Jadi ketika berdarjah satu semasa sesi perkenalkan diri secara tak formal dengan kawan-kawan di meja tepi depan belakang, kawan-kawan bertanya "hang dok kat taman mana?" Aku jadi buntu. Orang tinggal mestilah di dalam rumah. Mana ada orang tinggal di taman permainan atau taman bunga.
"Aku dok kat kampung."
"Kampung hang nama taman apa?"
Pastu semua kawan-kawan pun bercerita. Ada yang tinggal di Taman Nuri, Taman Uda dan macam-macam taman yang aku pun dah tak berapa ingat. Dah lama la katakan.
Semasa sekolah rendahlah aku mula mencerobohi kawasan taman perumahan yang sebenar. Itupun dengan bantuan abang aku melalui kabel-kabel dia(err..kawan dia). Itupun semata-mata untuk bermain buaian. Satu benda yang aku perasan pasal rumah taman ini ialah - bentuk rumah semua sama saja.
Ok cukup sesi berkenalan dengan rumah taman.
Memandangkan aku berasal dari sekolah campur, campur latarbelakang maksud aku. Itu pun sebab budak-budak paling comel di seluruh negeri di Malaysia disatukan di sekolah aku. Jadi aku memiliki kawan dari Alor Setar yang agak terhad. Jadi masa aku di tingkatan empat aku baru berkenalan dengan sorang kawan aku yang bernama Syapik yang tinggal di sebuah taman perumahan di Alor Setar.
Masuk saja cuti sekolah aku dah berkobar-kobar nak merantau ke seluruh pelosok dunia. Nak-nak masa tu siapa yang dah ada lesen moto memang berhak menayangkan lesen secara besar-besaran. Gaya paling in masa itu ialah gaya 'Lesen Melompat Sendiri Dari Wallet'.
Aku pun capai helmet Apollo kakak aku, hidup moto ex5 yang tersadai di rumah untuk ke rumah Syapik. Niat aku nak ajak dia merayau saja sebab dia pun mungkin dah bosan dengan trick lesen melompat aku.
Jadi aku pun peras minyak kuat-kuat. Berhenti isi minyak. Peras minyak kuat-kuat semula.
Ya rumah dia memang agak jauh dari rumah aku.
Sampai saja di taman perumahan aku dah jadi cuak. Dasar buta jalan memang takkan jumpa jalan walaupun masa tu aku pernah ke rumah Syapik 2-3 kali.
Masuk simpang, sekolah cina. Keluar simpang, masjid. Gila. Mana rumah dia? Semua rumah seakan-akan sama.
Selepas berpuluh minit dan berpecah peluh akhirnya aku sampai di depan rumah Syapik.
"Syapik..oo00ooo0 Syapik" - panggilan tipikal budak sekolah.
"Syapikkkk ooo000 Syapikkk" - dah mula keras.
Cilaka..Mana dia ni. Silap aku jugak tak kontek dulu sebelum datang.
"Syapik oiiiiiiiii"
"OOiiiii Syapikkkk"
Seorang makcik menyelak daun pintu. Memandang aku dengan senyum lebar.
Ni mesti mak dia. Dah cam muka aku pun. Haha.
Aku balas senyum.
"Makcik, Syapik ada kat rumah tak?"
Makcik tu senyum lagi. Mungkin tak dengar soalan aku tadi.
Aku tunggu sampai dia betul-betul sampai kat pagar. Kan tak sopan menjerit-jerit depan orang tua?
"Syapik ada kat rumah tak makcik?"
Senyum lagi.
Aku dah rasa lain macam. Peluh sejuk keluar.
Dalam kepala tak lain dah. Terkeluar semua cerita bunian yang aku dengar sebelum tu.
"Mana ada orang nama Syapik tinggal kat si--"
Belum makcik tu habis cakap aku dah ada kat atas moto. Peras minyak paling kuat yang boleh.
Cilakak. Salah rumah!
2 comments:
nasib bek makcik tu bgtau leklok...
maunya dia baling periuk trus...memekak dpan umah org...bkan reti bg salam....
hahaha...
ahahahah...
ben9on9 9ile an9 mat yop..
nostal9ia..nostal9ia.. :)
Post a Comment