Wednesday, January 20, 2010

Sampah

Ibu pelajar tampar guru

KANGAR - Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu 'naik angin' dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut.

Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.


Bila ingat-ingat balik dulu masa darjah 2 hampir setiap hari kena tampar dengan Cikgu Gan, cikgu kelas merangkap cikgu English sebab macam-macam alasan antaranya tak pandai speaking langsung.

Bila dia nak telefon bapak aku cepat-cepat aku merayu jangan telefon sebab aku tau bila balik sekolah mesti bapak aku akan 'tambah lauk' lagi.

Budak-budak, pandai buat taik, pandai kambus balik.
Mak bapak, kalau anak berak merata-rata, salah ke cikgu nak didik supaya anak murid pandai berak kat jamban?

Susahnya cikgu sekarang. Rotan tak boleh, tampar tak boleh.
Bila budak-budak jadi sampah. Cikgu jugak yang kena tuding jari.

Sayangkan anak tangan-tangankan. Ke dah tak boleh digunapakai dah sekarang?
Orang lebih suka sayangkan bini, kahwin lain.

6 comments:

.:SeSwEeT LaVeNdEr :. said...

Sayangkan anak tangan-tangankan. Ke dah tak boleh digunapakai dah sekarang?
Orang lebih suka sayangkan bini, kahwin lain.

dr kes murid skolah n guru..jd kes laki bini dh..haha..

dayahAdnan said...

tu ar.. kita dulu2 kena ketuk kepala, rotan semua..budak2 skrg manja je lebih..haihhh

Ahya said...

budak2 skang lemak. ngengade. ade plak mak bapak yg lemak bergnde2. elok benor.

Ilyas Zubir said...

anis: tiba2 saja kan?

dayah n aya: susah nak cakap beb hal ni.. tadak anak tatau camna rasa sayangkan anak..mana tau nanti ampa dah ada anak cikgu baru jentik dah kena makan kaki haha

pitzez said...

hg tak rasa ka mcm kot2 ada kejadian di sebalik kes ni yang tak tulis dgn jelas dalam paper? mana tau masa tu cikgu tu dok mencarut kat mak budak tu ka..mau x bg penampaq..haha

Ilyas Zubir said...

bagus la kna carut..
apa kes nak serang sekolah?
sekolah kan memang tempat penyiksaan (kot) kan?