Monday, August 15, 2016

Trainee Baru

Ofis aku ada ambik 2 orang trainee.
Sorang budak KL, study kat Australia. Sorang lagi budak Kelantan study kat Korea.
Yang KL macam biasa la budak KL. Yang Kelantan kalau campak ke hujung dunia pun cakap Kelantan memang tak tinggal.

Satu hari aku terdengar budak KL ni sembang dengan budak Kelantan,

"Kau duduk Korea mesti pandai cakap Korea kan?"
"Yalah. Memang kalau nak study kat Korea kena pandai cakap Korea." kata budak Kelantan control cakap luar.
"Nanti bila senang kau ajar aku cakap Korea eh?"

.......

.......

.......

"Meta deh" kata budak Kelantan.
"ohhhh.. apa maksudnya tu?" Tanya budak KL.
"Tunggu kejap" jawab budak Kelantan.

Budak KL pun apa lagi, ambik pen & kertas nak tulis la tu 'Meta deh - Tunggu kejap' dalam kamus bahasa Korea dia.

"Hoiiii... tu bahasa Kelantan, bukan bahasa Korea!" sampuk aku sambil gelak kuat-kuat.


*Mujur aku ada ramai kawan Kelantan, kalau tidak dengan aku-aku pun salin 'translation' tu.

Friday, January 22, 2016

Jan 22, 16

1997 - Tulisan kamu buruk sangat saya tak boleh nak baca. Saya wajibkan kamu masuk kelas tambahan lepas kelas untuk baiki tulisan. - cikgu perempuan.

2007 - Wah lawanya tulisan kau, kalah aku, tak padan dengan muka kau. - classmate perempuan.

Sejak hari tu aku sedar yang perempuan sangat susah nak difahami.

---------------------------

Tadi aku keluar dengan ofismate. Entah macam mana sorang tu tanya, dia agak junior banyak dari aku & masih single;

"Berapa kali kau mengalah kalau bertekak dengan bini kau?"

"Every single f*cking time. One thing is certain about women is, you will never win bila argue, jangan buang masa kat situ":)

Monday, November 9, 2015

Pagi Jumaat - Nat Tok Jalai 2001

Macam biasa cuti sekolah aku tolong bapak aku niaga apam balik kat Nat Tok Jalai.
Datang sorang customer pesan apam balik.

"Adik nama siapa"
"Ilyas"

"Rajin Ilyas tolong ayah niaga, masih sekolah ke? Saya Abg Din"
"Aah masih sekolah"

"Ilyas tengok Abg Din, Abg Din ada bisnes senang nak kaya. Pendaftaran seumur hidup, goyang kaki pun dapat duit. Tapi kalau Ilyas suka niaga panas-panas macam ni terpulanglah"
"Saya sekolah lagi bang"

"Abg Din sekolah tak tinggi pun mampu pakai 3 bijik kereta, ayah Ilyas ada berapa bijik kereta?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Bapak saya ada lori. Abang Din ada lori?"


Tu kali terakhir aku jumpa Abang Din. Entah apa la jadi kat dia sekarang.

Saturday, June 6, 2015

Drama pagi ahad

Bini tanya:
"Kalau saya masak untuk awak, boleh pergi Melbourne ke?"

Aku jawab:
"Better dari Melbourne."

Bini sambil gelak-gelak tanya balik:
"Kat mana tu?"

Aku:
"Syurga, insyaAllah."

Wednesday, March 18, 2015

Ringkasan tahun sebab dah jadi pelupa.

2014.
Januari kawin. Februari kenduri. Mac honeymoon. April-Mei-Jun-Julai perit ya amat.
Julai nampak sinar harapan. Ogos-September perit tapi lucu.
Oktober rezeki mencurah-curah. November-Disember Terengganu banjir mencurah-curah.