Wednesday, January 14, 2009

Siapa lepaskan anjing keluar?Siapa? Dan kakak yang baik hati

Entri kali ni adalah berkisar pengalaman aku lama dahulu..memang lama..tahun 2004..

Masa tu aku stadi kat matrik london, kat Melaka. Kebetulan masa tu cuti pertengahan semester dan semua penghuni matrik balik ke rumah masing-masing. Aku tak terkecuali. Dan membawa 2 beg baju yang sangat besar macam nak balik setahun. Padahal cuti tu seminggu ja. Paling lama cuti semester-2 minggu.

Baik. Dipendekkan cerita malam tu aku pun bertolak balik ke Kedah dengan menaiki bas super n*ce(rahsia atas sebab komersial). Cuti matrik biasanya memang tak sama dengan cuti-cuti universiti mahupun cuti sekolah. Jadi stesen bas agak lengang dan isi bas pun tak padat. Kebarangkalian untuk jalan jam adalah sangat kecil skali berbanding cuti raya.

Jadi akibat kepenatan, naik-naik bas ja terus aku terlentok memandangkan sebelah dan belakang seat aku tak ada orang jadi aku landing baik punya separa terlentang. Bas meluncur laju. Kepekatan malam dan hujan lebat menyedapkan lagi tidurku bagai lena diulit intan lagu wings dulu.

Aku tidur. Tidur. Tidur. Terjaga! Butterworth baru. Ok sambung tidur. Busuk2 bas paling laju dia bawak pun aku boleh sambung tidur lagi sejam. Tidur. Tidur. Terjaga. Sungai Petani. Ok bajet masa setengah jam dah kena bangun kesat2 tahi mata sebelum sampai Alor Star. Kebetulan bateri henfon aku kong dan aku tak boleh set alarm bila nak bangun. Tidur. Tidur. Terjaga. Bas masih gelap macam tadi. Bezanya bunyi enjin dah tak ada. Aku intai cermin. Ternampak tong sampah besar tertulis MPSPK. Eh bila Alor Star tukar nama majlis perbandaran nih? Selepas 10 minit kesat2 tahi mata. Minum air mineral seteguk 2 aku jengah kat tempat driver. Ada asap rokok dari depan. Aku pun menghampiri pakcik driver.

"pakcik, ni kat mana?"
dia gelabah puyuh tengok aku, "hang nak p mana?"
"Lostaq"
"tadi awat ang tak turun?bas dah patah balik Sungai Petani ni"
*untuk pengetahuan Alor Star-Sg Petani kira-kira 45 minit-1jam*
"tertidoq tadi, boleh tolong bukakan pintu tak?saya nak cari public phone, nak tepon rumah"
pintu bas terbukak. Aku pun turun. tengok jam tepat pukul 6 pagi. Aku meronda kawasan tu baru aku sedar bas tu parking kat dalam kilang. Mana nak cari public kat kilang weh..?Lepas 10 minit meronda-ronda aku putus asa. Patah balik ke bas.
Sampai ja kat bas aku nampak pakcik driver dah naik motor. Mungkin dia memang parking motor dia kat dalam kilang ni nak balik rumah. Motor bergerak perlahan.
"pakcik! pakcik!"
pakcik driver berhenti. berpaling kepada aku yang tengah berlari-lari.
VVRROOMMM! dia pecut motor dia laju-laju macam nampak hantu. Ya. Aku ditinggalkan keseorangan di dalam kawasan kilang bersama bas buruk. Ah tidur dulu la dalam bas. Dah terang nanti baru cari jalan balik. Satu lagi malang. Pintu bas dah terkunci. Try bukak boot tempat letak beg. Tak kunci. Mahu tak mahu aku angkat 2 beg besar lagi berat tu keluar dari perut bas. Cari jalan keluar.

Aku sampai di persimpangan jalan. Jalan lurus gelap. Sangat gelap. Memang aku agak cuak dengan hantu. Jalan kiri terang. Sangat terang. Jadi aku pilih jalan kiri. Faham-faham ja la. Dahla mengantuk lagi, mamai lagi, angkat 2 beg berat memang terasa sangat berat la. Baru 2-3 langkah masuk ke simpang tu aku dengar bunyi anjing. Aku dongak sebab dari tadi aku jalan tunduk ja. Mamai la katakan. Ada seekor anjing. Walaupun anjing tu agak besar tapi kalau lawan one by one aku yakin boleh menundukkan anjing itu. Aku terus berjalan. Tunduk jugak. Bunyi lagi. Pandai betul anjing ni buat bunyi dia bergema-gema macam banyak anjing menyalak ja. Aku dongak.

Ada 5-6 ekor di depan aku. Semua besar-besar dan tegap macam ni dan muka masing-masing macam ni. Aku cuba buat-buat tenang. Banyak suara terngiang-ngiang di otak aku.
"kalau jumpa anjing jangan lari, nanti dia kejar. Jalan ja pelan-pelan."
Aku berpaling ke belakang. Jalan pelan-pelan macam tak ada benda berlaku. Bunyi lagi. Ah jalan dia takkan kejar.

Bila aku toleh ke belakang, 5-6 ekor lahanat tu mengejar aku dengan deras dari belakang. Hilang mamai, hilang mengantuk. Beg tiba-tiba kosong. Aku lari laju-laju. Aku pun tak percaya boleh lari laju macam tu. Dulu masa sekolah kalau pertandingan lari 100m aku pilih pencabar gemuk-gemuk pun tetap aku yang corot. Sampai di hujung jalan tu aku nampak longkang besar dan bukit kira-kira 3 meter tinggi. Aku tak sedar yang aku lompat atau panjat bukit tu beserta beg-beg tu dan berjaya sampai di puncak tanpa meninggalkan beg tu walaupun 1. Anjing tu tak berjaya panjat sebab baru aku perasan yang longkang besar tu kira-kira semeter lebar. Puas hati aku.

Oh rupa-rupanya di puncak bukit tu ada rumah taman. Rumah yang paling hampir tempat aku mendarat tu ada seorang makcik berumur lingkungan 40-an sedang menyapu di depan rumah. Aku pun menghampiri. Sudah menjadi kebiasaan aku selaku peniaga di pasar malam yang tetap panggil perempuan senior sebagai 'akak' bagi tujuan me'laku'kan perniagaan dan tidak memanggil 'makcik'.

Aku pun bercerita semua yang berlaku tadi kepada akak tu dan minta keizinan untuk charge henfon aku untuk telefon rumah. Akak yang baik hati tu menjemput aku masuk ke dalam rumah. Sambil charge henfon aku telefon rumah bercerita semua yang berlaku. Selesai menelefon tiba-tiba akak itu membawa tuala menyarankan aku mandi dulu kemudian solat subuh.

"tak apa kak, saya ada bawak tuala sendiri"
"baiklah, lepas mandi solat terus ya"
"baik"

selesai mandi aku nampak suami akak tadi dah ada di ruang tamu. mungkin akak tu mengejutkan suami dia takut-takut aku perompak yang berlakon lepas tu merompak dia. Selesai solat aku ke ruang tamu. Suami dia lingkungan 50-an. Sebaya bapak aku. Tapi aku maintain ja panggil dia 'abang'. Dia jemput aku sarapan dulu. Di atas meja ada 3 bungkus nasi lemak dan 3 tongkol jagung rebus. Lapar punya pasal aku melantak 3 bungkus nasi lemak dan setongkol jagung beserta 3 cawan milo panas. Akak dan abang tersenyum saja tengok aku.
"buruk lantak budak ni gamaknya" mungkin ini maksud senyuman mereka.

Siap sarapan akak tu menawarkan untuk hantar aku ke bus stop depan taman perumahan itu.
aku tidak menolak. Gila. Takkan aku nak lantak makan tengahari pastu baring-baring tengok TV rumah dia pulak kan.

Aku berterima kasih kat abang tu dan akak tu menghantar aku ke bus stop.
Sampai di bus stop baru aku perasan apa maksud 3 bungkus nasi lemak dan 3 tongkol jagung itu.
Seorang akan dapat serba 1.

Oh aku benar-benar telah 'merompak' rumah akak dan abang yang baik hati itu!

Thursday, January 8, 2009

Boikot Israel & Amerika?

Selamat sejahtera.
Topik kita hari ini ialah mari memboikot barang Israel dan Amerika.

Aku memang seorang yang sangat jarang menonton televisyen. Kalau di rumah sekalipun aku cuma bukak tv untuk menonton barclays premier league. Itu saja. Iklan-iklan memang aku tak tahu menahu. Isu semasa semuanya aku dapat tahu dari surat khabar semata-mata. Jadi tak hairanlah aku baru mengenal upin dan ipin pada hari raya puasa tempoh hari.

Baik, tanpa membuang masa mari kita menjurus ke topik hari ini.

Seperti biasa, apabila berlaku perang itu, perang ini baru kita mencari jalan untuk mengancam musuh agama kita. Aku masih ingat zaman sekolah dulu. Lepas solat maghrib jemaah akan diadakan tazkirah. Nak-nak pulak masa tu Amerika serang Taliban kat Afghanistan. Kecoh gila saraan untuk boikot barang-barang amerika. Jangan makan KFC la, Mcdonald la, jangan minum coke..bla bla bla.. Pastu senyap..semua dah lupa, hentam balik beli menda2 tu.

Tak lama pastu Amerika serang Iraq. Kecoh balik. Boikot benda tu. Boikot benda ni. KFC n McD lengang sedikit. Bila cita Iraq dah habis, KFC n McD kembali ramai orang. Berduyun-duyun. Bulan puasa paling best skali. Menunaikan kewajipan puasa. KFC melengkapkan hari anda apabila berbuka puasa. Full House setiap kali nak buka puasa. Cita Iraq pun dah tenggelam walaupun sampai sekarang tentera Amerika belum lagi anjakkan bontot depa dari negara Iraq walaupun dah berapa tahun Saddam Hussein meninggal dunia, dibunuh rakyat sendiri. Tak salah untuk makan KFC n McD sekali sekala. Kalau dah tiap-tiap hari badan pun boleh sakit.

Dan sekarang, Israel serang Gaza. Suratkhabar, berita kat tv tiap-tiap hari tunjuk benda yang sama. Israel kejam. Israel celaka. Gesaan boikot barang Israel. Parti A dan parti B turut mainkan peranan untuk menunjukkan rasa simpati untuk rakyat Palestin. Rasa simpati dengan ikhlas atau simpati untuk tarik perhatian pilihanraya Kuala Terengganu? Pemimpin kalau betul2 ikhlas dia takkan mention langsung parti yang dia anggotai. Baik, tutup cerita politik. Kang tak habis cerita boikot kita.

Sepanjang kempen 'Mari Memboikot Barangan Israel' di akhbar-akhbar, hampir tiap-tiap hari aku baca akhbar U di internet. Artikel memang berkobar-kobar. Berapi-api. Tapi yang peliknya sampai hari ini aku masih menunggu senarai penuh barangan Israel atau produk-produk yang sememangnya ada bukti memberi bantuan kewangan pada Israel. Maafkan aku sebab aku tak sempat menjenguk Akhbar H ataupun BH. Ataupun aku yang termiss menjenguk pada hari senarai tu.

Baiklah berbalik ke barangan Israel@supporter Israel, ni aku cedok dari mana ntah. Sila ambil perhatian.
Jadi inilah barang-barang yang jadi supporter Israel. Aku akui aku pun antara pengguna barang-barang di atas dan memang aku akui aku juga antara orang yang menghabiskan beberapa ringgit yang makbapak aku bagi atau ringgit yang aku cari sendiri. Mulai hari ini dan hari-hari seterusnya, kalau boleh cubalah kita berenti untuk beli benda-benda ni. Kalau BOLEH. Kalau boleh berenti terus, bagus. Bukan setakat sampai perang habis pastu beli balik. Support balik. Tak guna la camtu.

Ok menyentuh kepada brand-brand lain yang tak disenaraikan kat atas. Apa hang ingat Hollywood tak menaja ke Israel ka? Kalau boleh berentikan la jugak tengok wayang cerita-serita Hollywood. Adam Sandler is a jew. Steven Spielberg is a jew. Mereka bukan Zionis? Tak semua yahudi jahat. Memang betul. Tak semua yahudi jahat. Dan tak semua orang Arab tu baik-baik belaka. Memang Nabi Muhammad SAW orang Arab yang baik dan tak dapat disangkal kebaikan baginda tapi jangan kita lupa Abu Lahab juga orang Arab. Kejahatan dia sampai ditulis dalam kitab agung kita Al-Quran.

Apa kata kalau diboikot jugak Hollywood? Kalau nak tengok jugak filem Hollywood kita download ja pakai free download takpun beli kat pirate. Secara tak langsung duit kita tak sampai ke Hollywood. Kalau tak pun tengok la cerita macam Senario ke, Cicakman ke. Tu pun kalau dah gian sangat nak merasa seat panggung wayang.

Entah apa lagi idea aku tadi. Terlupa pulak. Ni lunch punya pasal la ni. Nasib baik nasik kak long best. Mari memberi sokongan kepada usahawan tempatan. Lain kali aku sambung lagi.

oh ya..aku hampir terlupa. team kesayangan aku Arsenal juga turut tersenarai sebagai supporter Israel. Aku ada 3 helai jersi Arsenal. Semua aku beli di Padang Besar. Hasil bermutu buatan Thailand. Adakah Thailand penyumbang dana ke Israel juga? Belum dapat dipastikan.

Peminat ManU, Chelsea, dan Liverpool, jangan poyo la kutuk arsenal. Team korang pun ada unsur-unsur yahudi jugak sikit-sikit.

Wednesday, December 31, 2008

Simpan Buku Lama..Bukak Yang Baru!

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dipanjangkan umur untuk menjenguk ke tahun baru bagi 3 kalender..kalender Islam, kalender Cina & kalender kafir.

2008 telah banyak tinggalkan kenangan untuk kita. Suka aku untuk ceritakan kejadian2 yang dah terjadi sepanjang 2008 yang mana aku terpaksa flashback2 balik.

Januari
Sambutan new year yang agak best dalam hidup aku. Thanks my buddies - madey, bob n apek.
Tempat takyah cita la..tapi yang pasti memang aku rasa malam 1 Januari 2008.
Pesta barbeque untuk budak2 lahir Januari (hare, chot, bulat..yang lain aku tak ingat. sori beb!)
Start semester baru. Serabut bermula..

Februari

Subjek semester ni memang banyak gila. Jadual tak banyak yang kosong. Baru balik kelas lepas makan2 trus siap2 untuk p klas balik. Housemate suma sempoi..bz2 pn sempat lepak main PES sampai pagi.

Mac

Dapat duty untuk setelkan lawatan food engineering. Serabut gilabab*..hampir semua kilang makanan yang ada kat Malaysia suma aku dah penah call. Last2 dapat permission dari Yakult kat Seremban. Thanks miss X (aku tak ingat nama amoi yang bagi permission tu).

April

Bz dengan exam. Dari awal belajar kat ump paper final cuma 3-4 paper ja. Semester ni ja buat gila. 6 paper! Mungkin di universiti lain 6 paper tu dah dikira sikit tapi di ump 6 paper tu bala yang dah cukup buatkan orang melalak-lalak gaya mak lampir.

Mei & Jun

Cuti semester. Balik rumah. Bapak aku baru ja pecat semua pekerja atas alasan main2 ketika sedang berniaga. Jd gue yang jadi supir kenderaan dagangan.

Julai

Mula semester baru lagi. Housemate yang baru, angin yang baru. Bermula projek sarjana muda(PSM) & plant design. Seronok tak sabar2 nak start research & merekabentuk kilang.
Pesta barbeque datang lagi untuk budak2 Julai (aku, manek, kecik, cicak & para peserta lainnya - mok, qoie, mughi..kalo ada yang aku tak list sori lagi skali! :( )

Ogos

Baru sedar yang PSM & plant design tu adalah subjek yang memang tak best. Gila menderita. Dalam waktu penyeksaan tu sempat lagi jamming untuk preparation persembahan annual dinner fakulti.
Yup, persembahan dinner tu agak sucks..Memang kurang training nampak gayanya. Tapi itulah persembahan terakhir annual dinner di ump.

September

Masih setelkan PSM & plant design. Mulanya bulan Ramadhan. Seperti biasa niat baik-baik saja macam dulu2 - nak terawih tiap-tiap hari, nak quit smoking, nak bangun tahajud. Tapi apakan daya, mungkin belum sampai seru lagi haha.

Oktober

Baru ja balik lepas cuti raya bala baru menimpa - presentation plant design. Memang bukan kebiasaan aku untuk lepak kat library. Bukannya apa, aku memang tak tahan sejuk air-cond (alasan) tapi demi untuk siapkan plant design tiap-tiap hari jadi rajin ke library. Dari pukul 9 pagi sampai 11 malam. Gila.
Sampai hari presentation projek tu tak siap2 jugak. Ni semua salah pencipta Aspen. Simulation chemical process untuk group aku jadi haru biru. Ada reactant masuk tapi tak ada product yang keluar. Sorang panel tu siap cakap 'group kamu memang teruk la'.
Selesai presentation aku masih jugak lagi try2 jalankan simulation. Tak jalan juga. jadi sebagai last resort aku rujuk lecturer yang paling otai dalam software tu. Pun tak jalan. Kesimpulannya bukan group aku yang teruk. Aspen yang teruk. Hasilnya - markah aku teruk!

November

Sibuk dengan exam. Paper semester ni 2 ja. Memang jadual renggang tapi banyak yang diisi sampai penuh. Tak rilek juga.

Disember

Cuti semester. Masuk meniaga lagi. Tiap-tiap hari buat menda yang sama.
Sepupu aku kawin kat Indonesia. 'Terpaksa' merayau sana.
Malam ni cadangnya nak sambut new year di Bukittinggi, depan Jam Gadang. tapi terkocoh-kocoh pulak balik ke pekanbaru tadi. JAdi malam ni aku sambut new year dalam rumah saja.

Selamat Tinggal 2008. Selamat Datang 2009!
Semoga tahun 2009 menjanjikan lebih banyak benda2 best (cth: kawan2 ada yang kawin, bleh p makan free!)

Selamat Tahun baru semua!

Friday, December 19, 2008

Anda MAhu JAdi ultraman? Saya juga!

Selamat sejahtera.

Hari ini teringin pula aku menulis entri mengenai 'apa pekerjaan yang mahu anda ceburi ketika tamat pengajian' atau bahas ringkasnya cita-cita.

Masa aku di darjah satu, beberapa kawan aku yang agak educated, mungkin selepas menerima pelajaran awal di rumah oleh ibubapa asyik bercerita mengenai cita-cita masing-masing. Aku agak blur ketika itu dan aku memang tak pernah langsung dengar perkataan 'cita-cita'. Tapi apabila seorang itu mengatakan bahawa dia mahu jadi askar, barulah aku tahu bahawasanya 'cita-cita' itu adalah 'apa nak jadi bila besar nanti'.

Sejak hari itu aku mula berfikir, pekerjaan apa yang paling best bila besar nanti. Pekerjaan yang sering mengganggui fikiran aku masa itu ialah pengutip sampah. Mak aku cakap kalau malas pergi sekolah nanti boleh kerja sebagai pengutip sampah. Jadi aku takut. Aku takut untuk ponteng sekolah. Tapi aku tak takut untuk ponteng kerja sekolah. Ah aku ingat lagi cikgu kelas aku masa darjah 2 ialah Puan Gan. Memang garang. Dia mengajar bahasa Inggeris. Subjek yang paling aku benci masa tu sebab aku paling bodoh di dalam kelas. Cukup cerita mengenai Puan Gan.

Berbalik ke cerita asal - cita-cita.

Jadi setiap tahun semua pelajar wajib mengisi apakah pekerjaan yang diidam-idamkan. Setiap pelajar kena mengisi 3 kotak kosong di dalam borang. 1 kotak 1 cita-cita. Tak boleh lebih. Jadi masa tu aku buntu. Masih tak pasti apakah cita-cita aku. Kotak pertama aku isi polis sebab sama dengan orang sebelah. Kotak kedua aku tulis bomba. Masih sama dengan orang sebelah (memang aku tiru apa yang dia tulis). Untuk kotak ketiga bila aku usya borang dia, dia dah tutup tak bagi aku tiru. Dem. Masa itu rumah aku tak ada motorsikal. Jadi bila aku teringat motorsikal aku teringat posmen. Sungguh bergaya. Naik motor, pakai helmet Darth Vader dan Ray-Ban Police. Sangat Macho dan gagah. Jadi kotak ketiga aku tulis posmen.

Selepas semua orang dah siap mengisi borang itu Puan Gan menyuruh orang-orang terpilih untuk memberitahu apakah cita-cita masing-masing beserta sebab. Saya adalah lucky nombor satu. Jadi sampailah aku bercerita untuk jadi posmen atas sebab-sebab yang aku tulis di atas semua kawan- kawan gelakkan aku. Selamba. Bila orang selepas aku bercerita dia nak jadi angkasawan aku pelik dan tak faham langsung angkasawan tu hapa. Lepas tu nak jadi profesor. Lagi aku terkejut tak tau apa mendanya dia ngarut. Terasa sungguh kecil semasa itu.

Bila aku beranjak agak remaja, ramai kawan-kawan aku nak jadi jurutera dan aku masih tak faham apa yang orang lain borakkan (memang aku agak terbelakang). Tapi aku masih mahu mengikut arus. Macam best pulak kalau jadi jurutera walaupun masa tu tak tau yang jurutera tu ada banyak cabang sebenarnya.

Jadi aku memilih untuk mengikut saja arus yang membawa aku. Aku tahu, gagal merancang itu adalah merancang untuk gagal. Tapi aku tak peduli. Aku ikut saja bidang mana yang aku rasakan sesuai dengan jiwa aku.

Sampailah satu hari aku terjumpa seorang lelaki buta dipimpin seorang perempuan celik (takkan dua-dua buta pulak kan? Lawak bodoh. Aku tau). Dia minta sedekah sambil membawa serbuk kopi dalam sachet. Dia cakap sedekahlah kalau tak pun belilah kopi ni. 1 bungkus rm1. Aku rasa kesian aku pun bagi la sikit duit (aku tak riak okeh). Tiba-tiba kawan aku bagitau, kalau orang tu datang lagi, buat bodoh ja, dia lagi kaya dari aku sebenarnya. Kawan aku sambung lagi yang laki tu kahwin 4. Ada rumah sewa 2 lot. Plus pendapatan minta sedekah lagi. Aku tak tau la macam mana keadaan di luar sana tapi sepanjang pemerhatian aku kat area Kedah ni, orang Kedah memang prihatin. Jadi kira cincai pun seorang peminta sedekah senang-senang saja boleh dapat rm100/hari bersamaan orang gaji rm3000 sebulan tanpa cuti. Kalau kes lelaki buta tadi, katakanlah dia dapat rm100/hari, campur rumah sewa 2 lot. 1 lot kira cincai 10 buah rumah dan 1 rumah rm100/bulan (rate paling rendah sewa rumah di Alor Star aku rasa). Jumlah rm3000 + rm2000 = rm5000. Tanpa perlu diploma, tak perlu degree, dan tak perlu pinjaman PTPTN. Senang kan?

Ada seorang peminta sedekah yang lagi 1 ni pulak, aku jumpa di pasar malam Changlun. Seorang lelaki buta dan seorang perempuan buta yang dipimpin seorang perempuan celik. Perempuan buta dan perempuan celik tersebut adalah isteri kepada lelaki buta tersebut. Terkejut? Ketiga-tiga warga emas ini peminta sedekah yang amat gigih. Ke Changlun, seutara-utara Kedah sampailah ke Sungai Lalang. Agak selatan. Jarak antara Changlun dan Sg Lalang kira-kira 60-70 kilometer. Mungkin lebih aku tak pasti. Baru-baru ini ketiga-tiga mereka ditangkap Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selepas itu mereka datang lagi. Bukan sebagai peminta sedekah tapi penjual keropok ikan. Tapi orang tetap menghulurkan duit tanpa menyentuh keropok ikan mereka. Masih peminta sedekah rupanya.

Jadi, adakah peminta sedekah boleh dijadikan sebagai pekerjaan impian yang diimpikan budak-budak hari ini? Tanpa modal, cuma usaha yang gigih. Usaha tangga kejayaan.

Rasa-rasanya, orang yang mintak sedekah di stesen Imbi sambil menunjukkan kaki beliau yang ngeri tu berapa ya pendapatan kasar beliau sebulan?hmm..

Bagi aku tak kesahlah apa pun cita-cita kita sama ada tercapai atau tidak asalkan kita berusaha mencari rezeki yang halal kerana mencari yang halal itu fardu bagi umat Islam (ayat pinjam dari TV). Jadi pengutip sampah pun tiada salahnya kerana itu juga rezeki yang halal.
Oh sudah tengah malam rupanya. Selamat malam semua. Mimpi yang indah-indah. Semoga tercapai semua cita-cita. Ciao.

Sunday, December 14, 2008

Haih~Garu kepala

Hidup ni memang susah sebenarnya.. Semakin meningkat umur semakin banyak benda timpa atas kepala.

Kawan sekerja aku pernah berkata "hidup ni kalau hang tak kerja, ang mesti belajaq, kalau tak belajaq, mesti kerja, kalau tak kerja ngan belajaq hang memang tak guna"

Nasihat yang memang berguna aku rasa walaupun ada perkataan 'tak guna' kat situ,

jadi bila bukak semester, aku belajar..walaupun tak berapa bersungguh-sungguh-->penat

bila aku cuti, aku kerja, meniaga kat pasar malam-->penat

jadi kesimpulannya hidup memang penat. kalau tak penat, "hang memang tak guna!"

boleh pakai?