Friday, November 11, 2016

Entri Serius

Sejak dua menjak ni aku dah mula berjinak2 dengan Linkedin. Satu hari tu ada sorang otai message aku tanya ada tak kerja kosong kat tempat aku kerja.

Umur dia dalam lewat 40an atau awal 50an. Sebelum ni kerja kat negara Arab. Sekarang jobless sebab harga minyak yang teruk.

Umur 50.
Jobless.
Sebelum ni dah biasa wang besar.

He makes me thinking, satu hari nanti mungkin aku jadi macam dia, dah tua dan diberhentikan kerja. Syarikat mana yang berminat lagi? Baik hire muda2, gaji pun murah. Dan aku akan terkontang kanting cari kerja lain yang mungkin cuma nak bayar 50% dari income aku yang biasa.

Fuck. Dah berapa hari aku fikir pasal benda ni saja. Company won't give a fuck about you. They'll pay you some money for you to survive, let's say one year, then?

You've been sacrificed your family, your friends, your fucking LIFE for years! And that's it.

Ambik duit ni, terima kasih atas semuanya. Wish you best of luck.


Hang yang selama ni kerja saja, tak peduli pasal anak bini, mak bapak hang, apa yang hang ada pada masa tu?

Tuesday, October 4, 2016

Kereta berlaga.

Orang kita ni gila
Nampak kereta berlaga
Kita pun berlumba nak tengok siapa yang kena

Orang kita ni gila
Semua pakat keluar henset berkamera
Nak lawan masuk di sosial media

Orang kita ni gila
Ramai tanya "ada yang mati ka?"
Daripada "aku harap semua baik saja"

Orang kita ni gila.. gila.. gila.

Saturday, September 24, 2016

Highway kubur

Senior aku bersoal jawab dengan abang highway;

"Kalau ikut Garmin dekat dengan R&R Perasing tu ada kubur lama, betul ke?"

Abang highway jawab "Siapa si Garmin tu?"

Laugh me die.

Monday, September 19, 2016

Darjah dua

Masa aku darjah dua aku bodo gila english. Setiap kali kelas english mesti paling kurang aku kena lempang sebab tak buat kerja sekolah & tak 'speaking' macam kawan-kawan lain.

Cikgu kelas aku panggil aku 'sickening. Yang aku faham dulu 'si kening' mungkin sebab kening aku yang agak annoying. Gelak2 aku dengan kawan2 sambil tunjuk kening.

Bila dah besar baru tau, sebenarnya baru-baru ni aku baru tau makna sickening tu. Oh god why...

Sedihnya aku.
.
.
.
.
Ternyata aku masih bodoh english.

Monday, August 15, 2016

Trainee Baru

Ofis aku ada ambik 2 orang trainee.
Sorang budak KL, study kat Australia. Sorang lagi budak Kelantan study kat Korea.
Yang KL macam biasa la budak KL. Yang Kelantan kalau campak ke hujung dunia pun cakap Kelantan memang tak tinggal.

Satu hari aku terdengar budak KL ni sembang dengan budak Kelantan,

"Kau duduk Korea mesti pandai cakap Korea kan?"
"Yalah. Memang kalau nak study kat Korea kena pandai cakap Korea." kata budak Kelantan control cakap luar.
"Nanti bila senang kau ajar aku cakap Korea eh?"

.......

.......

.......

"Meta deh" kata budak Kelantan.
"ohhhh.. apa maksudnya tu?" Tanya budak KL.
"Tunggu kejap" jawab budak Kelantan.

Budak KL pun apa lagi, ambik pen & kertas nak tulis la tu 'Meta deh - Tunggu kejap' dalam kamus bahasa Korea dia.

"Hoiiii... tu bahasa Kelantan, bukan bahasa Korea!" sampuk aku sambil gelak kuat-kuat.


*Mujur aku ada ramai kawan Kelantan, kalau tidak dengan aku-aku pun salin 'translation' tu.