Friday, February 13, 2009

Banyak Masa Hang yang Terluang nak Sekolahkan orang? Meh aku bagi Lutut tepat ke Mukamu

Baik. Tajuk entri kali ini agak panjang.

Sebenarnya aku agak tertekan dengan mentaliti orang kita yang suka menyekolahkan orang di mana sahaja.

Bukan, bukan kamu ya rakan-rakan tabligh, cara kamu biasanya betul. Kalau mahu sekolahkan orang, biar tepat ke muka. Jangan bagi lutut dulu, guna mulut sahaja. Jangan cium! Silap-silap anda boleh dipenjara akibat gangguan seksual.

Siapa yang harus diacukan lutut ke mukanya?

Petang hari ini aku merayau ke Kuantan. Bandar yang lebih maju dari Gambang, tempat tinggal aku sekarang. Tiba-tiba panggilan alam memanggilku. Bukan ajal la ngok! Belum lagi. Panggilan ke tandas.

Nak dijadikan cerita, seusai aku melepaskan hajat yang terpendam, *ehem* hobi aku di situ ialah membaca nukilan-nukilan rasa hati pengunjung yang pernah mengunjung di situ sama ada di dinding dan di pintu. Di mangkuk itu belum pernah. Lahanat yang tak reti flush saja yang ada. Kadang-kadang.

Salah satu yang aku tengok ialah ini:


Agaknya, kenapa aku bengang dengan tulisan ni?

Ya betul, ayat ni di pintu jamban. Tapi kurang tepat.





Ya betul kak long yang meneka. 'Hamba Allah' tu. Kenapa tak pakai nama penulis itu sendiri? Takut nama sendiri busuk sebab tertempel di pintu jamban? 'Allah' tu siapa? Nama tu jugak kau nak busukkan di pintu jamban ya Setan?

Meh sini dekat aku. Gantungkan kad matrik 'hamba Allah' di leher atau poket baju. Sekolahkan aku puas-puas. Jangan tulis macam tu lagi di pintu jamban ya Setan?

p/s: aku bukan pervert tau main tangkap-tangkap gambar sembarangan kat jamban. Abang di sana, jangan takut kalau saya masuk ke tandas bersama-sama anda. Saya takkan intai atau tangkap gambar abang sedang khusyuk meneran . Betul. Serius.

8 comments:

Anonymous said...

hurm..
btol2..
kdg2 org suma pndang bnde ni biasa..
xde sensitiviti lngsung..
nk kata xtaw, reti plak dia nk nasihat2kn org..
hape2 pon bgus la ko nie yop..
tgh2 ko #*@&#^#& pon smpat lg kn..??

kah kah kah

Ilyas Zubir said...

kan aku dah tulis 'seusai' tu kan?eh seusai tu sama dengan 'sesudah' atau 'selepas' kan?

Dyat said...

betul2... ada ke patut...
mcm zaman batu, zaman moden buat gak abstrak kat dinding2... haha

Ilyas Zubir said...

ohoi dayat..long time no see..
besa la bro, org cakap negara kita punya fasiliti kelas pertama, mentaliti kelas ketiga..lu pikir la sendiri haha

QifA said...

haha.ada gak orang sanggup tulis camtu kat dalam toilet..dakwah pn ada tempatnya..

Ilyas Zubir said...

ni la bila alim tak bertempat afiq oi huhu

Anonymous said...

ces, ces n ces again.... yop, kalo ang bg kepala lutut, ak nk join.. tp kepala lutut ak tak kuat mcm ko nye... so ak bwk lesung batu jela nnt k...

Ilyas Zubir said...

ok ja..jangan bawak lesung pipit semata2 sudah..aku tak tanggung