit tetek oleh Pak Hasan ketua warden, malam itu aku keluar selepas pukul 10.30.

Sampai di kafe seperti yang dijangka orang berpusu-pusu beli mee goreng seperti pelarian somalia yang dah berapa hari tak jumpa makanan. Aku pasrah.
Naik semula ke tangga untuk ke dewan selera a.k.a dewan makan sekolah. Makan free ja la..tak payah keluar duit. Tak payah nak bertolak2 macam kat kafe.

Nasib kurang baik. Malam itu makan biskut. Cis patutla ramai ja kat kafe tadi.
Selesai makan biskut beberapa keping dengan air tipikal teh o panas aku kembali ke kelas.
Zaman itu budak2 form 5 boleh sambung stadi di kelas sampai pukul 12 sebab kalau di asrama tepat pukul 11.15 dah kena light-off.

Balik ja dari kelas perut aku dah meragam mintak nak isi lagi. Aku bukanlah jenis pelajar yang asal outing beli makanan sekapal pastu isi dalam locker penuh2.
Locker aku kosong. Memang tak ada makanan. Jadi kepada kawan2lah tempat aku mengadu.
Masuk dari bilik ke bilik tanya sesiapa yang punya maggi lebih dan sudi menderma kepada aku.
Sungguh malang. Semua bekalan maggi kawan2 dah out of stock.

Sampai di bilik Rizal dia sound:
"Dalam locker aku tu ada spagetti. Ambik la kalau nak"
Sebelum hari itu aku tak pernah tengok rupabentuk spagetti tu macam mana. Apatah lagi nak makan. Mahu tak mahu aku sebat jugak la spagetti tu. Kebulur punya pasal.
Oh ini rupanya spagetti. Peliknya. Macam lidi panjang2.
Aku bukak plastik. Ambik sebatang. Gigit sikit2 dan pelan2.

"Oi apa tak sedap pon spagetti ni? Macam makan beras ja?"

Thursday, March 12, 2009

Genap 10 Tahun


Oh..memang sudah sangat tua sekarang. Huhu~

Petanque?

Petanque ialah satu permainan yang mungkin baru di Malaysia tetapi ia telah dimainkan di Perancis lebih berabad lamanya.
Petanque biasanya dimainkan di atas gelanggang pasir. Tidak pernah dibuat orang di mana2 negara untuk bermain di atas simen atau di atas mozek kerana bola petanque atau dipanggil 'boule' itu agak berat dan mungkin boleh merosakkan lantai tersebut.

Untuk mengetahui peraturan dan cara permainan permainan ini sila google sendiri.

Satu hari seorang bijak pandai secara tidak sengaja duduk di sebelah aku dan secara tiba2 terkeluar topik tentang petanque.
Hari itu aku mengetahui asal usul permainan itu walaupun aku masih belum mengerti sepenuhnya peraturan yang ada dalam permainan Petanque.

Sebelum pendudukan atau penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511, penduduk Melaka sebenarnya telah lama maju. Maju dalam konteks ini bukan sahaja maju dalam sistem pentadbiran atau perdagangan, bahkan dari segi permainan.

Dalam buku teks sejarah ada tercatat sukan sepak takraw berasal dari Tanah Melayu walaupun kini setiap tahun sukan ini dipelopori oleh Thailand. Sukan-sukan lain seperti congkak, konda-kondi dan batu seremban turut dikaitkan walaupun ada yang mengatakan sukan atau permainan ini adalah pengaruh dari Indonesia yang dibawa masuk ke Melaka. Apapun tidak dapat dipastikan kesahihan fakta tersebut.

Begitu juga petanque. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka permainan guli telah lama dimainkan. Ada riwayat yang tidak dapat dipastikan sumbernya menulis mengenai kegiatan pedagang yang tiba di Melaka. Ada yang berdagang, menyebarkan agama, mencari rempah ratus, dan bermain guli.

Satu hari telah datang pedagang dari Perancis yang tertarik dengan permainan guli. Pada zaman itu guli dimainkan dalam pelbagai cara. Cara yang paling in pada zaman itu ialah permainan guli kejar atau bahasa Kedahnya - guli ligan. Jika anda ialah kanak2 kampung seperti aku pasti sedia maklum akan permainan ini. Kalau yang duduk di bandar dan sejak kecik sudah bermain microgenius atau 'game kartrij' anda mungkin tidak tahu.

Jadi akibat sifat ingin tahu yang mendalam, pedagang ini telah berjumpa dengan salah seorang pemain guli yang kebetulan sedang sibuk menang besar dan tidak ada masa melayan pertanyaan pedagang itu.

Oh ya. Pada zaman itu bahasa Melayu adalah lingua franca dan bukannya bahasa Malaysia kerana zaman itu Malaysia belum wujud. Pedagang Perancis pun bertanya dalam bahasa Melayu yang kurang fasih.

"Apa nama peghmainan ini? (mengikut loghat Perancis)"
"Nak main ke? Datang esok la. Petang tau. Petang" jawab pemain guli.
"oh rupanya ini ialah permainan 'Petang' " kata pedagang di dalam hati.

Apabila beliau pulang ke Perancis, beliau memperkenalkan permainan 'Petang' di seluruh Perancis. Kebetulan pada zaman itu berlaku Revolusi Perindustrian, 'guli' diperbuat dari besi memandangkan bekalan besi yang bersepah2 di sana. Dan di sana mereka memanggilnya 'buli' dan bukan 'guli'.

Begitulah adanya peristiwa permainan petanque. Pada hari ini permainan 'Petang' itu dikenali sebagai 'Petanque' dan 'buli' ditukar kepada 'boule' setelah diterapkan bahasa Perancis yang pekat.

Sekian.


Dari kiri: Jack, Boule, Boule

Nota sendiri tambah:

1) Pedagang itu belajar bahasa Melayu untuk belajar bermain guli. Ok tu cerita rekaan. Jangan ambik serius.

2) Semasa Perang Salib (Crusade War), ramai Ilmuan Islam terbunuh dan buku-buku mengenai ilmu pengetahuan telah dirampas oleh tentera kafir. Buku-buku itu kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab. Bagaimana ilmuan barat dapat mencilok ilmu2 dari buku ini tanpa mempelajari bahasa Arab terlebih dahulu?

Para pemikir sekalian, do u see my point?

Wednesday, March 11, 2009

Tuah Ayam Nampak di Kaki

Malam itu beliau sendirian. Tanpa ditemani sesiapa. Di dalam makmal. Malam itu Chot 'Lelaki-tak takut-hantu' tiada di situ. Yang menemaninya hanyalah bakteria yang diternaknya selama ini. Begitulah rutinnya setiap hari. Pagi bagi bakteria makan dan malamnya mengira bilangan bakteria yang telah membiak.

Tapi malam itu pelik. Malang buat dirinya. Lebih malang lagi beliau tak dapat jerit 'Uncle, tolong' seperti dalam rancangan Seekers.

"Aik, kenapa pulak bakteria ni berkurang dari semalam?"

Esoknya beliau memberi makanan sebanyak-banyaknya kepada bakteria itu supaya dapat membiak dengan cepat sebelum pembentangan PSM yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Malam itu. Sekali lagi misteri mendatang.
"Kurang lagi. Dah rosak ke mesin ni? Esok kena buat report ni"

Setelah dikaji ternyata tiada masalah pada mesin pengira bakteria itu.
Malamnya beliau terkejut lagi.
Semua bakteria yang diternaknya sejak 3 bulan yang lalu lesap.
Tidak tersisa 1 ekor pun.

Malang bagi dirinya. Pembentangan PSM cuma tinggal lagi seminggu. Nak ternak semula pun dah tak sempat.

Mahu tak mahu beliau terpaksa juga berlaku jujur tanpa menipu data untuk lulus dalam PSMnya.
Setelah dipaku bertalu2 oleh panel yang biasanya kejam di medan pembentangan akhirnya beliau akur.

PSMnya gagal.

Sangat kecewa. Itulah yang dirasainya. 3 bulan terbuang tanpa ada apa2 hasil.

Beliau masuk semula ke dalam makmal. Mahu dilemparnya piring-piring petri biarpun selepas itu beliau terpaksa mengisi borang kerosakan makmal dan mungkin terpaksa membayar gantirugi.

Tapi tidak terjadi semua itu.

"Apa benda pulak yang ada dalam ni? Pelik ja bentuknya"

Beliau terus berkejar ke mikroskop berhampiran untuk melihat bakteria baru di dalam piring petri itu.

"Tak pernah jumpa pulak bakteria bentuk macam ni"

Ambik secubit. Dimasukkan ke dalam piring petri kawannya.
Pelik. Semua bakteria kawannya turut musnah sama sekali.

Beliau gembira. Dicubanya pada bakteria merbahaya lainnya. Semua musnah!
Terkocoh-kocoh beliau menulis dalam buku log mengenai data dan pemerhatian ujikaji main2 tersebut dengan pensel yang dijumpai di dalam makmal itu.
Pensel itu tertulis 'Pensel Lin - Malaysia'

Kerana tidak faham bahasa Malaysia beliau menamakan bakteria ajaib itu sebagai 'Pensellin'

Data ujikaji itu dibawa ke semua konvensyen yang dihadirinya dan akhirnya beliau berjaya menggondol Hadiah Nobel atau Nobel Prize kerana telah menjumpai bakteria 'Pensellin' atau dikenali sebagai 'Penicillin' hari ini yang digunakan di dalam antibiotik.


Sir Alexander Fleming (1881-1955)
Saintis yang telah memenangi Hadiah Nobel kerana berjaya menemui Penicillin

Tuesday, March 10, 2009

Korek Hidung..Jentik Laju2

Aku ada terbaca 1 cerita ni pasal itu sorang artis mau masuk PLKN.
Bukan dia memang sukarelahati mau masuk tapi memang kena masuk tau.

Itu hari dia mintak tangguh pasal terikat dengan kontrak lakonan cerita yang mungkin boleh buat duit juta-juta punya.
Kali ini punya cerita dia masuk PLKN tapi berlakon jugak. Siri realiti televisyen ala Survivor di dalam PLKN (mungkin).

Kisah 'Kehidupan Artis Di PLKN'.

Aku tak suka tengok TV. Serius. Tapi kali ini aku terasa macam takmau miss wo0 realiti TV ni.
Mungkin akan ada undian sms penonton di rumah untuk menderma lagi duit-duit orang bodoh kepada artis ni.

Masuk PLKN pon boleh buat duit juta-juta maa. Siapa kata tak boleh?

HaHa..TV..TV..semakin hari kau semakin cilaka.

Apa kata nanti buat program realiti 'Malam Pengantin Artis'? Artis mana yang paling 'hangat'?
Mesti boleh buat ratus2 juta punya maa!

Monday, March 9, 2009

Selamat dan Selamat

Selamat Hari Wanita

dan

Salam Maulidur Rasul.

Terlambat Sehari. Maaf aku sibuk.

Ciao

Thursday, March 5, 2009

Akak Kedai Runcit yang Pemalas

Baru2 ini aku ada membeli belah di kedai runcit di kawasan perumahan aku.
Biasanya aku akan keluar ke Gambang kalau mahu membeli barang. Hatta gula2 sekalipun.
Hari itu aku malas. Tapi aku berjaya menjumpai orang yang lebih malas dari aku.

"Seringgit 90 sen"

aku hulur RM2. Letak atas meja sebab dia terlalu malas nak hulurkan tangan sambut duit aku.

"nak jugak ke seploh sen?"

Cilaka. Hang nak keja ka takmau?

Orang Memang Kreatif di Pintu Jamban ya?

Kadang2 aku terpikir jugak, orang kita suka luahkan perasaan tak kena tempat macam entri yang aku buat sebelum ini. Tapi di tempat yang sama jugak ada segelintir pelukis2 yang memang minat dan sangat suka melukis tapi mungkin kandas subjek pendidikan seni semasa SPM masih mahu menunjukkan bakat dengan harapan Pablo Picasso menjumpai masterpiece mereka dan dijemput untuk berkongsi ruang pameran bersama2 Picasso itu.

Tapi benda yang aku jumpa hari ini agak unik. Printed cantik2. Tampal depan pintu. Bukan sign 'Lepas Kencing Harap Siram' itu. Itu sangat tipikal.

Sila tengok dengan teliti. Klik untuk besarkan gambar. Save dalam komputer anda lebih baik. Mungkin boleh jadi wallpaper.

"Wilayah Winston. Rokok 'Saat' tak dibenarkan."

Nasib baik rokok tu bukan orang yang berbilang bangsa mengikut jenama. Kalau tidak dah lama orang yang lekat ni di-charge sebagai RACIST.

Tuesday, March 3, 2009

4 Mac

Terima kasih Moon sebab mengingatkan aku walaupun semalam berbunyi alarm memperingati hari ni.

Aku masih teringat hari2 jahat di sekolah dulu. Suasana subuh yang aku masih terasa sampai hari ini. Suara nyaring Ustaz Yusri mengejutkan semua untuk bangun solat jemaah di surau setiap pagi.

Tak perlu untuknya pergi dari 1 bilik ke 1 bilik mengejutkan semua. Cukup di hujung lorong. Cukup dari tingkat tiga asrama. Cukup dari depan rumahnya.

Aku masih ingat rasa disebat di betis dengan rotan, dengan getah paip sebab degil. Paling aku tak boleh lupa kejadian kantoi 16 orang beramai2 di 1 bilik kerana memekak di malam2 buta akibat cuti wesak esok harinya.

Malam itu ke16-16 orang dihukum ketuk ketampi 100 kali mengikut kiraan Ustaz di tempat parking warden. Tak termasuk 'turun setengah' dan 'naik setengah'. Macam mana rasanya libasan sekali extra akibat aku pakai seluar pendek tak tutup lutut. Selepas 100 kali setiap orang diberi pilihan.

"nak kena cubit ke libas?"
"libas ja la ustaz.."
"piapp"
melompat. Tapi aku tau cubitan ustaz lebih berbisa dari libasan sekuat hatinya.

Semua itu untuk kebaikan. Kalau tidak sampai sekarang aku belum faham yang waktu malam tak boleh nak memekak. Terima kasih ustaz atas pengajaran yang diberikan.

Hari ini genap 7 tahun pemergian ustaz. Semoga bahagia hidup ustaz di sana.

Al-Fatihah.

Dasar dah Tak Boleh Nak Ubah..

Setiap tahun pada hari raya keempat sebelum pemergian Pidud ke Dublin, aku, Syapik dan Pidud akan menyerang rumah2 sahabat handai yang berada berdekatan Alor Star kadang2 membawa ke Kodiang.

Setelah jauh menaiki kereta dari satu rumah ke satu rumah kami bertekad berhenti di satu tempat, keluar dari kereta dan mengambil angin yang nyaman beserta asap yang tidak baik untuk kesihatan.

Keluar saja dari kereta Syapik terus mengusya tajam ke no plat kereta Pidud. Tercengang. Terdiam.

"Ni kereta dari KL. Dalam kereta nanti kita tak boleh cakap Kedah. Mesti cakap KL." kata Syapik.

Masuk kereta. Semua terdiam. Atmosfera kurang menyenangkan di dalam kereta.

Tiba2 dia bersuara lagi.

"Kite nak pi mane?"

Monday, March 2, 2009

Pasar Malam 2

Orang Putih Masuk Pasar Malam

Penjual: Yeah Brader, do u wanna try apam balik?

Orang Putih: Bagi 2 keping. Jagung lebih ok.

Bang..Dah Berapa Bulan?

Entri ni adalah berdasarkan pemerhatian dan kaji selidik yang aku buat sendiri.
Siapa nak percaya, silakan.
Yang tak mahu percaya, silakan juga. Tapi jangan percaya buta tuli. Benda2 ini mungkin tak terjadi kepada semua orang.

BAGAIMANA MAHU MENGURANGKAN KEMBUNG DI PERUT (untuk jadi sedikit kurus)

Macam mana sebenarnya terjadi fenomena gemuk a.k.a obese?

Kegemukan terjadi atas banyak faktor seperti keturunan, semulajadi, rangka besar, selera besar, kuat makan, buruk lantak dan malas.

Minta maaf kalau sedikit kasar. Aku juga gemuk. Jangan sedih. Kita serupa.

Persekitaran kita turut mempengaruhi gemuk kurusnya seseorang. Contohnya kalau kita tinggal di kawasan yang mempunyai pelbagai kedai yang menyediakan makanan yang enak2 dan kena dengan selera kita, secara otomatis selera kita turut berkembang besar dan GEMbira tinggal di situ. Tambahan pula kalau kita seorang yang mampu (berduit).

Di persekitaran juga kita disogokkan dengan pengaruh mentaliti 'kurus itu cantik' dan 'gemuk itu kurang cantik'. Tipu saja tu. Tapi ramai yang percaya. Fat Joe macho ja walaupun badan dia sangat gembira.

Jadi hasil dari pemikiran itu ramai orang yang pergi ke restoran makanan segera, makan makanan berlemak selepas itu baru kelam kabut nak telan pil macam2.

Di sini aku mahu berkongsi cara untuk menghilangkan sedikit berat badan (tak banyak pon sikit jadi la kan?) tanpa telan pil macam2 dan tanpa alat senaman yang mahal2.

1. Ni faktor utama- Kurangkan gula.

Betul, benda ni aku dah cuba dan betul2 terasa kesannya. Contoh kurang gula macam mana?
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya lauk pauk yang sedap2 sebenarnya tak perlu masukkan gula pun. Cukup sekadar terasa garamnya. Kalau tawar mana sedap. Tapi jangan lebih. Berisiko untuk kena darah tinggi. Bayangkan kalau gula dan garam banyak dalam lauk, 2 skali beb! Sangat berisiko untuk diabetes dan darah tinggi.

Untuk orang yang tiap2 hari makan kat kedai?
Mulakan untuk biasakan diri untuk tak minum air manis ketika makan nasi.
Minum segelas air suam yang agak panas sebelum makan nasi. Kemudian makan nasi dengan tertib tanpa diselangi dengan minum air. Selepas habis makan nasi, kira-kira 5-10 minit selepas itu baru minum lagi segelas air suam. Kalau betul2 dah kemaruk nak minum sirap jugak, minum la segelas dalam jarak 2-3 hari segelas bukan se-jag okeh!

2. Banyakkan minum air masak.

Kadang2 kita makan bukan sebab lapar sangat pon. Nafsu ja kan?btoi dak?
Ok camni. kadang2 kalau kita duduk saja2 tadak keja nak buat tiba2 terasa nak makan.
Tu nafsu saja maa~ cara potong dia aa...ambik segelas air suam yang agak2 panas, kalau tadak ambik air RO pn boleh..layankan ja. Segelas tu..jangan melantak trus segelas. Minum sikit-sikit dan perlahan-lahan. Habis segelas tu dah sendawa lebih kurang otomatis boleh hilang nafsu makan tu.

3. Bersenam

Tak cukup masa? Kawasan rumah yang tak mengizinkan? Jangan takut. Bersenam dalam konteks ini ialah senaman2 ringan. Untuk pengetahuan anda skipping adalah senaman yang agak bagus diamalkan. Kalau dapat buat barang 50 kali sehari pun dah cukup baik. Tapi untuk kesan yang pantas boleh saja amalkan 100 kali. Amat tidak digalakkan kepada adik2 bawah umur yang sedang membesar untuk skipping banyak2. Kebarangkalian untuk bantut adalah sangat tinggi.

Kalau skipping pun tak mampu lari setempat pun boleh. Lari perlahan2 selama 30 minit juga boleh membakar lemak. Ada usaha mesti ada hasil.

Selamat mencuba~!

Sunday, March 1, 2009

Pasar Malam

Pembeli: Bagi kuih ni singgit.

Penjual: Siap kak.

Pembeli: Berapa?

Penjual: Singgit.

Saturday, February 28, 2009

Kenapa Aku Pakai Nombor Itu..?

Ok..aku dipaksa mirul untuk menjelaskan kenapa aku merampas nombor kesayangan beliau.

Kenapa aku pakai nombor ini?

Semasa zaman kecilku, aku ialah seorang yang kaki bangku. Bukan saja tak reti main bola, semua jenis sukan pun aku tak reti. Bukan tak reti langsung. Aku macam pepatah orang putih Jack of all trades, master of none. Kalau boleh semua benda aku nak main. Tapi tak ada satu pun yang aku 'gagah'.

Jadi masa aku sekolah rendah, aku tak pernah wakil sekolah atau wakil kelas dalam apa2 sukan. Pernah jadi penari dondang sayang semata2. Itupun masa sambutan hujung tahun darjah 6. Owh ya, menjadi penari dondang sayang aku tak perlu memakai baju yang bernombor besar2 di belakang.

Semasa aku meningkat remaja masuk ke menengah rendah juga sama. Bezanya tak ada persembahan dondang sayang. Nasyid semata2. Penyanyi nasyid juga tidak perlu memakai jersi.

Bila aku masuk tingkatan empat, ramai rakan sebaya aku menjadi taksub dengan ragbi. Laki yang tak main ragbi petang2 dikira tak kool di sekolah aku dulu. Jadi aku nekad. Sebelum menghabiskan zaman bangku persekolahan aku perlu menjadi kool. Aku mau pakai jersi yang ada nombor besar di belakang.

Oleh disebabkan lelaki di sekolah aku agak sedikit yang bersukan dan tidak ramai yang mahu menjadi kool, aku terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam ragbi walaupun aku bukannya reti main pun.

Dipendekkan cerita masa hari perlawanan peringkat daerah, ramai yang berharap untuk dapat jersi nombor 7 sebab nombor itu dianggap paling kool kerana Eric Cantona dan David Beckham pernah menyarung nombor itu.

Cikgu Afizan (coach ragbi sekolah aku) sebut nama beserta nombor. Sampai turn aku dia sebut '17'. Peh..Tak dapat 7 pun 17 kira kool la. Untuk pengetahuan, ragbi 15 sebelah first team ialah orang yang bernombor 1 hingga 15. Jadi aku ialah substitute yang takkan diturunkan sehinggalah pemain nombor 1 atau 3 injured.

Aku sangat suka nombor itu kerana walaupun aku tidak bermain tetapi tercetak dalam sijil berhenti sekolah aku sebagai 'wakil sekolah dalam permainan ragbi'.

Sangat Bertuah!

Friday, February 27, 2009

Akibat Banyak Membaca Bahan Bukan2

Masa aku darjah 6.
Kelas Kajian Tempatan.
Silibus: Bahan galian di Malaysia

Cikgu: Apa yang terkenal di Perak?

Aku: Labu Sayung.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Baru2 ini
Stesen RapidKL Titiwangsa

Aku: Pandan Jaya

Akak Kaunter: Berapa?

Aku: RM xx

Akak: Harga aku pun tau. Berapa orang?

tengok keliling..

Aku : Satu ja.

Padah Anak Derhaka

Rasa2 la kan..Cerita2 zaman dulu yang kita dengar zaman kanak2 betul ke tak..
contohnya macam cerita Pak Pandir dengan dungunya, Lebai malang dengan malang2nya, batu belah batu bertangkup, si Luncai dengan labu2nya, si Tanggang nakhoda kapal?

Cerita2 ni orang2 tua zaman dulukala ada yang merekacipta untuk banyak tujuan. Mungkin untuk pengajaran, sindiran atau mungkin untuk jenaka semata2.

Tapi cerita si Tanggang tu aku rasa betul2 berlaku tapi di Indonesia. Di sana nama dia Malin Kundang. Bukan. Bukan cerita Indonesia yang main kat tv tu. Ni betul2 punya.

Semasa aku pergi melawat ke sana 2 tahun lepas, di Pantai Air Manis kalau tak silap aku. Dekat area Padang, Sumatera Barat Indonesia. Just wanna share this pic with u all. Orang Indonesia mungkin ramai yang dah tau. Haipp..pelan2 tengok..

Nampak dak? Nampak dak? Sbnarnya ni batu kat pesisir pantai tu. Gambar penuh tak dapat la aku nak tangkap pasal batu ni besar sangat. Kapal Malin Kundang ni pun jadi batu. Atas kapal ni ada la tali, tangga tali, barrel dan kelengkapan2 kapal macam kartun one piece tu..semua jadi batu.

Amacam? Ada beran lu nak lawan cakap mak lu lagi pasni?

Thursday, February 26, 2009

Sebuah Entri Berlagak Dari Aku

Siapa kata Malaysia Takleh JAdi Juara?

Tamat sudah sukan Piala Dekan a.k.a Sukan Intrafakulti di tempat aku. Team aku taun ni berjersi Malaysia kaler biru, bezanya cuma Sathia bukan coach team ni. Awal2 dah terdengar suara2 macam "team Malaysia ni..mesti bungkus awal", "team sayur ni" dan berbagai2 lagi. Biasalah..persepsi team Malaysia yang sebenar dah tertumpah ke team ni.

Sebelum

Selepas

Can u spot the differences?wahaha



Monday, February 23, 2009

Tribute untuk Beliau..


1929-1973

Seniman terulung perfileman negara kita.
Nama sebenar beliau ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh. Filem2 beliau bukan saja mendapat sambutan yang hangat di Malaysia dan Singapura bahkan penonton wayang di Indonesia turut membanjiri bioskop-bioskop berdekatan.

Keluarga beliau berasal dari Acheh, Sumatera, Indonesia. Pernah bekerja sebagai pekerja kilang timah (tin) semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Setelah perang tamat, pada tahun 1945 iaitu ketika beliau berusia 16 beliau menyertai pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dan meraih tempat ketiga. Ketika itulah beliau menggunakan nama 'P Ramlee' di mana P itu membawa maksud 'Puteh'.

Filem pertama yang beliau lakonkan bertajuk 'Chinta' pada tahun 1948. Sejak hari itu bakatnya dalam lakonan semakin berkembang dan beliau mula menjadi pengarah pada tahun 1955 dalam filem 'Penarek Becha'.

Beliau mengarah 16 filem selama bekerja di studio Jalan Ampas, Singapura dan filem terakhir yang diarahkan di studio itu adalah 'Tiga Abdul'. Kemudian beliau berpindah ke Merdeka Film Productions dan mengarah 18 buah filem dan filem terakhir beliau arahkan ialah 'Laksamana Do Re Mi' (1972).
(credit to P Ramlee group www.facebook.com)


aku sekarang sedang mabuk cerita P Ramlee. Kalau dulu nak tengok filem dia kena tunggu setiap hari Rabu kat TV1 kalau tak silap aku. Sekarang dah senang, boleh download, tengok banyak2 kali pun tetap tak bosan.

Yang peliknya filem dia ada tarikan luarbiasa. Walaupun dah tengok banyak kali dan hafal jalan cerita sekali dengan dialog pun tetap nak gelak jugak. Pelik kan? Sangat berbeza dengan cerita komedi zaman sekarang. Paling kuat pun 3 kali dah boleh naik menyampah.

"aik..ayahanda marah ya?"
"tidaaakkk"

Malas & Dengki

Hari ini ingin aku kupaskan pasal 2 bentuk pe'el yang biasanya ada dalam diri kita. Bangsa kita.
Aku tak kata cuma bangsa kita yang mempunyai pe'el bukan2 ni tapi untuk mengecilkan skop aku lebih suka merujuk kepada bangsa kita.

Baik. Mula2 sekali pasal malas. Tunjukkan aku seorang kawan anda yang tak pernah berasa malas seumur hidup. Hari2 rajin saja. Maksud aku rajin dalam membuat benda yang berguna sentiasa. Rajin enjoy tidak dikira..okeh?

Biasanya benda yang kita malaskan ialah benda yang baik dan berguna untuk kita. Kadang2. Ada jugak orang yang malas nak mencuri. Tapi itu malas yang baik. Malas yang mau aku rujuk sekarang dalam konteks aku sebagai seorang pelajar contohnya seperti malas pergi kelas, malas buat homework, malas mandi, dan malas beriadah petang2. Ada jugak yang malas makan. Nak makan pun nak orang suapkan. Meh aku suap penampaq kat pipi tu.

Cukup tentang malas. Dengki pulak.

Dengki ada macam2 dengki. Dengki baik dan dengki jahat.

Dengki baik ialah seperti dengki melihat kawan2 yang lain berjaya, setiap semester naik stage, ambik sijil dean list, dia berusaha untuk naik stage jugak untuk sem berikutnya untuk ambik dean list jugak, bukan naik stage untuk dilibas beramai2 seperti zaman sekolah dulu.

Dengki yang jahat pula seperti melihat kawan2 lain berjaya, naik stage ambik sijil, pastu mengutuk kawan2 tu skema, ulat buku, kipas lecturer dan sebagainya sampailah kawan tu down moralnya dan turun prestasinya. Kalau kita tengok masyarakat kita yang masih menebal unsur2 mistik pantang tengok orang lain berjaya, pastu mula la nak tuju2 la, santau la, bomoh2kan la. Bila nak berubah pun tak tau.

Bagi aku, malas dan dengki ni adalah adik beradik 'sepusat sepusing, mak lain bapak asing'.

MAri kita tengok contoh. Seseorang yang malas biasanya takkan berjaya. Orang rajin selalunya akan berjaya. Biasanya. Orang2 'gifted' dikecualikan. Jadi bila pemalas ni tengok perajin ini berjaya, dia akan berasa dengki. Ada tak istilah 'perajin' sebenarnya? Aku main sebat ja.
Kembali ke topik. Bila dia berasa dengki mula la dia nak jatuhkan kawan tu. KAcau jiwa raga la. Bomoh la. GAngguan hmm..macam2 la. Tapi malas dia tetap tak berubah. Ini contoh malas yang membawa ke dengki.

Ada jugak kes dengki yang membawa ke malas. Katakan si Abu suka bertanya soalan kepada lecturer. Kawan2 lain yang dengki pun panas. Kena label 'kipas lecturer' terus. Jadi esoknya terus si Abu jadi malas nak bertanya soalan lagi walaupun banyak yang dia tak paham. Orang lain pun dah malas bertanya dalam kelas takut2 dapat label tu jugak. Yang tak bertanya pun bukannya pandai pun, tapi malas bertanya. Sudahnya 1 kelas tak paham apa2 benda. Kan rugi? Tapi berpada2 la kan takkan kelas tinggal lagi seminit nak abis masih yang tanya macam2. Nak2 pulak dah masuk waktu lunch, memang panas la hati membe2. "kang aku lempang budak ni silap2 aku masuk syurga" pepatah membe aku.

Dari situ aku nampak sebenarnya dengki dan malas tu berkait. Seperti pepatah "kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang" dan "air dicincang tak akan putus". Lebih kurang la tu.

Jadi mari kita sama2 buang kedua-dua pe'el tak elok ni. Kalau tak mampu buang 2-2, buang la 1 dulu. Buang malas tapi amalkan dengki yang baik. Boleh sama2 naik kan?

Pop Kuiz: berapa banyak perkataan malas dan dengki dalam teks di atas?

Saturday, February 21, 2009

Kejadian yang Takleh diluPakan di restoRan Fast food

Scene 1:
Tempat: Burger King KLCC
Suasana: Hingar bingar, beratur panjang, seat tak banyak yang kosong

Aku beratur di belakang seorang brader. T-shirt berkolar, kolar naik atas ala Eric Cantona, Rayban atas kepala, kasut..hmm..tak ingat. Pendek kata memang bergaya.

Sampai turn dia.

"saya nak set no XX, air coke k"

dapat makanan atas tray. Dia angkat gelas kertas tu.

"aik, kosong ja?kan saya cakap nak coke tadi?"

"air refill kat sana ye" ujar penjaga kaunter.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Scene 2:
Tempat: KFC benteng, Kuantan
Scene: Awal2 pagi, dalam pukul 3pagi, seat banyak yang kosong

Di depan aku ada seorang brader. Lagak gayanya memang macam mat rempit. Minah rempit menunggu brader rempit di meja.

"saya nak bla bla bla" sambil tengok list makanan yang ada.

makanan sampai.

"err...straw tak bagi ke?"

Friday, February 13, 2009

Banyak Masa Hang yang Terluang nak Sekolahkan orang? Meh aku bagi Lutut tepat ke Mukamu

Baik. Tajuk entri kali ini agak panjang.

Sebenarnya aku agak tertekan dengan mentaliti orang kita yang suka menyekolahkan orang di mana sahaja.

Bukan, bukan kamu ya rakan-rakan tabligh, cara kamu biasanya betul. Kalau mahu sekolahkan orang, biar tepat ke muka. Jangan bagi lutut dulu, guna mulut sahaja. Jangan cium! Silap-silap anda boleh dipenjara akibat gangguan seksual.

Siapa yang harus diacukan lutut ke mukanya?

Petang hari ini aku merayau ke Kuantan. Bandar yang lebih maju dari Gambang, tempat tinggal aku sekarang. Tiba-tiba panggilan alam memanggilku. Bukan ajal la ngok! Belum lagi. Panggilan ke tandas.

Nak dijadikan cerita, seusai aku melepaskan hajat yang terpendam, *ehem* hobi aku di situ ialah membaca nukilan-nukilan rasa hati pengunjung yang pernah mengunjung di situ sama ada di dinding dan di pintu. Di mangkuk itu belum pernah. Lahanat yang tak reti flush saja yang ada. Kadang-kadang.

Salah satu yang aku tengok ialah ini:


Agaknya, kenapa aku bengang dengan tulisan ni?

Ya betul, ayat ni di pintu jamban. Tapi kurang tepat.





Ya betul kak long yang meneka. 'Hamba Allah' tu. Kenapa tak pakai nama penulis itu sendiri? Takut nama sendiri busuk sebab tertempel di pintu jamban? 'Allah' tu siapa? Nama tu jugak kau nak busukkan di pintu jamban ya Setan?

Meh sini dekat aku. Gantungkan kad matrik 'hamba Allah' di leher atau poket baju. Sekolahkan aku puas-puas. Jangan tulis macam tu lagi di pintu jamban ya Setan?

p/s: aku bukan pervert tau main tangkap-tangkap gambar sembarangan kat jamban. Abang di sana, jangan takut kalau saya masuk ke tandas bersama-sama anda. Saya takkan intai atau tangkap gambar abang sedang khusyuk meneran . Betul. Serius.

Provokasi Seorang Aku

Siapa kata PSM(projek sarjana muda) a.k.a FYP(final year project) susah?

Kan seorang dapat 1 projek, susah apanya? Bukannya ada kawan-kawan yang boleh spoilkan markah?

Malas la tu, tu yang punca PSM tak siap~~ *jeling*

Anggapan yang pernah aku buat.

*Maafkan aku kawan-kawan, masa itu aku belum lalui subjek puaka ni*

*Ampunkan aku~~*

Ya, PSM memang susah. Tambah susah bila ada spesies ambik ringan subjek ni macam...

*AKU* wahaha

Sekarang baru aku tahu bahananya PSM ni. Susah tak susah sangat la kan. Azabnya yang lebih.

Tapi tidak mengapa. PSM juga telah mengajar kita 1 nilai murni ya adik-adik. Iaitu SABAR.

Kita selalu dengar sabar itu separuh atau sebahagian dari iman. Maka tidak lengkaplah iman kamu semua ya adik-adik jika tidak disertakan dengan sabar. Baik, biar aku kopipes sedikit bahan dari internet.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesabaran
menurut syariat Islam?


Jawapan:
Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu
keadaan yang tidak disenangi oleh manusia
serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak
pernah mengenal putus asa. Contohnya,
sabar menunaikan sembahyang lima waktu
sehari semalam dan sabar ketika menghadapi
kesakitan dan berusaha mengubatinya.

Jika kita tidak sabar mengerjakan solat boleh jadi solat kita tidak diterima oleh Allah. Demikian juga halnya tentang PSM. Jika kita tidak sabar mengerjakan PSM, boleh jadi laporan akhir PSM itu tidak diterima oleh supervisor atau mungkin di-tongsampah-kan terus. Jadi hati-hati ya adik-adik, jangan sampai supervisor bilang "kita jumpa lagi lah semester depan ya" sambil tersenyum kambing. Tentu kita tidak mahu jadi begitu kan?

Baik, sabar juga boleh diterapkan dalam perniagaan. Contohnya pengalaman aku dulu:

"ya kak long, kuih aa?"

"bagi putu piring singgit"

"putu piring tak jual kak, putu buluh saja yang ada"

"Yelah..akak dari Perak, kat sana orang panggil benda ni putu piring"

"eh setahu saya la kan kak, putu piring bentuknya lain" debat takmau kalah.

"ish nama saja penjual kuih, nama kuih pun tak tau, bagi la putu piring tu singgit" suara tinggi.

"baiklah"

begitulah pentingnya kesabaran demi mendapatkan singgit dari akak tersebut. Sabar itu penting kan?

p/s: yang tak tahu beza putu buluh dan putu piring sila lawati pasar malam berdekatan anda.
yang tak tahu beza karipap dengan kuih ketayap..hang memang nak mampus..

Sunday, February 8, 2009

Sms pelik

toot..

"oi pompuan sial, dah takde laki lain ke kau nak kacau selain laki aku?"

"ehem..saya rasa puan dah tersalah nombor ni, takkan la saya nak kacau suami puan"

"ah pompuan tak guna macam kau memang camni, dah buat salah taknak mengaku"

"betullah puan, saya betul2 tak pernah ganggu suami siapa2"

"abes kalau kau tak goda dia takkan la dia gila2kan kau, no kau ada dalam hp dia?"

"mana la saya tau, no hp saya cantik...mungkin?"

"kau tergamak eh ganggu kebahagiaan rumahtangga orang? Kau tak kesian kat aku pun kesian la kat anak2 aku, anak2 laki yang kau goda tu"

"puan, saya ni LAKI..gay pun bukan, camna saya bleh goda laki puan? Laki puan tu bi ke?"

toot toot..telefon aku angkat

"hello"

"hello, puan agak2 ada tak pompuan suara garau macam saya?"

"maaf, salah nombor"

Saturday, February 7, 2009

Macam-macam tahi lembu jadi skang

Macam semua orang tau..
dan macam semua orang tengah bercerita sekarang..

Balik-balik isu politik Perak ..
Ahli politik sekarang memang mengarut.
Semua nak isi perut sendiri saja..
Pikir la macam mana nak tolong bangunkan negeri..
Kalau nak kejar glamour & duit baik jadi artis..
Orang pun tak marah...kan?

Orang-orang yang menyokong kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang peralihan kuasa 16 September dulu tak layak mengkritik peralihan kuasa Perak. Faham?

Thursday, February 5, 2009

Bola Sepak Malaysia

Agak terhantuk jugak bila aku terbaca entri yang meyakinkan untuk membangunkan pasukan bolasepak kita.

Ya aku memang tak berminat sangat ambik tau hal ehwal bolasepak tempatan sejak tamat sekolah rendah. Waktu Kedah menggondol treble 2 tahun berturut-turut juga aku masih tak suka ambik tau. Seingat aku kali terakhir aku jejakkan kaki ke stadium pun masa tingkatan 1. Itu pun sebagai clarinetist dalam brass band. Bukan sebagai penonton bolasepak.

Tapi blog yang aku baca baru-baru ini mula membuka mata aku.

Sila jengah ke SINI.

Turunlah Sultan Ahmad Shah. Turunlah Khairy Jamaludin.

Terima kasih Mr Lucius Maximus!