Friday, January 30, 2009

Sangat sibuk!

Sekarang aku agak sibuk..
ok sangat sibuk sebenarnya..

sibuk yang memaksa aku untuk tidak pulang bercuti walaupun cuti seminggu Tahun Baru Cina merangkap cuti pertengahan semester

Busy doing nothing..
Cuti seminggu di universiti seperti membuang cuti ke dalam longkang..

"Wish me luck for the Plant Design Presentation this Wednesday"

Friday, January 23, 2009

Rubah - Iwan Fals

Entri kali ni takda menda pun. Cuma nak share lirik lagu yang aku copy paste. Syiok ma lagu ni!

Jaman berubah perilaku tak berubah
Orang berubah tingkah laku tak berubah
Wajah berubah kok menjadi lebih susah
Manusia berubah berubah - rubah

Gandhi yang dicari yang ada komedi
Revolusi dinanti yang datang Azahari
Lembaga berdiri berselimut korupsi
Wibawa menjadi alat melindungi diri

Pendidikan adalah anak tiri yang kesepian
Agama sebagai topeng yang menjijikkan
Kemiskinan merajalela yang kaya makin rakus saja
Hukum dan kesehatan diperjual belikan

Kesaksian tergusur oleh kepentingan ngawur
Pemerintah keasyikan berpolitik (ngawur)
Partai politik sibuk menuhankan uang (ngawur)
Ada rakyat yang lapar makan daun dan arang

Televisi sibuk mencari iklan
Sementara banyak yang tunggu giliran
Rakyat dan sang jelata menatap dengan mata kosong
Dimana aku apa ditelan tsunami ?

Lirik ni aku rasanya adalah kritikan buat kerajaan Indonesia. Zaman presiden yang mana 1 aku kurang pasti tapi lagu ni aku petik dari album Iwan Fals-50:50.

Rasanya ada kena mengena tak dengan pemerintahan kerajaan negara kita? Anda jawab sendiri.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*sesiapa yang rajin boleh la search kat youtube lagu ni. Memang best la bagi aku.
*sesiapa yang tak paham maksud 'rubah' sila google. Kalau rajin.

Manusia Berubah - Berubah 'Rubah'

Aku akui memang aku sorang yang tak berapa alim..hmm mungkin memang tak alim.
Alim biasanya orang akan merujuk kepada seseorang yang pandai bab-bab agama.
Ada jugak yang salah beranggapan yang orang alim ialah orang yang selalu pergi ke masjid.
Selepas aku search kat sini,

'Maksud alim adalah orang yang berilmu..tak kira ilmu apa tapi jika dia berilmu dipanggil alim dalam bahasa arabnya....'

Jadi tanggapan orang yang merujuk kepada orang yang selalu pergi ke masjid adalah tidak tepat. Contohnya jika si A sering ke masjid, tetapi tidak mengisi masanya di masjid untuk mendalami ilmu agama sebaik mungkin, beliau bukanlah seorang yang alim. Dalam berdakwah contohnya. Ilmu berdakwah mestilah dipelajari sebenar-benarnya oleh orang yang ingin berdakwah. Suka aku untuk memberi contoh kejadian yang aku pernah alami selepas didakwah oleh orang yang tidak 'alim' walaupun sering ke masjid.

Kira-kira bulan Ramadan 2 tahun yang lalu, biasa la kalau malam tu kan ada solat terawih berjemaah. Rutin Solat terawih di tempat aku ialah biasanya akan dibuat 8 rakaat beserta 3 witir. Selepas rakaat keempat biasanya akan diadakan tazkirah untuk mendalamkan pengetahuan di samping menginsafkan diri kita sendiri. Nak dijadikan cerita malam tu penceramah bukanlah tergolong dalam golongan ustaz tetapi pelajar sendiri.

Aku memang sangat respek dengan pelajar yang boleh memberi tazkirah dengan lancar beserta ayat-ayat Al-Quran beserta sabda-sabda Nabi SAW. Terserlah dada yang penuh ilmu dan kecintaan kepada Allah SWT. Pada pandangan aku la, pandangan orang lain mungkin lain.

Bila beliau dah duduk di depan jemaah, beliau pun memulakan intro tazkirah beliau malam tu.
"Alhamdulillah bersyukur kita kerana di bulan mulia ini setiap malam masjid kita dipenuhi pelajar-pelajar yang mengimarahkan rumah Allah ini. Ana lihat ada juga yang ana TIDAK PERNAH lihat datang ke masjid turut bersama-sama kita malam ini."

Aku terasa? Memang aku terasa. Termasuk beratus orang lain yang mungkin terasa sama macam aku. Apalah salahnya kalau dia cakap "semoga ramainya orang malam ni dapat diteruskan pada solat fardhu yang lain" ke..Tak camtu? Sekurang2nya walaupun tak la beratus orang tu sedar mungkin ada 10-20 orang yang sedar dan terus ke masjid hari2 yang lain dah berapa banyak pahala dia dapat? Jadi penuhi la diri tu dengan ilmu sebelum 'menyekolahkan' orang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya sekarang aku rasa fu**ed up gila dengan sorang ustaz ni tadi. Aku dengan membe2 aku nak gerak pergi makan kat luar. Sebab dah lapar gila2 kami gerak dulu. Dalam kereta ada 3 orang. On the way membe aku lagi sorang call, dia pun nak join. Jadi kena la berpatah balik. Masuk ja ke kawasan hostel ada gate & 2 lane. 1 lane untuk kenderaan masuk dan 1 lagi untuk kenderaan keluar. Membe aku yang drive tu ikut lane yang keluar sebab lagi dekat nak ke hostel aku. Kebetulan masa tu masuk waktu isyak dan ada sorang ustaz naik moto tahan kereta yang aku naik tu.

Dia mintak kad matrik membe aku yang drive tu. Oh lupa, untuk pengetahuan semua untuk masuk ke dalam perkarangan universiti ni mesti tunjukkan kad matrik kepada pak guard baru boleh masuk. Kalau tak bawak kena tulis nama dan tindakan susulan akan diambil. Biasanya saman max rm50. Ustaz tu pun masukkan kad membe aku dalam kocek baju melayu dia. Aku pun try la cakap nak keluar ni, nanti nak masuk kena tunjuk kat guard pulak.

Dia berkeras macam nak saman jugak membe aku ni. Dah sudah. Nanti dahla kena saman dengan dia, kena pulak dengan guard. Pastu dia blah camtu ja pergi masjid. Timbang rasa la sikit. Baru jadi felo (warden) dah kerek. Susah la camtu.

Dan tadi baru ja membe aku bagitau dia kena saman rm50 atas kesalahan - etika berpakaian di dalam universiti-fakap sungguh. Ntahapapa. Ustaz tu pun tak 'alim' jugak dalam hal peraturan universiti rupanya!

Sebenarnya entri ni bukanlah untuk menuding jari khusus buat orang yang 'alim'. Orang yang tak alim pun lagi la banyak 'slack' biasanya. Tapi aku cukup tak boleh terima bila orang yang 'alim' yang sepatutnya luruskan aku yang agak bengkok ni, membengkokkan aku dengan lebih teruk.

Bolehkah iman dihakimi dengan pemakaian? Adakah orang itu alim bila menyimpan janggut panjang?

Islam agamaku, Islam letaknya di dalam hati.

Tuesday, January 20, 2009

Bahaya Api dan Rokok

Selamat hari selasa..

Rasa-rasanya pernah tak terdengar pepatah tentang api - Bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan? Aku pernah dengar dari cikgu bahasa Melayu di sekolah dulu. Waktu aku di sekolah memang aku agak lambat pick-up dan perlu penerangan yang lebih lanjut mengenai sesuatu yang rumit (ya pepatah itu memang rumit bagi aku semasa aku berumur 12 tahun).

Baik. Bila aku balik ke rumah aku terus mengkaji api apa yang kecil menjadi kawan? Boleh main bola bersama-sama kah? Jadi aku mencari api yang kecil.

Api dapur - tolong memasakkan bahan masakan di dapur? Itu bukan kawan. Boleh jadi mungkin kuli.

Api lilin - Perlu bila blackout semata-mata. Bukan kawan.

Api-api (kunang-kunang) - gila ka hapa nak main dengan kunang-kunang.

Bila aku menganjak ke usia agak remaja aku pernah terdengar yang rokok dapat menenangkan pemikiran di kala kusut. Jadi aku mencuba. Memang betul. BArulah aku faham api kecil yang menjadi kawan itu betul-betul api rokok.

Tamat cerita tentang api.

Part II-Rokok

Di suatu malam yang hening kebiasaannya para pengganas berhampiran rumah aku akan berkumpul di samping berkongsi pengalaman masing-masing. Jadi perhimpunan itu akan menjadi sangat tak meriah tanpa kehadiran para perokok-perokok.

Kering (bukan nama sebenar) : Korang tau tak api rokok ni kalau cucuh atas lidah pun bukannya sakit.

Ramai-ramai: Ko biar betul..mati la sel-sel lidah tu kang..bla bla bla..biologi..bla bla

Kering: Betul..kalau aku tunjuk korang nak bagi apa?

Qoie: Aku letak dunhill sekotak.

Kering mintak up.

Yop: Aku letak dunhill sekarton tapi aku nak jadi tukang cucuh.

Kering: ok sekarton aa..dunhill 14 aaa...

Yop: Okeh.

Ritual pun dimulakan. Bara dunhill yang sedang marak diacukan betul-betul atas lidah Kering.

Rilek. Rilek. Bara padam.

Abes duit poket aku nak membayar dunhill 14 sekarton yang ada 20 kotak di dalamnya.

Bahaya rokok:
i) boleh mengeringkan poket
ii) Boleh mematikan sel-sel lidah
iii) Boleh diejek ramai-ramai akibat kalah bet.

terpaksa hisap ini saja dulu. Baru rm3 lebih. Dah takleh isap rokok mahal sebab dah lari bajet.

Wednesday, January 14, 2009

Kuantan bakal turun salji

Sekarang jam menunjukkan pukul 11 pagi.
Tangan dan kaki aku menggeletar.
Tiada hujan. Tiada angin.
Tapi sejuk. Tak pernah aku alami kejadian ni sejak mula tinggal di Kuantan 4 tahun dulu.

Robbie William - Better Man

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel Im getting old
Before my time

Oh..gila..sejuk..

Kalau aku pakai baju ni pun tetap jugak sejuk.

Siapa lepaskan anjing keluar?Siapa? Dan kakak yang baik hati

Entri kali ni adalah berkisar pengalaman aku lama dahulu..memang lama..tahun 2004..

Masa tu aku stadi kat matrik london, kat Melaka. Kebetulan masa tu cuti pertengahan semester dan semua penghuni matrik balik ke rumah masing-masing. Aku tak terkecuali. Dan membawa 2 beg baju yang sangat besar macam nak balik setahun. Padahal cuti tu seminggu ja. Paling lama cuti semester-2 minggu.

Baik. Dipendekkan cerita malam tu aku pun bertolak balik ke Kedah dengan menaiki bas super n*ce(rahsia atas sebab komersial). Cuti matrik biasanya memang tak sama dengan cuti-cuti universiti mahupun cuti sekolah. Jadi stesen bas agak lengang dan isi bas pun tak padat. Kebarangkalian untuk jalan jam adalah sangat kecil skali berbanding cuti raya.

Jadi akibat kepenatan, naik-naik bas ja terus aku terlentok memandangkan sebelah dan belakang seat aku tak ada orang jadi aku landing baik punya separa terlentang. Bas meluncur laju. Kepekatan malam dan hujan lebat menyedapkan lagi tidurku bagai lena diulit intan lagu wings dulu.

Aku tidur. Tidur. Tidur. Terjaga! Butterworth baru. Ok sambung tidur. Busuk2 bas paling laju dia bawak pun aku boleh sambung tidur lagi sejam. Tidur. Tidur. Terjaga. Sungai Petani. Ok bajet masa setengah jam dah kena bangun kesat2 tahi mata sebelum sampai Alor Star. Kebetulan bateri henfon aku kong dan aku tak boleh set alarm bila nak bangun. Tidur. Tidur. Terjaga. Bas masih gelap macam tadi. Bezanya bunyi enjin dah tak ada. Aku intai cermin. Ternampak tong sampah besar tertulis MPSPK. Eh bila Alor Star tukar nama majlis perbandaran nih? Selepas 10 minit kesat2 tahi mata. Minum air mineral seteguk 2 aku jengah kat tempat driver. Ada asap rokok dari depan. Aku pun menghampiri pakcik driver.

"pakcik, ni kat mana?"
dia gelabah puyuh tengok aku, "hang nak p mana?"
"Lostaq"
"tadi awat ang tak turun?bas dah patah balik Sungai Petani ni"
*untuk pengetahuan Alor Star-Sg Petani kira-kira 45 minit-1jam*
"tertidoq tadi, boleh tolong bukakan pintu tak?saya nak cari public phone, nak tepon rumah"
pintu bas terbukak. Aku pun turun. tengok jam tepat pukul 6 pagi. Aku meronda kawasan tu baru aku sedar bas tu parking kat dalam kilang. Mana nak cari public kat kilang weh..?Lepas 10 minit meronda-ronda aku putus asa. Patah balik ke bas.
Sampai ja kat bas aku nampak pakcik driver dah naik motor. Mungkin dia memang parking motor dia kat dalam kilang ni nak balik rumah. Motor bergerak perlahan.
"pakcik! pakcik!"
pakcik driver berhenti. berpaling kepada aku yang tengah berlari-lari.
VVRROOMMM! dia pecut motor dia laju-laju macam nampak hantu. Ya. Aku ditinggalkan keseorangan di dalam kawasan kilang bersama bas buruk. Ah tidur dulu la dalam bas. Dah terang nanti baru cari jalan balik. Satu lagi malang. Pintu bas dah terkunci. Try bukak boot tempat letak beg. Tak kunci. Mahu tak mahu aku angkat 2 beg besar lagi berat tu keluar dari perut bas. Cari jalan keluar.

Aku sampai di persimpangan jalan. Jalan lurus gelap. Sangat gelap. Memang aku agak cuak dengan hantu. Jalan kiri terang. Sangat terang. Jadi aku pilih jalan kiri. Faham-faham ja la. Dahla mengantuk lagi, mamai lagi, angkat 2 beg berat memang terasa sangat berat la. Baru 2-3 langkah masuk ke simpang tu aku dengar bunyi anjing. Aku dongak sebab dari tadi aku jalan tunduk ja. Mamai la katakan. Ada seekor anjing. Walaupun anjing tu agak besar tapi kalau lawan one by one aku yakin boleh menundukkan anjing itu. Aku terus berjalan. Tunduk jugak. Bunyi lagi. Pandai betul anjing ni buat bunyi dia bergema-gema macam banyak anjing menyalak ja. Aku dongak.

Ada 5-6 ekor di depan aku. Semua besar-besar dan tegap macam ni dan muka masing-masing macam ni. Aku cuba buat-buat tenang. Banyak suara terngiang-ngiang di otak aku.
"kalau jumpa anjing jangan lari, nanti dia kejar. Jalan ja pelan-pelan."
Aku berpaling ke belakang. Jalan pelan-pelan macam tak ada benda berlaku. Bunyi lagi. Ah jalan dia takkan kejar.

Bila aku toleh ke belakang, 5-6 ekor lahanat tu mengejar aku dengan deras dari belakang. Hilang mamai, hilang mengantuk. Beg tiba-tiba kosong. Aku lari laju-laju. Aku pun tak percaya boleh lari laju macam tu. Dulu masa sekolah kalau pertandingan lari 100m aku pilih pencabar gemuk-gemuk pun tetap aku yang corot. Sampai di hujung jalan tu aku nampak longkang besar dan bukit kira-kira 3 meter tinggi. Aku tak sedar yang aku lompat atau panjat bukit tu beserta beg-beg tu dan berjaya sampai di puncak tanpa meninggalkan beg tu walaupun 1. Anjing tu tak berjaya panjat sebab baru aku perasan yang longkang besar tu kira-kira semeter lebar. Puas hati aku.

Oh rupa-rupanya di puncak bukit tu ada rumah taman. Rumah yang paling hampir tempat aku mendarat tu ada seorang makcik berumur lingkungan 40-an sedang menyapu di depan rumah. Aku pun menghampiri. Sudah menjadi kebiasaan aku selaku peniaga di pasar malam yang tetap panggil perempuan senior sebagai 'akak' bagi tujuan me'laku'kan perniagaan dan tidak memanggil 'makcik'.

Aku pun bercerita semua yang berlaku tadi kepada akak tu dan minta keizinan untuk charge henfon aku untuk telefon rumah. Akak yang baik hati tu menjemput aku masuk ke dalam rumah. Sambil charge henfon aku telefon rumah bercerita semua yang berlaku. Selesai menelefon tiba-tiba akak itu membawa tuala menyarankan aku mandi dulu kemudian solat subuh.

"tak apa kak, saya ada bawak tuala sendiri"
"baiklah, lepas mandi solat terus ya"
"baik"

selesai mandi aku nampak suami akak tadi dah ada di ruang tamu. mungkin akak tu mengejutkan suami dia takut-takut aku perompak yang berlakon lepas tu merompak dia. Selesai solat aku ke ruang tamu. Suami dia lingkungan 50-an. Sebaya bapak aku. Tapi aku maintain ja panggil dia 'abang'. Dia jemput aku sarapan dulu. Di atas meja ada 3 bungkus nasi lemak dan 3 tongkol jagung rebus. Lapar punya pasal aku melantak 3 bungkus nasi lemak dan setongkol jagung beserta 3 cawan milo panas. Akak dan abang tersenyum saja tengok aku.
"buruk lantak budak ni gamaknya" mungkin ini maksud senyuman mereka.

Siap sarapan akak tu menawarkan untuk hantar aku ke bus stop depan taman perumahan itu.
aku tidak menolak. Gila. Takkan aku nak lantak makan tengahari pastu baring-baring tengok TV rumah dia pulak kan.

Aku berterima kasih kat abang tu dan akak tu menghantar aku ke bus stop.
Sampai di bus stop baru aku perasan apa maksud 3 bungkus nasi lemak dan 3 tongkol jagung itu.
Seorang akan dapat serba 1.

Oh aku benar-benar telah 'merompak' rumah akak dan abang yang baik hati itu!

Thursday, January 8, 2009

Boikot Israel & Amerika?

Selamat sejahtera.
Topik kita hari ini ialah mari memboikot barang Israel dan Amerika.

Aku memang seorang yang sangat jarang menonton televisyen. Kalau di rumah sekalipun aku cuma bukak tv untuk menonton barclays premier league. Itu saja. Iklan-iklan memang aku tak tahu menahu. Isu semasa semuanya aku dapat tahu dari surat khabar semata-mata. Jadi tak hairanlah aku baru mengenal upin dan ipin pada hari raya puasa tempoh hari.

Baik, tanpa membuang masa mari kita menjurus ke topik hari ini.

Seperti biasa, apabila berlaku perang itu, perang ini baru kita mencari jalan untuk mengancam musuh agama kita. Aku masih ingat zaman sekolah dulu. Lepas solat maghrib jemaah akan diadakan tazkirah. Nak-nak pulak masa tu Amerika serang Taliban kat Afghanistan. Kecoh gila saraan untuk boikot barang-barang amerika. Jangan makan KFC la, Mcdonald la, jangan minum coke..bla bla bla.. Pastu senyap..semua dah lupa, hentam balik beli menda2 tu.

Tak lama pastu Amerika serang Iraq. Kecoh balik. Boikot benda tu. Boikot benda ni. KFC n McD lengang sedikit. Bila cita Iraq dah habis, KFC n McD kembali ramai orang. Berduyun-duyun. Bulan puasa paling best skali. Menunaikan kewajipan puasa. KFC melengkapkan hari anda apabila berbuka puasa. Full House setiap kali nak buka puasa. Cita Iraq pun dah tenggelam walaupun sampai sekarang tentera Amerika belum lagi anjakkan bontot depa dari negara Iraq walaupun dah berapa tahun Saddam Hussein meninggal dunia, dibunuh rakyat sendiri. Tak salah untuk makan KFC n McD sekali sekala. Kalau dah tiap-tiap hari badan pun boleh sakit.

Dan sekarang, Israel serang Gaza. Suratkhabar, berita kat tv tiap-tiap hari tunjuk benda yang sama. Israel kejam. Israel celaka. Gesaan boikot barang Israel. Parti A dan parti B turut mainkan peranan untuk menunjukkan rasa simpati untuk rakyat Palestin. Rasa simpati dengan ikhlas atau simpati untuk tarik perhatian pilihanraya Kuala Terengganu? Pemimpin kalau betul2 ikhlas dia takkan mention langsung parti yang dia anggotai. Baik, tutup cerita politik. Kang tak habis cerita boikot kita.

Sepanjang kempen 'Mari Memboikot Barangan Israel' di akhbar-akhbar, hampir tiap-tiap hari aku baca akhbar U di internet. Artikel memang berkobar-kobar. Berapi-api. Tapi yang peliknya sampai hari ini aku masih menunggu senarai penuh barangan Israel atau produk-produk yang sememangnya ada bukti memberi bantuan kewangan pada Israel. Maafkan aku sebab aku tak sempat menjenguk Akhbar H ataupun BH. Ataupun aku yang termiss menjenguk pada hari senarai tu.

Baiklah berbalik ke barangan Israel@supporter Israel, ni aku cedok dari mana ntah. Sila ambil perhatian.
Jadi inilah barang-barang yang jadi supporter Israel. Aku akui aku pun antara pengguna barang-barang di atas dan memang aku akui aku juga antara orang yang menghabiskan beberapa ringgit yang makbapak aku bagi atau ringgit yang aku cari sendiri. Mulai hari ini dan hari-hari seterusnya, kalau boleh cubalah kita berenti untuk beli benda-benda ni. Kalau BOLEH. Kalau boleh berenti terus, bagus. Bukan setakat sampai perang habis pastu beli balik. Support balik. Tak guna la camtu.

Ok menyentuh kepada brand-brand lain yang tak disenaraikan kat atas. Apa hang ingat Hollywood tak menaja ke Israel ka? Kalau boleh berentikan la jugak tengok wayang cerita-serita Hollywood. Adam Sandler is a jew. Steven Spielberg is a jew. Mereka bukan Zionis? Tak semua yahudi jahat. Memang betul. Tak semua yahudi jahat. Dan tak semua orang Arab tu baik-baik belaka. Memang Nabi Muhammad SAW orang Arab yang baik dan tak dapat disangkal kebaikan baginda tapi jangan kita lupa Abu Lahab juga orang Arab. Kejahatan dia sampai ditulis dalam kitab agung kita Al-Quran.

Apa kata kalau diboikot jugak Hollywood? Kalau nak tengok jugak filem Hollywood kita download ja pakai free download takpun beli kat pirate. Secara tak langsung duit kita tak sampai ke Hollywood. Kalau tak pun tengok la cerita macam Senario ke, Cicakman ke. Tu pun kalau dah gian sangat nak merasa seat panggung wayang.

Entah apa lagi idea aku tadi. Terlupa pulak. Ni lunch punya pasal la ni. Nasib baik nasik kak long best. Mari memberi sokongan kepada usahawan tempatan. Lain kali aku sambung lagi.

oh ya..aku hampir terlupa. team kesayangan aku Arsenal juga turut tersenarai sebagai supporter Israel. Aku ada 3 helai jersi Arsenal. Semua aku beli di Padang Besar. Hasil bermutu buatan Thailand. Adakah Thailand penyumbang dana ke Israel juga? Belum dapat dipastikan.

Peminat ManU, Chelsea, dan Liverpool, jangan poyo la kutuk arsenal. Team korang pun ada unsur-unsur yahudi jugak sikit-sikit.