Ok. Dipendekkan cerita. (pemalas)
Awal Oktober itu hari adalah majlis wajib budak2 sekolah ambik sijil berhenti sekolah yang dibuat secara besar-besaran di dewan yang besar yang orang panggil majlis konvokesyen. Aku pun tak rasa best mana pun majlis tu sebab aku dah merasa 2 kali iaitu masa tingkatan 3 dan tingkatan 5.
Jadi bila dah yakin punya pasal aku pun dengan sengaja memonteng acara raptai sehari sebelumnya. Apa barang raptai2. Sama saja ambik sijil ja pun.
Jadi pada hari majlis aku duduk bersebelahan Pujah Sengal pantang ada kamera zoom keja nak tunjuk peace saja.
Jadi sambil-sambil tunjuk peace kat kamera aku tanya dia, bila ambik sijil tu nak kata apa?
"Cakap Junjung Kasih Tuanku Canselor" kata Pujah Sengal.
"Kena salam ke tak?" aku tanya lagi.
"Tak payah" dia sambung.
Jadi oleh disebabkan aku duduk di baris yang pertama tiba-tiba aku tengok budak-budak pandai naik pentas dulu.
"Woi Pujah, kena salam la"
"Salam ja lah"
Tiba-tiba aku dah rasa lain macam. Mulut kumat-kamit ulang "Junjung kasih tuanku". Bukan apa. Takut terlupa. Debar dia pun lain macam.
Dan sampai lah giliran aku..
"Selamat Hari Raya Tuanku Canselor" (sila tengok tangan, klik untuk besarkan)
Confirm aku tak berpeluang gantung gambar konvo kat dinding macam orang lain.
12 comments:
BONGOK!!!!!! hahahahahahhaa
HAHAH..gambar kite same ah...ahahahah..chot pon same aku rase mcm tu...hahah...mcm salam mtk maaf ariraya kan..
bwhahahahaha...aku teringin nak tgok tang empat segi petak tuh..
ko tak cium skali tgn tuanku tu yop??
perghehehehe ;))
gantung la dlm almari baju hang. peluang msih ade yop~. haha ;P
malas aku nak upload gambar lepas salam..muka dah malu gila wish ariraya..sapa soh wat konvo dalam bulan raya haha
aku x paham..abe tu x yah slm ke?
bukan camtu..org lain salam 1 tangan..aku salam 2 tangan otomatik tercakap slamat ari raya..paham?
hahahaha.ni la yg plng lawak pnh blaku masa konvo. kui3.
hahaha~awat laa hg ni~xpa....gantung gambaq ni sblh gambaq konvo aku naaa~balik nnt aku nk tgk! =D
ROFL.ak pon x p raptai jgk tp xda la sengal mcm ko!*mari beramai2 gelak kan dia hahaha*
haha..siap slmt hr raya tu~~huhuhuhu
aku gelak tak hengat r pastu
dpt duit raya tak pastu?hahahahaha
Post a Comment