Wednesday, January 14, 2009

Siapa lepaskan anjing keluar?Siapa? Dan kakak yang baik hati

Entri kali ni adalah berkisar pengalaman aku lama dahulu..memang lama..tahun 2004..

Masa tu aku stadi kat matrik london, kat Melaka. Kebetulan masa tu cuti pertengahan semester dan semua penghuni matrik balik ke rumah masing-masing. Aku tak terkecuali. Dan membawa 2 beg baju yang sangat besar macam nak balik setahun. Padahal cuti tu seminggu ja. Paling lama cuti semester-2 minggu.

Baik. Dipendekkan cerita malam tu aku pun bertolak balik ke Kedah dengan menaiki bas super n*ce(rahsia atas sebab komersial). Cuti matrik biasanya memang tak sama dengan cuti-cuti universiti mahupun cuti sekolah. Jadi stesen bas agak lengang dan isi bas pun tak padat. Kebarangkalian untuk jalan jam adalah sangat kecil skali berbanding cuti raya.

Jadi akibat kepenatan, naik-naik bas ja terus aku terlentok memandangkan sebelah dan belakang seat aku tak ada orang jadi aku landing baik punya separa terlentang. Bas meluncur laju. Kepekatan malam dan hujan lebat menyedapkan lagi tidurku bagai lena diulit intan lagu wings dulu.

Aku tidur. Tidur. Tidur. Terjaga! Butterworth baru. Ok sambung tidur. Busuk2 bas paling laju dia bawak pun aku boleh sambung tidur lagi sejam. Tidur. Tidur. Terjaga. Sungai Petani. Ok bajet masa setengah jam dah kena bangun kesat2 tahi mata sebelum sampai Alor Star. Kebetulan bateri henfon aku kong dan aku tak boleh set alarm bila nak bangun. Tidur. Tidur. Terjaga. Bas masih gelap macam tadi. Bezanya bunyi enjin dah tak ada. Aku intai cermin. Ternampak tong sampah besar tertulis MPSPK. Eh bila Alor Star tukar nama majlis perbandaran nih? Selepas 10 minit kesat2 tahi mata. Minum air mineral seteguk 2 aku jengah kat tempat driver. Ada asap rokok dari depan. Aku pun menghampiri pakcik driver.

"pakcik, ni kat mana?"
dia gelabah puyuh tengok aku, "hang nak p mana?"
"Lostaq"
"tadi awat ang tak turun?bas dah patah balik Sungai Petani ni"
*untuk pengetahuan Alor Star-Sg Petani kira-kira 45 minit-1jam*
"tertidoq tadi, boleh tolong bukakan pintu tak?saya nak cari public phone, nak tepon rumah"
pintu bas terbukak. Aku pun turun. tengok jam tepat pukul 6 pagi. Aku meronda kawasan tu baru aku sedar bas tu parking kat dalam kilang. Mana nak cari public kat kilang weh..?Lepas 10 minit meronda-ronda aku putus asa. Patah balik ke bas.
Sampai ja kat bas aku nampak pakcik driver dah naik motor. Mungkin dia memang parking motor dia kat dalam kilang ni nak balik rumah. Motor bergerak perlahan.
"pakcik! pakcik!"
pakcik driver berhenti. berpaling kepada aku yang tengah berlari-lari.
VVRROOMMM! dia pecut motor dia laju-laju macam nampak hantu. Ya. Aku ditinggalkan keseorangan di dalam kawasan kilang bersama bas buruk. Ah tidur dulu la dalam bas. Dah terang nanti baru cari jalan balik. Satu lagi malang. Pintu bas dah terkunci. Try bukak boot tempat letak beg. Tak kunci. Mahu tak mahu aku angkat 2 beg besar lagi berat tu keluar dari perut bas. Cari jalan keluar.

Aku sampai di persimpangan jalan. Jalan lurus gelap. Sangat gelap. Memang aku agak cuak dengan hantu. Jalan kiri terang. Sangat terang. Jadi aku pilih jalan kiri. Faham-faham ja la. Dahla mengantuk lagi, mamai lagi, angkat 2 beg berat memang terasa sangat berat la. Baru 2-3 langkah masuk ke simpang tu aku dengar bunyi anjing. Aku dongak sebab dari tadi aku jalan tunduk ja. Mamai la katakan. Ada seekor anjing. Walaupun anjing tu agak besar tapi kalau lawan one by one aku yakin boleh menundukkan anjing itu. Aku terus berjalan. Tunduk jugak. Bunyi lagi. Pandai betul anjing ni buat bunyi dia bergema-gema macam banyak anjing menyalak ja. Aku dongak.

Ada 5-6 ekor di depan aku. Semua besar-besar dan tegap macam ni dan muka masing-masing macam ni. Aku cuba buat-buat tenang. Banyak suara terngiang-ngiang di otak aku.
"kalau jumpa anjing jangan lari, nanti dia kejar. Jalan ja pelan-pelan."
Aku berpaling ke belakang. Jalan pelan-pelan macam tak ada benda berlaku. Bunyi lagi. Ah jalan dia takkan kejar.

Bila aku toleh ke belakang, 5-6 ekor lahanat tu mengejar aku dengan deras dari belakang. Hilang mamai, hilang mengantuk. Beg tiba-tiba kosong. Aku lari laju-laju. Aku pun tak percaya boleh lari laju macam tu. Dulu masa sekolah kalau pertandingan lari 100m aku pilih pencabar gemuk-gemuk pun tetap aku yang corot. Sampai di hujung jalan tu aku nampak longkang besar dan bukit kira-kira 3 meter tinggi. Aku tak sedar yang aku lompat atau panjat bukit tu beserta beg-beg tu dan berjaya sampai di puncak tanpa meninggalkan beg tu walaupun 1. Anjing tu tak berjaya panjat sebab baru aku perasan yang longkang besar tu kira-kira semeter lebar. Puas hati aku.

Oh rupa-rupanya di puncak bukit tu ada rumah taman. Rumah yang paling hampir tempat aku mendarat tu ada seorang makcik berumur lingkungan 40-an sedang menyapu di depan rumah. Aku pun menghampiri. Sudah menjadi kebiasaan aku selaku peniaga di pasar malam yang tetap panggil perempuan senior sebagai 'akak' bagi tujuan me'laku'kan perniagaan dan tidak memanggil 'makcik'.

Aku pun bercerita semua yang berlaku tadi kepada akak tu dan minta keizinan untuk charge henfon aku untuk telefon rumah. Akak yang baik hati tu menjemput aku masuk ke dalam rumah. Sambil charge henfon aku telefon rumah bercerita semua yang berlaku. Selesai menelefon tiba-tiba akak itu membawa tuala menyarankan aku mandi dulu kemudian solat subuh.

"tak apa kak, saya ada bawak tuala sendiri"
"baiklah, lepas mandi solat terus ya"
"baik"

selesai mandi aku nampak suami akak tadi dah ada di ruang tamu. mungkin akak tu mengejutkan suami dia takut-takut aku perompak yang berlakon lepas tu merompak dia. Selesai solat aku ke ruang tamu. Suami dia lingkungan 50-an. Sebaya bapak aku. Tapi aku maintain ja panggil dia 'abang'. Dia jemput aku sarapan dulu. Di atas meja ada 3 bungkus nasi lemak dan 3 tongkol jagung rebus. Lapar punya pasal aku melantak 3 bungkus nasi lemak dan setongkol jagung beserta 3 cawan milo panas. Akak dan abang tersenyum saja tengok aku.
"buruk lantak budak ni gamaknya" mungkin ini maksud senyuman mereka.

Siap sarapan akak tu menawarkan untuk hantar aku ke bus stop depan taman perumahan itu.
aku tidak menolak. Gila. Takkan aku nak lantak makan tengahari pastu baring-baring tengok TV rumah dia pulak kan.

Aku berterima kasih kat abang tu dan akak tu menghantar aku ke bus stop.
Sampai di bus stop baru aku perasan apa maksud 3 bungkus nasi lemak dan 3 tongkol jagung itu.
Seorang akan dapat serba 1.

Oh aku benar-benar telah 'merompak' rumah akak dan abang yang baik hati itu!

No comments: