Thursday, April 15, 2010

Abang Matematik

Bagi aku mengingat nama orang adalah sama macam mengingat nombor telefon kawan-kawan seramai 300 orang.

Tambahan pulak dengan masyarakat kilang yang berbilang kaum dan budaya. Tak. Aku bukan racist tapi bagi aku mengingat nama Melayu adalah paling senang. Tak ramai orang lelaki Melayu yang punya nama unik-unik macam 'zulsyazwan', 'hare potter' dan sebagainya.

Nama glemer memang tak lari jauh.

Kalau bukan Mat, Din.
Kalau bukan Din, Awie.
Lebih kurang macam tu saja.
Memang senang ingat.

Sampaikan hampir kesemua operator aku panggil Abang Mat.


Tiba-tiba hari tu:

"Abang Mat, boleh tak try tengok area sana, macam ada yang tak kena saja." Aku cakap.

"Ok. Nanti saya tengok" kata beliau.

Aku pun jalan balik ke opis.
Kat tengah jalan baru aku teringat..






Rupanya tadi tu ialah abang Raju.
Dan dia ialah driver lori. Bukan operator.

8 comments:

wira said...

terbiasa....
aku biasa kalau perempuan panggil kak long ja...
lepas tu baru perasan perempuan x suka org panggil dia kakak...duhh..

.:SeSwEeT LaVeNdEr :. said...

adekah kaler kulit abg mat same dgn abg raju atau ko yg dh buta kaler?haha

Ilyas Zubir said...

wira: jangan peduli.. lagi orang tak suka lagi kita buat..yeehaa~

anis: tak semua org india gelap tau? pernah tengok shah rukh khan?

HaRE said...

waaaah... adakah ini perasaan di tag? hahahaha

Ilyas Zubir said...

bila aku tag ang? eh yala.. sori2 tertulis nama ang plak..tak sengaja haha

dewihati said...

oghang yg bawu jumpa aku . panggey aku cik bam... so, dh immune...

Ilyas Zubir said...

dewi: cik bam ke bam bam bigelow? sila google sendiri

Ahya said...

kronik. dptkan rwtan weyh.
lol.:P