Saturday, February 28, 2009

Kenapa Aku Pakai Nombor Itu..?

Ok..aku dipaksa mirul untuk menjelaskan kenapa aku merampas nombor kesayangan beliau.

Kenapa aku pakai nombor ini?

Semasa zaman kecilku, aku ialah seorang yang kaki bangku. Bukan saja tak reti main bola, semua jenis sukan pun aku tak reti. Bukan tak reti langsung. Aku macam pepatah orang putih Jack of all trades, master of none. Kalau boleh semua benda aku nak main. Tapi tak ada satu pun yang aku 'gagah'.

Jadi masa aku sekolah rendah, aku tak pernah wakil sekolah atau wakil kelas dalam apa2 sukan. Pernah jadi penari dondang sayang semata2. Itupun masa sambutan hujung tahun darjah 6. Owh ya, menjadi penari dondang sayang aku tak perlu memakai baju yang bernombor besar2 di belakang.

Semasa aku meningkat remaja masuk ke menengah rendah juga sama. Bezanya tak ada persembahan dondang sayang. Nasyid semata2. Penyanyi nasyid juga tidak perlu memakai jersi.

Bila aku masuk tingkatan empat, ramai rakan sebaya aku menjadi taksub dengan ragbi. Laki yang tak main ragbi petang2 dikira tak kool di sekolah aku dulu. Jadi aku nekad. Sebelum menghabiskan zaman bangku persekolahan aku perlu menjadi kool. Aku mau pakai jersi yang ada nombor besar di belakang.

Oleh disebabkan lelaki di sekolah aku agak sedikit yang bersukan dan tidak ramai yang mahu menjadi kool, aku terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam ragbi walaupun aku bukannya reti main pun.

Dipendekkan cerita masa hari perlawanan peringkat daerah, ramai yang berharap untuk dapat jersi nombor 7 sebab nombor itu dianggap paling kool kerana Eric Cantona dan David Beckham pernah menyarung nombor itu.

Cikgu Afizan (coach ragbi sekolah aku) sebut nama beserta nombor. Sampai turn aku dia sebut '17'. Peh..Tak dapat 7 pun 17 kira kool la. Untuk pengetahuan, ragbi 15 sebelah first team ialah orang yang bernombor 1 hingga 15. Jadi aku ialah substitute yang takkan diturunkan sehinggalah pemain nombor 1 atau 3 injured.

Aku sangat suka nombor itu kerana walaupun aku tidak bermain tetapi tercetak dalam sijil berhenti sekolah aku sebagai 'wakil sekolah dalam permainan ragbi'.

Sangat Bertuah!

10 comments:

azie said...

tahniah atas kemenangan ko.

dulu masa darjah 6 ak pun menari gak depan orang ramai, time hari keluarga. bezanya lagu dikir puteri, noraniza idris yang tengah hot tym tu.

ak suka cara penulisan ko..keep d good work

Ilyas Zubir said...

hahaha serius?
sama lagu la..
sungguh feminine la aku dulu rupanya..
padah sekolah laki semua
tq

Tuah Izwan said...

Haha...menari yop,tapi xpe,ko kan ade bakat lain selain main rugby,ko kan pelakon terbaik kat sekolah dulu.

"Dendam"

Ilyas Zubir said...

ah cilakak

Dyat said...

aku teringin sekali melihat bagaimana tarian dondang sayang ko itu...

kuikui

amirulxvii said...

ooo....Kiranya nombor 17 menyelamatkan ko dari dilabel sebagai kaki bangku la eh. Syahdu sial cite ko. wahaha...

Ilyas Zubir said...

dyat: tak dapat la beb..mahal tu..

mirul: kaki bangku tak kaki bangku sangat la kan..main skuasy pn gagah dah haha

bulatan™ said...

hurmmm...mane video yang madir ckap tu erk...teringin nak tgk....bakt sejati lakonan yop

pujah said...

haha..gile klaka yg no..tak bole bla ko besyukur jadi substitute..ampeh je ko yop..dondang sayang skalik!!ewah cak pong cak pong!

Ilyas Zubir said...

pujah: substitute pn tak kesah..
tulisan di sijil yang berharga maa
menari skang dah takleh la weh..urat kentut pn dah tergeliat..