Friday, January 23, 2009

Manusia Berubah - Berubah 'Rubah'

Aku akui memang aku sorang yang tak berapa alim..hmm mungkin memang tak alim.
Alim biasanya orang akan merujuk kepada seseorang yang pandai bab-bab agama.
Ada jugak yang salah beranggapan yang orang alim ialah orang yang selalu pergi ke masjid.
Selepas aku search kat sini,

'Maksud alim adalah orang yang berilmu..tak kira ilmu apa tapi jika dia berilmu dipanggil alim dalam bahasa arabnya....'

Jadi tanggapan orang yang merujuk kepada orang yang selalu pergi ke masjid adalah tidak tepat. Contohnya jika si A sering ke masjid, tetapi tidak mengisi masanya di masjid untuk mendalami ilmu agama sebaik mungkin, beliau bukanlah seorang yang alim. Dalam berdakwah contohnya. Ilmu berdakwah mestilah dipelajari sebenar-benarnya oleh orang yang ingin berdakwah. Suka aku untuk memberi contoh kejadian yang aku pernah alami selepas didakwah oleh orang yang tidak 'alim' walaupun sering ke masjid.

Kira-kira bulan Ramadan 2 tahun yang lalu, biasa la kalau malam tu kan ada solat terawih berjemaah. Rutin Solat terawih di tempat aku ialah biasanya akan dibuat 8 rakaat beserta 3 witir. Selepas rakaat keempat biasanya akan diadakan tazkirah untuk mendalamkan pengetahuan di samping menginsafkan diri kita sendiri. Nak dijadikan cerita malam tu penceramah bukanlah tergolong dalam golongan ustaz tetapi pelajar sendiri.

Aku memang sangat respek dengan pelajar yang boleh memberi tazkirah dengan lancar beserta ayat-ayat Al-Quran beserta sabda-sabda Nabi SAW. Terserlah dada yang penuh ilmu dan kecintaan kepada Allah SWT. Pada pandangan aku la, pandangan orang lain mungkin lain.

Bila beliau dah duduk di depan jemaah, beliau pun memulakan intro tazkirah beliau malam tu.
"Alhamdulillah bersyukur kita kerana di bulan mulia ini setiap malam masjid kita dipenuhi pelajar-pelajar yang mengimarahkan rumah Allah ini. Ana lihat ada juga yang ana TIDAK PERNAH lihat datang ke masjid turut bersama-sama kita malam ini."

Aku terasa? Memang aku terasa. Termasuk beratus orang lain yang mungkin terasa sama macam aku. Apalah salahnya kalau dia cakap "semoga ramainya orang malam ni dapat diteruskan pada solat fardhu yang lain" ke..Tak camtu? Sekurang2nya walaupun tak la beratus orang tu sedar mungkin ada 10-20 orang yang sedar dan terus ke masjid hari2 yang lain dah berapa banyak pahala dia dapat? Jadi penuhi la diri tu dengan ilmu sebelum 'menyekolahkan' orang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya sekarang aku rasa fu**ed up gila dengan sorang ustaz ni tadi. Aku dengan membe2 aku nak gerak pergi makan kat luar. Sebab dah lapar gila2 kami gerak dulu. Dalam kereta ada 3 orang. On the way membe aku lagi sorang call, dia pun nak join. Jadi kena la berpatah balik. Masuk ja ke kawasan hostel ada gate & 2 lane. 1 lane untuk kenderaan masuk dan 1 lagi untuk kenderaan keluar. Membe aku yang drive tu ikut lane yang keluar sebab lagi dekat nak ke hostel aku. Kebetulan masa tu masuk waktu isyak dan ada sorang ustaz naik moto tahan kereta yang aku naik tu.

Dia mintak kad matrik membe aku yang drive tu. Oh lupa, untuk pengetahuan semua untuk masuk ke dalam perkarangan universiti ni mesti tunjukkan kad matrik kepada pak guard baru boleh masuk. Kalau tak bawak kena tulis nama dan tindakan susulan akan diambil. Biasanya saman max rm50. Ustaz tu pun masukkan kad membe aku dalam kocek baju melayu dia. Aku pun try la cakap nak keluar ni, nanti nak masuk kena tunjuk kat guard pulak.

Dia berkeras macam nak saman jugak membe aku ni. Dah sudah. Nanti dahla kena saman dengan dia, kena pulak dengan guard. Pastu dia blah camtu ja pergi masjid. Timbang rasa la sikit. Baru jadi felo (warden) dah kerek. Susah la camtu.

Dan tadi baru ja membe aku bagitau dia kena saman rm50 atas kesalahan - etika berpakaian di dalam universiti-fakap sungguh. Ntahapapa. Ustaz tu pun tak 'alim' jugak dalam hal peraturan universiti rupanya!

Sebenarnya entri ni bukanlah untuk menuding jari khusus buat orang yang 'alim'. Orang yang tak alim pun lagi la banyak 'slack' biasanya. Tapi aku cukup tak boleh terima bila orang yang 'alim' yang sepatutnya luruskan aku yang agak bengkok ni, membengkokkan aku dengan lebih teruk.

Bolehkah iman dihakimi dengan pemakaian? Adakah orang itu alim bila menyimpan janggut panjang?

Islam agamaku, Islam letaknya di dalam hati.

4 comments:

QifA said...

yaa...

aku paham sangat benda ni..kadang2 orang2 alim ni senang2 label mat2 rock ni jahatla tu la ni la, tgk slack sikit ingat diorang best abes la, padahal kekurangan sendiri pon banyak.

mmg la semua tak perfect, tapi cuba kalau orang2 rock/bkn budak masjid/non muslim ni p tegor dak2 alim cakap ,"weh perangai kau salah la, kau tak patut buat camtu".

ada diorang nak dengar? mentaliti aku lagi baik sebab aku lagi Islam aku budak masjid. Aku takleh tahan.

Yaa...bukan semua camtu, tapi ADA JER ramai orang2 ALIM cam tu. suka judge orang.

Aku pon suka judge depa ni poyo alim...haha..

Aku memang tak alim, perangai setan slalu menonjol..tapi aku cuba tak poyo..tapi kekadang poyo gak...kasik kau pening baca comment aku skit..yaa...

Rase cam orang KL plak guna ada jer..mwahaha

Ilyas Zubir said...

yup..
ada jugak orang yang paham aku..
cni mmg sial dow..banyak poyo alim kaw2 punya..

Dyat said...

salam
adakah ini yop senior 4th year...
ni aku dayat gas 3rd year...

tu la yop...
sama-sama la kita memperbaiki diri...
masing-masing ada kelemahan dan kebaikan tersendiri...

kalu ada puak masjid tanya: lama tak nampak ko kat masjid?

ko jawab je: sama la.. aku pun lama tak nampak ko kat masjid...

haha.... rilek sudaa... Tuhan Maha Mengetahui... dan DIA bukan kat masjid je...

Ilyas Zubir said...

yezza..tq bro..