Kuala Lumpur merupakan satu tempat yang agak asing bagi aku walaupun aku agak sering jugak la menziarahi Lowyat untuk beli gadget bukan-bukan.
Pada suatu hari, aku bertolak dari Raub ke KL betul-betul selepas Subuh sebab nak mengejar tiket bas balik ke Alor Star hari yang sama. Bersama aku ialah Chot 'Lelaki-Tak-Takut-Hantu' dan seplastik besar rambutan beserta sekotak buah dokong sebagai buah tangan dari kebun buah-buahan bapak angkat aku di Raub.
Aku tiba di Pekeliling kira-kira jam 8 pagi. Dasar orang yang jarang-jarang tengok matahari terbit aku turun dari bas dalam keadaan mamai dan terhoyong hayang sambil menjinjing seplastik besar rambutan.
"Aku pi toilet sat, pastu usya tiket skali" kata Chot LTTH.
Tinggallah aku sorang-sorang di tempat duduk menunggu. Oleh disebabkan orang yang tak ramai pagi tu aku tertengok sorang laki lembut yang sedang berjalan terkedek-kedek mengempit sesuatu di celah kangkang.
Macam tau-tau pulak tiba-tiba dia melambai-lambai lembut kepada aku.
"Damn, jangan la datang sini, jangan la datang sini" aku berdoa dalam hati.
Doa aku makbul, dia tak menghampiri aku pun.
Tiba-tiba Chot datang.
"Tadak la tiket Lostaq (Alor Star) sini. Kita pi Pudu la" kata Chot.
"Abeh nak naik tren ka ni?" tanya aku.
"Barang banyak ni. Kita naik teksi la" jawab Chot.
"Kat mana nak cari teksi?" aku sambung.
Oleh disebabkan orang yang tak ramai Chot menghampiri laki lembut tadi.
"Buduh..jangan tanya orang tu!" Aku separuh menjerit. Chot tak dengar. Aku dah rasa tak sedap hati.
Selepas Chot berbincang, dia melambai-lambai ke arah aku. "Bawak barang sekali"
Menurut laki lembut itu teksi di Pekeliling tu cekik darah. Dia memandu jalan ke tempat yang katanya boleh dapat teksi murah. Maksud aku menunjuk jalan. Memandu tu bukan merujuk kepada memandu kereta.
Aku tarik Chot dan separa bengang aku tak paham kenapa mesti orang tu yang Chot nak tanya. Kan ada orang lain?
Teksi pun sampai. Sebelum aku dan Chot masuk ke dalam teksi aku ucapkan terima kasih kepada orang itu.
"Pap" tiba-tiba dia peluk aku. "Doakan saya selamat sampai ke destinasi saya ye" dia berkata.
Peluh sejuk merembes deras.
Dari jauh Chot memandang aku dengan senyum sinis.
"Cilaka!!"
8 comments:
yoppp gay??
hahahaha.. chot yg gode.. ko lak yg dipeluk eh.. hahah
aawww...ternoda hg yop...:-p
muahahahaha!
abes, ko doakan tak???
haha
arip: bukan aku yang gay bai..
fifi n raihan: seb baik dia tak wat lebih2..kalo tak memang terbang la hidung dia
ak: doa menda? tak sempat dah..rasa nak terajang ja time tu haha
kat blkg kolej lagi ramai org lembut.
alor star rocks.
geng2 lembut tu ang bayar baru depa peluk n perkara yang melampaui batas bendang lain2..
ni blom bayar pn dah peluk apa cita kan haha
haha..hang special kot. ada daya tarikan.
Post a Comment