Friday, May 8, 2009

Entri yang Agak Terlambat

Empat tahun dulu, iaitu waktu aku menetap sementara di Melaka, final Piala Malaysia menemukan Kedah lawan Perlis kat Stadium Bukit Jalil.

Aku bukan main semangat. Kowtim sama membe2 aku yang tengah menetap kat KL untuk beli tiket bola siap-siap. Bukan main semangat sampai aku siap bet dengan Pian, anak jati Perlis Dunhill 20 sekotak.

Ya. Game tu Kedah kalah dengan gol throw-in. Macam cilaka. Rugi tambang aku. Rugi dunhill 20.

Masa tu aku pakai jersi Kedah. Keluar ja stadium aku sarung jaket. Sejuk la katakan. Tiba-tiba datang sorang pakcik.

"Takpa la kalau kalah, jangan pernah malu bila pakai jersi tu. Siap sorok dalam jaket lagi."

"Bukan la pakcik. Kan sejuk skang ni, pakcik orang Kedah jugak ka?"

"Tak la..pakcik orang Perlis"

Tak pasal-pasal aku tumbuk hidung orang tua tu. Hmm angan aku saja tu. Bestnya kalau dapat tumbuk hidung dia.

Kali ni kan pakcik, aku tetap berbangga walaupun team aku kalah. Nasib baik bukan sebab throw in.

Ni gambar lama. Tapi sekarang aku betul-betul tengah pakai baju ni. Tanpa jaket ya adik-adik.

3 comments:

QifA said...

arsenal mlm tu off skit..kalau gibbs x trjatuh awal2 tu mmg len crita aku rasa

Ilyas Zubir said...

tu la..arsenal kna bli bek kiri n keeper yang lebih mantap la aku rasa..
kalo arsenal bli sergio ramos ang bakal sokong arsenal x afiq?haha

QifA said...

haha..arshavin aku dah suka dah.kalau beli ramos confirm aku jd fan arsenal..haha