Friday, May 22, 2009

Kisah CD dan T-shirt


Aku sudah berjaya dapatkan benda2 ini~ oyeah! oyeah!

Nak dijadikan cerita petang tadi aku tidur lepas semayang jumaat. Bangun-bangun saja aku fikir apa yang aku nak buat malam ni. Ah beli cd green day la. Tiba-tiba saja kan? Tak. Dalam mimpi aku tu aku mimpi aku beli cd green day pastu ada free t-shirt.

Tadi aku saja la gatal-gatal jengah kedai muzik tengok-tengok dah ada cd green day atas rak new arrival. Berbekalkan RM 30 dalam poket aku melangkah masuk kedai muzik. Tengok harga RM 40.90~ Laju saja aku lari ke mesin ATM cucuk RM50.

Masuk balik dalam kedai baru aku nampak tulisan 'free t-shirt'. Macam dejavu saja kan? Baru aku perasan staf kedai tu semua pakai baju free itu. Menurut akak kedai tu free t-shirt untuk cd RM40.90 tu. Untuk cd green day RM 49 tadak free t-shirt.

Gila apa kan? Patutnya yang mahal la ada free t-shirt. Rupa2nya yang mahal tu cd imported.

"Smart tak t-shirt tu kak? Nak tengok" kata aku sambil tuding ke baju yang dia tengah pakai. Akak tu pakai tudung jadi mana la aku nampak corak baju tu.

Dengan muka bersalah dia angkat tudung pelan-pelan sambil cover dada. Tersentak aku. Mujur ada amoi menyelamatkan keadaan.

"Takpa la kak, saya tengok baju amoi tu ja la" sambung aku gagap-gagap.

Sori kakak kedai muzik. Saya bukan pervert seperti yang anda sangka. Awek-awek..Sila jangan jauhkan diri dari saya~

'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya'

9 comments:

keriangandunia said...

hahaha gatai gila ang!! isk isk isk kasihan akak tu.. nak jaga kehormatan diri pun susah di zaman moden ni. haha

QifA said...

haha...takleh blah betui hang ni. awat hang tak download saja? mmg dari dlu minat green day.

ni kat aloq staq ka? yang aku tau speedy pacific saja yang masih bukak lagi. kedai cd byk dah pupus. tapi aku rasa kedai starlight yang juai byk cetak rompak depan pawagam cathay lama tu still wujud lagi.

Ilyas Zubir said...

wan: bukan do..aku memang niat nak tengok baju saja la..tapi lambat tersedar seb baik dia tak sepak kpala aku

afiq: sapot green day la afiq haha aah speedy pacific la tmpat aku bli, starlight tu idup lagi rasanya..cathay tadak dah..dah roboh buat kfc n pizza hut

AK said...

hahahaha
dengan muka bersalah dia angkat ek...
ko ganas sgt kowt...
dia pandang ko nak makan dia kalo dia tak angkat...
hahahaha

giler la ko...

jiranmu yg dolu~ said...

haha~bley dak dia buat gitu...isk isk isk..eh dah ada kat loqstaq yeh??

Ilyas Zubir said...

ak: aku btoi2 nak tengok baju saja la..pemikiran aku kan suci
cik jiran: yezza..dah ada kat loqstaq dah ni

HaRE said...

grade

taktik skodeng : A
taktik cover dr kntoi skodeng : D+

keputusan : Anda Pervert

*hebat gak skill skodeng ni. gud ah. hahahaha~!! XD

Ilyas Zubir said...

hahaha dem..aku tak berniat la weh

pja said...

hoho..haishh..yop2..da wajib kawen nie..kena ajak aku taw..sbb ak msih dkat lg ngn hg nie..sat lg da jauh..payah la ak nak mai..hoho