Monday, October 19, 2009

Rumah Saya

Internet sangat teruk. Aku rasa dalam 2-3 menjak ni wifi kat rumah aku adalah sangat teruk. Aku syak hal ini terjadi kerana meningkatnya bilangan penghuni dalam rumah aku sekarang.

Ok. Senang cerita aku nak menceritakan tentang rumah sewa aku di Miri. Sebenarnya aku sewa bilik saja. Di dalam rumah ini ada 10 bilik. Ok rumah taman 2 tingkat. Dan bukan corner lot. Dapat bayangkan sebesar mana rumah aku?

Bilik pertama: 2 budak lelaki misteri yang kalau baru keluar jamban ternampak aku di dapur akan tersipu-sipu berjalan laju menuju ke bilik.

Bilik kedua: 6 budak perempuan yang aku syak pelajar kolej swasta menurut kata Mahathir. Setiap petang akan pulang ke rumah naik bas sekolah kaler kuning yang ada tulis 'Bas Sekolah' tu.

Bilik ketiga: Seorang budak laki yang sampai sekarang aku tak tau nama dia. Apizal menamakannya sebagai 'Johnny' yang digunapakai sampai sekarang. Beliau tinggal bersama dengan seorang budak perempuan yang aku syak awek beliau.

Bilik keempat: Seorang budak perempuan misteri yang kalau keluar bilik air berkemban akan tersipu-sipu sambil berjalan laju menuju ke bilik tetapi apabila memakai singlet dan hot pant selamba saja 'bergentayangan' (sila rujuk cerita sundel bolong versi Indonesia) di dalam dan luar rumah.

Bilik kelima: Seorang kakak yang aku cuma bertegur sapa di dapur. Sampai sekarang aku tak tau nama dia tapi aku syak dia kerja imigresen memandangkan ada sticker imigresen kat kereta beliau.

Bilik keenam: 4 budak perempuan yang aku tak pernah bertemu keempat-empat mereka serentak. Biasanya kalau 2 orang ada, 2 orang lagi tiada. Aku syak mereka kerja jadi mak guard di kilang berhampiran yang kerja 'shift'.

Bilik ketujuh: 6 budak perempuan. Sama seperti budak perempuan di bilik kedua. Balik naik bas kuning juga.

Bilik kelapan: Bilik 3 budak lelaki. Aku, Mahathir dan Apizal.

Bilik kesembilan: 6 budak perempuan. Sama seperti bilik kedua dan ketujuh. Balik naik bas kuning juga.

Bilik kesepuluh: Seorang makcik. Saudara kepada sepupu ipar (ada ka hubungan ini?) kepada Mahathir.


Sebentar aku kira dulu. Ya 25 orang perempuan dan 6 orang lelaki tinggal di sebuah rumah berkongsi 3 jamban, 3 bilik air dan 1 dapur.

Meriah bukan rumah ini? Patut la wi-fi macam gampang!


Sila beri pendapat:

Bagi lelaki: Adakah patut bagi aku meng-usya awek-awek itu? Adakah normal kalau aku mengabaikan saja mereka?

Bagi perempuan: Letakkan anda di tempat awek-awek itu. Adakah anda suka jika aku meng-usya anda atau lebih suka aku abaikan saja anda?


Perhatian: Komen yang menuduh aku pervert, mata keranjang dan sewaktu dengannya takkan dilayan.

12 comments:

Ahya said...

wahhhh...ni da mcm umah panjang ni yop. siyes ramai mcm tu dlm 1 rumah? haisyy~

pja said...

umah panjang di miri ke..

kalo ak 1/2 pompuan..skeee jerk..awwwww..

amirulxvii said...

Ko x normal sbb soalan camtu pn nk tanya ag. Kalo aku 1st day ag aku da usha dorg tu. haha...

Ilyas Zubir said...

aya n pija: aku rumah pendek ja..lagi la crowded..rumah panjang lagi selesa kot haha

mirul: aku kan pendiam dan pemalu

Anonymous said...

astaghfirullahalazim...

x-m(kazikarin) said...

Sesungguhnya..aku cuba membayangkan keadaaan umah ko tapi dah puas aku tekan2 imaginasi aku, aku tetap x dpt bayangkan..cmnerr ar keadaan umah ko tu...

Mungkin umah panjang versi moden kot yop....

aLia sharbani said...

hmm...aku xterbayang la cmne condition umah tu. banglo ke?
camne almost 30 orang boleh berkongsi satu umah?hmm...

aLia sharbani said...

hmm...aku xterbayang la cmne condition umah tu. banglo ke?
camne almost 30 orang boleh berkongsi satu umah?hmm...

Ilyas Zubir said...

rumah pendek ja maa...alia, soalan yang bagus..banglo kah? jawapannya bukan..rumah teres biasa saja..sila imagine lagi

aLia sharbani said...

umah tu dah di renovate dengan menambah bilik kt semua sudut ke?
mana boleh umah teres ada 10 bilik..hahaha

Ilyas Zubir said...

ya..kalau boleh dalam jamban pn dia nak letak katil. Ruang tamu tadak. Suma dah jadi bilik

raihan said...

wah yop,xsggup rsnya kot kalau aku...giler rrr,xdak umah lain lg ke yg lg selesa dan harga bpatutan?...huhu
~~sdey nya