Sunday, May 17, 2009

Kegiatan Pada Hari Cuti yang Saya Suka

Hah baca entri saja mesti terasa macam nak pergi bercuti, tidur sepuas-puasnya takpun menonton AF..Kan? Maaf anda salah teka.

Kegiatan biasanya pada hari cuti persekolahan ini biasanya aku isi dengan kegiatan berfaedah iaitu menjual apam balik di pasar malam. Ketika di bangku sekolah juga sama. Aku akan berniaga di pasar malam pada musim cuti sekolah. Tapi lepas itu mesti kena kutuk kaw-kaw dengan rakan sebaya kerana merasakan adalah tidak kool berniaga ketika berumur setahun jagung.

Tetapi kejadian ini berbeza apabila sudah besar. Bila aku bagitau berniaga ketika cuti rata-rata rakan sebaya akan kagum dan menyatakan minat yang sama untuk berniaga. Aku pun tak faham kenapa, mungkin lelaki bujang dan sudah berumur amat kool beraksi di pasar malam. Teori bodoh apa tu aku pun tak tahu.

Baik. Aku memulakan hari pertama pada hari khamis yang lalu. Posisi pembuat apam balik sengaja aku serahkan pada rakan sejawat aku, Zaid manakala aku berada pada posisi pemotong dan pembungkus. Baru boleh bersosial. Biasanya hari pertama aku agak kekok memotong. Biasalah, tune belum betul. Tapi kali ini aku agak hairan. Pisau rasanya amat sebati dengan tangan. Meluncur laju dengan lancar (sebab baru lepas diasah).

Kemahiran bersosial amat penting dalam pekerjaan ini. Contoh dialog:

"Ya kak long, apam balik sedap ada, putu buluh sedap ada" kata aku.

"Apa yang tak sedap kat sini? Nak yang tu la" kata pelanggan.

"Tapak kaki saya" kata aku.

*gelak bersama-sama pelanggan*

ok potong tahi (cut the crap).

Begitulah cerita pendek pengalaman aku. Sesiapa yang mahu membeli apam balik di sekitar Kubang Pasu membawa ke Changlun, atau Bedong pada hari selasa, sila tanya apam balik pakcik Zubir. Anda tak akan menyesal (promote baik punya).

Nota Sendiri Tambah:
Fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang apam balik:

1) Apam balik dipercayai berasal dari Indonesia. Tetapi di sana orang memanggilnya 'martabak' manakala 'murtabak' yang dijual secara besar-besaran di pasar ramadan itu dipanggil 'martabak mesir'.

2) Berlainan di Sulawesi, apam balik dikenali sebagai 'Kuih Terang Bulan'. Teruk gila nama.

3) Jika anda membeli apam balik yang besar, kebanyakan pembeli akan memilih apam balik yang betul-betul baru diangkat dari atas acuan kemudian meronda-ronda sebelum pulang ke rumah. Ini adalah kesalahan yang amat serius kerana apam balik panas itu akan 'berpeluh' menyebabkan rasa tawar dan pahit akan wujud pada apam balik itu.

4) Cara yang sebenar ialah anda pergi meronda-ronda dahulu kemudian baru beli apam balik dan terus 'balik' atau pulang ke rumah. Sekarang sudah faham kenapa dipanggil apam 'balik'?

5) Bagi apam balik yang kecil juga cara yang sama. Ini kerana apam balik kecil yang sudah sejuk akan menjadi lempeng dan liat bila digigit.

10 comments:

dayahAdnan said...

delivery bole???
mau yg nipis punya..kasi crispy,jagung banyak sket..tak baek sep jagung

Hazreen Rashid said...

haha, lawak la pelanggan hg tu.
ye ke cool wehh juai apam balik kat pasar malam?

raihan said...

aku suka apam balik,tp aku suka yg kecik kot,aku pun dah x ingat...rindunya makanan pasar malam...
hg meh meniaga pasar mlam kat umah aku la wei,bole aku mntk diskaun,ataupun extra jagung...hihi

Ilyas Zubir said...

dayah: mana pnah aku sep jagung maa haha
hazreen: ntah..aku pun tak pasti
raihan: umah ang kat mana?penang kan?turun bedong la..bukan jauh mana pun

Unknown said...

hohoho....terliurnyer ak pabila mendgr cte apam balik mu nih....ble laa ak nk merase apam balik pakcik zubir tuh....

Ilyas Zubir said...

emm..pakcik zubir blom bukak cawangan kat kuala tganu..
kalau mu nak mari cni lalu~ haha

Yapau said...

bang,pau paneh ade bang? nk beli nih..

Ilyas Zubir said...

pau paneh tadak dik..nama abg bukan yaPau haha

QifA said...

haha..aku ingat lagi dari iskandar dulu hang dok crita hang dok p meniaga. aku cerita mak aku dia puji hang sepam.

aku tiap kali balik mesia cuti, aku pastikan aku akan makan apam balik. dulu aku suka yang tebai tu, tapi la ni aku suka yang nipis.

diet la katakan. (konon-konon)

aku kan pernah tanya hang camna nak buat apam balik beberapa tahun yang lalu.waktu tu aku sangap sangat nak makan apam balik.

tapi las-las tak termasak jugak apam balik idamanku di rusia ni.haha

Ilyas Zubir said...

w0h..tak pnah cita pon mak ang puji aku..kalo tidak dah lama ada perkhidmatan delivery apam balik kat umah ang saja haha
aah..aku pnah bagi resepi kat ang kan?tak jalan lagi ka haha nasib la