Friday, December 19, 2008

Anda MAhu JAdi ultraman? Saya juga!

Selamat sejahtera.

Hari ini teringin pula aku menulis entri mengenai 'apa pekerjaan yang mahu anda ceburi ketika tamat pengajian' atau bahas ringkasnya cita-cita.

Masa aku di darjah satu, beberapa kawan aku yang agak educated, mungkin selepas menerima pelajaran awal di rumah oleh ibubapa asyik bercerita mengenai cita-cita masing-masing. Aku agak blur ketika itu dan aku memang tak pernah langsung dengar perkataan 'cita-cita'. Tapi apabila seorang itu mengatakan bahawa dia mahu jadi askar, barulah aku tahu bahawasanya 'cita-cita' itu adalah 'apa nak jadi bila besar nanti'.

Sejak hari itu aku mula berfikir, pekerjaan apa yang paling best bila besar nanti. Pekerjaan yang sering mengganggui fikiran aku masa itu ialah pengutip sampah. Mak aku cakap kalau malas pergi sekolah nanti boleh kerja sebagai pengutip sampah. Jadi aku takut. Aku takut untuk ponteng sekolah. Tapi aku tak takut untuk ponteng kerja sekolah. Ah aku ingat lagi cikgu kelas aku masa darjah 2 ialah Puan Gan. Memang garang. Dia mengajar bahasa Inggeris. Subjek yang paling aku benci masa tu sebab aku paling bodoh di dalam kelas. Cukup cerita mengenai Puan Gan.

Berbalik ke cerita asal - cita-cita.

Jadi setiap tahun semua pelajar wajib mengisi apakah pekerjaan yang diidam-idamkan. Setiap pelajar kena mengisi 3 kotak kosong di dalam borang. 1 kotak 1 cita-cita. Tak boleh lebih. Jadi masa tu aku buntu. Masih tak pasti apakah cita-cita aku. Kotak pertama aku isi polis sebab sama dengan orang sebelah. Kotak kedua aku tulis bomba. Masih sama dengan orang sebelah (memang aku tiru apa yang dia tulis). Untuk kotak ketiga bila aku usya borang dia, dia dah tutup tak bagi aku tiru. Dem. Masa itu rumah aku tak ada motorsikal. Jadi bila aku teringat motorsikal aku teringat posmen. Sungguh bergaya. Naik motor, pakai helmet Darth Vader dan Ray-Ban Police. Sangat Macho dan gagah. Jadi kotak ketiga aku tulis posmen.

Selepas semua orang dah siap mengisi borang itu Puan Gan menyuruh orang-orang terpilih untuk memberitahu apakah cita-cita masing-masing beserta sebab. Saya adalah lucky nombor satu. Jadi sampailah aku bercerita untuk jadi posmen atas sebab-sebab yang aku tulis di atas semua kawan- kawan gelakkan aku. Selamba. Bila orang selepas aku bercerita dia nak jadi angkasawan aku pelik dan tak faham langsung angkasawan tu hapa. Lepas tu nak jadi profesor. Lagi aku terkejut tak tau apa mendanya dia ngarut. Terasa sungguh kecil semasa itu.

Bila aku beranjak agak remaja, ramai kawan-kawan aku nak jadi jurutera dan aku masih tak faham apa yang orang lain borakkan (memang aku agak terbelakang). Tapi aku masih mahu mengikut arus. Macam best pulak kalau jadi jurutera walaupun masa tu tak tau yang jurutera tu ada banyak cabang sebenarnya.

Jadi aku memilih untuk mengikut saja arus yang membawa aku. Aku tahu, gagal merancang itu adalah merancang untuk gagal. Tapi aku tak peduli. Aku ikut saja bidang mana yang aku rasakan sesuai dengan jiwa aku.

Sampailah satu hari aku terjumpa seorang lelaki buta dipimpin seorang perempuan celik (takkan dua-dua buta pulak kan? Lawak bodoh. Aku tau). Dia minta sedekah sambil membawa serbuk kopi dalam sachet. Dia cakap sedekahlah kalau tak pun belilah kopi ni. 1 bungkus rm1. Aku rasa kesian aku pun bagi la sikit duit (aku tak riak okeh). Tiba-tiba kawan aku bagitau, kalau orang tu datang lagi, buat bodoh ja, dia lagi kaya dari aku sebenarnya. Kawan aku sambung lagi yang laki tu kahwin 4. Ada rumah sewa 2 lot. Plus pendapatan minta sedekah lagi. Aku tak tau la macam mana keadaan di luar sana tapi sepanjang pemerhatian aku kat area Kedah ni, orang Kedah memang prihatin. Jadi kira cincai pun seorang peminta sedekah senang-senang saja boleh dapat rm100/hari bersamaan orang gaji rm3000 sebulan tanpa cuti. Kalau kes lelaki buta tadi, katakanlah dia dapat rm100/hari, campur rumah sewa 2 lot. 1 lot kira cincai 10 buah rumah dan 1 rumah rm100/bulan (rate paling rendah sewa rumah di Alor Star aku rasa). Jumlah rm3000 + rm2000 = rm5000. Tanpa perlu diploma, tak perlu degree, dan tak perlu pinjaman PTPTN. Senang kan?

Ada seorang peminta sedekah yang lagi 1 ni pulak, aku jumpa di pasar malam Changlun. Seorang lelaki buta dan seorang perempuan buta yang dipimpin seorang perempuan celik. Perempuan buta dan perempuan celik tersebut adalah isteri kepada lelaki buta tersebut. Terkejut? Ketiga-tiga warga emas ini peminta sedekah yang amat gigih. Ke Changlun, seutara-utara Kedah sampailah ke Sungai Lalang. Agak selatan. Jarak antara Changlun dan Sg Lalang kira-kira 60-70 kilometer. Mungkin lebih aku tak pasti. Baru-baru ini ketiga-tiga mereka ditangkap Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selepas itu mereka datang lagi. Bukan sebagai peminta sedekah tapi penjual keropok ikan. Tapi orang tetap menghulurkan duit tanpa menyentuh keropok ikan mereka. Masih peminta sedekah rupanya.

Jadi, adakah peminta sedekah boleh dijadikan sebagai pekerjaan impian yang diimpikan budak-budak hari ini? Tanpa modal, cuma usaha yang gigih. Usaha tangga kejayaan.

Rasa-rasanya, orang yang mintak sedekah di stesen Imbi sambil menunjukkan kaki beliau yang ngeri tu berapa ya pendapatan kasar beliau sebulan?hmm..

Bagi aku tak kesahlah apa pun cita-cita kita sama ada tercapai atau tidak asalkan kita berusaha mencari rezeki yang halal kerana mencari yang halal itu fardu bagi umat Islam (ayat pinjam dari TV). Jadi pengutip sampah pun tiada salahnya kerana itu juga rezeki yang halal.
Oh sudah tengah malam rupanya. Selamat malam semua. Mimpi yang indah-indah. Semoga tercapai semua cita-cita. Ciao.

3 comments:

NaBiLaH said...

kalo kt russia ni peminta sedekah die dok tgh2 jalan berlapikkan kadbod pastu sujud2 sembah cam sembah mintak det..sgt sedih sbb time tu sejuk dgn snow lebat..
p/s goodluck dgn cita2 anda utk menjadik ultraman!!

QifA said...

sejak bila ada blog ni x habaq mai?

jadi peminta kat imbi high profile skit.

kalau kat pekan rabu pon ok gak

Ilyas Zubir said...

ang pn ada blog senyap2 ja..aku beginner ja afiq oi haha