Saturday, September 12, 2009

Paling benci aku nak mereka-reka apa nak tulis kat title

Woh agak lama rupanya blog ni tak berisi benda baru.

Hidup macam biasa. Tak ada benda-benda menarik yang boleh diceritakan bila hidup penuh dengan gelagat orang-orang pelik yang menjengkelkan tambah-tambah pulak di bulan Ramadhan yang mulia.

Tak baik kutuk orang bukan? Walaupun kita tahu bulan lain pun sebenarnya tak elok jugak kutuk orang tapi sekurang-kurangnya bulan ni melatih diri kita supaya membaiki diri dan menjauhi dari sifat-sifat keji dan mungkar (macam blog budak surau kat sekolah2 dulu bukan?)

Baiklah sepanjang 2 minggu ni tak banyak benda yang boleh diceritakan. Oh ya weekend lepas sempat aku turun KL. Membeli belah sempena raya? Oh tidak tahun ini aku menjangkakan raya yang paling kosong dalam hidup aku. Mungkin cuma sembahyang raya kemudian tidur terlentang sampai senja sebab tak ada benda yang nak dibuat sebab aku tak balik ke kampung halaman tercinta.

Para pengganas di kampung pun dah merungut memandangkan tak cukup korum untuk mengadakan trip raya. Sori matdud. Sori syapik. Dah 3 tahun kot tak merasa raya sama-sama haha.

Cilakak apa pasal entri kali ni macam berbaur budak sekolah saja?

5 comments:

QifA said...

yaa..mari beraya di sarawak.

haha.aku pn rasa kalau aku jd hang lpas solat aku truih tdoq.takkan tak p beraya rumah boss hang kot?

Ilyas Zubir said...

tempat keja aku dipenuhi org2 kuching maa..raya kat kuching la depa..haha

idiotique scarecrow said...

cepat suruh mak ang pos kuih raya sedap sedap..

Ilyas Zubir said...

duh..specialty mak aku soto la..takleh pos ma haha

AK said...

uit
raya di sanakah???
harap sabar menempuh dugaan...