Friday, January 1, 2010

Sekarang Tengah Musim Letak Tajuk '2010'.. Tak Macho Langsung.

Dulu masa zaman sekolah menengah, ustaz cakap alat-alat muzik semuanya haram.
Melalaikan.
Membawa ke maksiat.

Masa belajar kat universiti aku mula berjinak-jinak dengan drumming.
Join kawan-kawan jamming hujung minggu.
Join budak-budak masjid main drum untuk lagu nasyid.

"Eh, bukan main alat muzik haram ke beb? Korang main ni takkan ustaz tak larang?" aku tanya.

"Ustaz cakap bergantung niat. Kalau main muzik elok-elok tak apa"

"Habis kalau orang minum arak dengan niat baik nak panaskan badan pun boleh la?"

"Oh itu lain."

Sejak hari tu aku dah malas dengar apa-apa kata ustaz. Sepatutnya benda yang halal terus halal dan benda haram terus haram la kan? Ada siapa nak komen pasal ni dialu-alukan.

Jadi bersempena tahun baru, azam tahun baru aku ialah berhenti membenci ustaz. Ustaz pun manusia biasa jugak kan ustaz?

Selamat tahun baru 2010. Semoga Murah Rezeki.

10 comments:

aridhlissukun said...

aku dulu pon dgr cmtu gak yop.
pastu bile satu mase ade satu team nasyid buat lagu nasyid ade instrumen gitar. dorang ckp ade satu mufti ni kate x haram.

ntah le...ak pon kompius

n a d i a said...

Assalamualaikum Warahmatullah.

Setakat yg saya tau, sedikit ilmu utk dikongsikan, asas hukum muzik itu harus, hanya menjadi haram bila mana melalaikan drpd mengingati Allah S.W.T(cth sampai leka x solat) atau menyesatkan(*lirik2 yg menyeru kpd kemungkaran). Selagi x langgar dua syarat tu, main la instrument apa pun, nk wat show pun xpa asalkan x langgar 2 syarat td.Kalau nak dibandingkan zaman skrg ni, bkn setakat alat muzik je melalaikan. Duk mengadap PC & online lama2 pon boleh lalai gak kan?

Segala kesalahan dan kecacatan dari penulisan saya ini harap dapat diperbetulkan segera oleh sahabat-sahabat sekalian.

Wallahualam...

Anonymous said...

haha.. ustaz tu die try jln tggung jwb dia la yop.. Ang ne pon....

hazreen hensem said...

salam mat yop.

pengharaman arak ada nas yg jelas dlm Al-Quran, so tak kira la niat yg baik atau jahat, ia tetap haram. tapi debat tentang muzik cuma merupakan perkara furu' (cabang) yang ulama'2 ada khilaf (perbezaan pendapat). So kedua2 benda ni tak boleh nak dibandingkan.

Kalau ikut imam Al-Ghazali dia kata muzik hukumnya harus. N kita pun tak digalakkan nak taqlid suka hati dengan imam2 nie selagi takdak nas (hadis/quran) yang jelas yang depa ketengahkan. (untuk bacaan lanjut lawati http://kembaraislam.blogspot.com/2009/02/hukum-muzik-dalam-islam.html) Sama la dengan kita takleh takqlid suka hati dgn ustaz-ustaz nie selagi depa pun tak sure alasan depa habaq hukum sesuatu benda tu.

Ustaz zaman skrg pun dok ada banyak jenis. Yang jenis malas gali/buat kajian pasal sesuatu hukum tu kita takleh nak ikut sangat.

Selamat Tahun Baru 2010 Mat Yop. Aku ada bau2 nasi minyak nie. hehehehe. menikah jangan lupa ajak aku. ;D

Ilyas Zubir said...

haha tima kasih ah kawan2..
hazreen..tq 4 d link k..
bau nasik minyak ang kot..
nasik minyak aku takkan masak taun ni haha

pitzez said...

lu bila nak jadi ustaz?

HaRE said...

pseudoaudio - taiping indie band

Mencari calon2 vokalis yg bersuara lunak dan serak2 basah. suara pecah pon bleh gak nk try out.

iklan skit kt sni. mana la tau ada bebudak nasyid baca ke... ustaz baca ke...

bergantung kepada niat....

Ilyas Zubir said...

pitzez: gua jadi tok siak ja lepas lu dah berjaya jadi ustaz nanti

hare: promote band eh? gud ah..
eh pseudoaudio ada bawak muzik2 nasyid ka? ang jangan wat hal..haha

Cob Nobbler said...

terbaik la bro..hahahaha!!

sampai london,kalau dah -14 suhu,nko nak cakap ape?

minum yamseng je la woit..hahaha!kalau tak mati beku nanti..

Ilyas Zubir said...

nami: minum teh tarik gelas besar la bro..
nak panaskan badan~ haha