Wednesday, January 10, 2018

BR1M Bram Brom

Masa aku kerja kilang sarung tangan dulu tengah lepak2 isap rokok dengan geng2 operator, tiba-tiba sorang operator yang agak senior ni bukak cerita pasal BR1M. Panjang cerita dia, bagus betul kerajaan ni perkenalkan BR1M, dapat jugak la ringankan beban dia sikit.

Aku angguk2 tanda setuju. Yalah operator masa zaman tu mana ada gaji minima macam sekarang, gaji permulaan pun dalam RM650 macam tu. Masuk OT & elaun2 lain merasa la cecah seribu itu pun lepas tolak EPF & SOCSO jatuh balik ke bawah RM1000. Jadi BR1M masa tu RM500 besar sangat la nilainya untuk kawan-kawan aku ni.

Sambil asap keluar masuk aku layan ja cerita dia dengan operator2 lain pasal BR1M, entah macam mana gatal mulut aku tanya;

"Dah ambik ke BR1M tu bang?"

"Ambik dah, habis dah pun.." dia jawab.

Aduh.. sedihnya baru berapa hari dah habis, mesti habis buat belanja beli barang dapur & barang anak-anak ni.
.
.

"...semalam aku bawak Milah janda tu jalan-jalan tengok wayang, belikan dia baju baru sekali he he he" dia sambung.
.
.
.
.
.
Biru jugak pipi dia kena lempang dengan aku.

Friday, March 10, 2017

Cacai hina

Pagi tadi aku terbaca 1 twit yang cakap ke Syed Saddiq bunyi dia lebih kurang macam ni;

"Bukannya taknak mengundi tapi tak percaya betul ke semua undi dikira"

Aku tak ingat apa Syed tu cakap tapi bagi aku;

"Jalankan tanggungjawab hang sebagai warganegara yang baik dengan keluar mengundi, lepas tu tawakal ke Allah"

Tu saja.


Kan?

Koruptor sendiri

Tengok berita, surat khabar, internet cerita tentang Datuk, Tan Sri, dif-dif kehormat (ayat pidato sekolah dulu) jadi koruptor kehormat menggelapkan berjuta-juta duit yang patutnya duit rakyat, ke dalam poket sendiri.

Benda ni bukan kerja satu malam.
Bukan kerja 2 minggu.
Bukan kerja sebulan.
Hanya orang betul-betul hebat saja mampu menggelapkan billion ringgit sekelip mata (aku tak cakap siapa).

Tengok sekeliling. Kawan hang. Kawan sekerja hang. Bos hang. Family hang.
Hang boleh tau siapa bertangan kotor, siapa tangan bersih berkat rezeki halal.
Tak payah susah-susah semak baki akaun dia berapa.

Tengok rumah dia, kereta dia, lifestyle dia.
Yalah dia kaya sebab ada bisnes.
Koruptor bodoh saja yang tak ada bisnes untuk 'cuci duit' wehh.

"Kalau I bagi you kontrak ni berapa percent I dapat?"
"Jom bincang kat padang golf"
"You help me, I help you lahh"

Fuckers. Bila kita nak tembak saja koruptor ni di depan khalayak ramai?

Friday, November 11, 2016

Entri Serius

Sejak dua menjak ni aku dah mula berjinak2 dengan Linkedin. Satu hari tu ada sorang otai message aku tanya ada tak kerja kosong kat tempat aku kerja.

Umur dia dalam lewat 40an atau awal 50an. Sebelum ni kerja kat negara Arab. Sekarang jobless sebab harga minyak yang teruk.

Umur 50.
Jobless.
Sebelum ni dah biasa wang besar.

He makes me thinking, satu hari nanti mungkin aku jadi macam dia, dah tua dan diberhentikan kerja. Syarikat mana yang berminat lagi? Baik hire muda2, gaji pun murah. Dan aku akan terkontang kanting cari kerja lain yang mungkin cuma nak bayar 50% dari income aku yang biasa.

Fuck. Dah berapa hari aku fikir pasal benda ni saja. Company won't give a fuck about you. They'll pay you some money for you to survive, let's say one year, then?

You've been sacrificed your family, your friends, your fucking LIFE for years! And that's it.

Ambik duit ni, terima kasih atas semuanya. Wish you best of luck.


Hang yang selama ni kerja saja, tak peduli pasal anak bini, mak bapak hang, apa yang hang ada pada masa tu?

Tuesday, October 4, 2016

Kereta berlaga.

Orang kita ni gila
Nampak kereta berlaga
Kita pun berlumba nak tengok siapa yang kena

Orang kita ni gila
Semua pakat keluar henset berkamera
Nak lawan masuk di sosial media

Orang kita ni gila
Ramai tanya "ada yang mati ka?"
Daripada "aku harap semua baik saja"

Orang kita ni gila.. gila.. gila.