Sebenarnya hari ni aku nak tulis entri yang lain tapi bila godek2 balik facebook terjumpa benda yang lebih menarik.
Pernah terjadi sekali dulu masa aku makan dekat kafe. Aku ambik makanan lepas tu bayar. Dah jadi kebiasaan cakap terima kasih. Tiba-tiba kawan aku sorang cakap:
"Kau terima kasih sebab apa? Kau bayar makanan tu, bukan dapat free"
Bagi aku statement tu adalah sangat kurang ajar. Kau ada duit, tapi kalau tak ada makcik yang jual makanan tu kau nak makan apa? Makan duit?
Kamon la. Takkan benda macam ni pun makbapak tak pernah ajar kan? TV pusing tiap-tiap hari lagu yang ada 'budi bahasa budaya kita' tu. Tak pernah tengok TV?
Cakap saja terima kasih. Bukannya susah pun kan?
Selamat Hari Krismas kepada penganut Kristian.
10 comments:
dulu kawan sekelas ak masa form 2, sangat pro BN dan pernah berlawan cakap dengan seorang kawannya yang lain..
"sekolah ni sapa buat..kalau bn tak ada, tak ada sekolah ni, jalan tu sapa buat"?
ak yang masa tu tak tahu menahu pasal politik diam je,jadi pemerhati senyap. tapi ak rasa ada sumting tak kena dengan ayat dia. bila besar baru ak realize tak kisahlah parti mana yang memerintah, kemudahan asas dan pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah.
sori la kalau komen ak panjang..
cakap terima kasih tak salah pun sebenarnya.
mebi kalau benda tu jadi kat tempat ak, ak akan berterima kasih jugalah pastu kata dalam hati, kan bagus kalau ko buat pembangunan ni dari dulu lagi..ahahaha. apa2 lah.. peace
memang tanggungjawab kerajaan.. tapi tak salah kan untuk terima kasih.. indahnya dunia kalau org malaysia ni boleh abaikan perselisihan fahaman politik untuk seminggu, tak sehari pun dah cukup kan?
xkire la bn ke pr ke..
memang drpd kecik kite diajar berterima kasih.
tunjuk nilai kita ni berbudi..bile berterima kasih secara xlansung kite tau menghargai..
bile xberterima kasih secra xlangsung kite wujudkan dlm dri perasaan sombong/xsedar diri..
manusia oh manusia.
benda kecik cam terima kasih pn jadi masalah.
terima kasih tu tanda kita hargai orang tu buat apa, bukan ada kaitan dengan tanggungjawab ka apa ka.
bagi aku.kalau die buat keje.ckp jela time kasih.tapi kalau xbuat keje,suruh la die buat keje.5 tahun aku skolah kat pilah tu,aku rase azab camne naik turun bukit putus tu.aku mmg marah MB N9 time tu,janji nak buat jalan tu dari dlu tapi xbuat2 gak.tapi aku suke MB N9 sekarang ni,die buat jalan tu and kotakan janji2 lama tu.but dont get me wrong,kalau MB sekarang ni buat salah pun,jangan harap aku akan tutup mata.sementara die buat keje elok ni,mmg patut dipuji dan berterima kasih.
salam matyop.
aku rasa benda ni common di kalangan orang2 kita yg terlebih2 disoriented dgn politik malaysia yg bagi aku dah tahap melemaskan.
betul hg ckap, benda ni basic budi bahasa la. mcm kita ni berurusan dgn kaunter2 bank atau kerjaan, tak salah kita ckp tenkiu kat dia, dan dia pun akan lg rasa dihargai walaupun kalo kita tak cakap tenkiu pun bukan ada efek gaji dia.
hg sound la member facebook hg tu. siap kluar2kan ayat quran out of context nak tegakkan benang yg basah. Dia taknak ulas ke kenapa Allah banyak gunakan perkataan Kami dalam ayat2 yang ceritakan pasal nikmat rezeki untuk menunjukkan macam2 asbab yang Allah jadikan untuk bagi rezeki kat hamba2nya.
Berterima kasih dgn manusia, bersyukur dgn Allah.
Ni lah salah satu contoh politik malaysia yg rimas sampai benda2 simple mcm ni pun boleh kelabu asap.
anyway tengkiu for highlighting this up.
syafiq: aku nampak point anda.. org berbakti kita berterima kasih.. yezza!
hazreen tak hensem sangat: obvious gila kan ni suma sebab beza fahaman politik ja? pasal politik pecah belah rakyat..
apsl ang cm org politik ni yop? nk jadik puak pemisah ke? baru baca entry ni. muahahahaha.
mmber kt UIA aku ckp kalo wish merry christmas leh jadik murtad. aku ckp kt dia hepi besday jesus. terus dia diam dan berlalu pergi....
puak pemisah anti politik ngan pro politik la haha
kalo cakap merry christmas pon bleh murtad..cakap 'gong xi fa cai' jadi apa? belum cakap 'gayu guru gerai nyamai' lagi haha
Post a Comment