Saturday, February 7, 2009

Macam-macam tahi lembu jadi skang

Macam semua orang tau..
dan macam semua orang tengah bercerita sekarang..

Balik-balik isu politik Perak ..
Ahli politik sekarang memang mengarut.
Semua nak isi perut sendiri saja..
Pikir la macam mana nak tolong bangunkan negeri..
Kalau nak kejar glamour & duit baik jadi artis..
Orang pun tak marah...kan?

Orang-orang yang menyokong kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang peralihan kuasa 16 September dulu tak layak mengkritik peralihan kuasa Perak. Faham?

Thursday, February 5, 2009

Bola Sepak Malaysia

Agak terhantuk jugak bila aku terbaca entri yang meyakinkan untuk membangunkan pasukan bolasepak kita.

Ya aku memang tak berminat sangat ambik tau hal ehwal bolasepak tempatan sejak tamat sekolah rendah. Waktu Kedah menggondol treble 2 tahun berturut-turut juga aku masih tak suka ambik tau. Seingat aku kali terakhir aku jejakkan kaki ke stadium pun masa tingkatan 1. Itu pun sebagai clarinetist dalam brass band. Bukan sebagai penonton bolasepak.

Tapi blog yang aku baca baru-baru ini mula membuka mata aku.

Sila jengah ke SINI.

Turunlah Sultan Ahmad Shah. Turunlah Khairy Jamaludin.

Terima kasih Mr Lucius Maximus!

Wednesday, February 4, 2009

ohh..Padan muka..!!

Sebenarnya isu ni baru ja aku tau selepas dah beberapa hari aku tak menjengah dunia luar.

Sila Klik Sini

Aku ingat lagi kes membe aku yang bagi teguran terbuka untuk staf-staf pentadbiran universiti.

Apa dia kena? Malas la nak cita nanti tak pasal-pasal aku masuk dalam akta hasutan plak.

Ni pun 1 punca aku tak boleh blah dengan utusan. Selain menjadi pengipas Pak Lah, akhbar ni juga suka membesar-besarkan benda yang remeh-temeh.

Staf-staf yang terlena, this is your nightmare~ haha

Friday, January 30, 2009

Sangat sibuk!

Sekarang aku agak sibuk..
ok sangat sibuk sebenarnya..

sibuk yang memaksa aku untuk tidak pulang bercuti walaupun cuti seminggu Tahun Baru Cina merangkap cuti pertengahan semester

Busy doing nothing..
Cuti seminggu di universiti seperti membuang cuti ke dalam longkang..

"Wish me luck for the Plant Design Presentation this Wednesday"

Friday, January 23, 2009

Rubah - Iwan Fals

Entri kali ni takda menda pun. Cuma nak share lirik lagu yang aku copy paste. Syiok ma lagu ni!

Jaman berubah perilaku tak berubah
Orang berubah tingkah laku tak berubah
Wajah berubah kok menjadi lebih susah
Manusia berubah berubah - rubah

Gandhi yang dicari yang ada komedi
Revolusi dinanti yang datang Azahari
Lembaga berdiri berselimut korupsi
Wibawa menjadi alat melindungi diri

Pendidikan adalah anak tiri yang kesepian
Agama sebagai topeng yang menjijikkan
Kemiskinan merajalela yang kaya makin rakus saja
Hukum dan kesehatan diperjual belikan

Kesaksian tergusur oleh kepentingan ngawur
Pemerintah keasyikan berpolitik (ngawur)
Partai politik sibuk menuhankan uang (ngawur)
Ada rakyat yang lapar makan daun dan arang

Televisi sibuk mencari iklan
Sementara banyak yang tunggu giliran
Rakyat dan sang jelata menatap dengan mata kosong
Dimana aku apa ditelan tsunami ?

Lirik ni aku rasanya adalah kritikan buat kerajaan Indonesia. Zaman presiden yang mana 1 aku kurang pasti tapi lagu ni aku petik dari album Iwan Fals-50:50.

Rasanya ada kena mengena tak dengan pemerintahan kerajaan negara kita? Anda jawab sendiri.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*sesiapa yang rajin boleh la search kat youtube lagu ni. Memang best la bagi aku.
*sesiapa yang tak paham maksud 'rubah' sila google. Kalau rajin.