Semasa aku tingkatan satu, aku masuk sekolah lama. Memang lama. 1908 mula dia bukak. Sekarang dah 101 tahun dah pun. Bijak tak matematik aku? Ok. Masuk tingkatan satu biasalah, mula berjinak-jinak dengan badan beruniform untuk membentuk disiplin. Tak la keja merempit saja, kan?
Jadi kebiasaan badan beruniform ni mesti la ada camping. Bukan. Aku bukan budak pengakap. Budak pengakap mana syok. Aktiviti tahunan bersih masjid dengan jamban sekolah saja.
Camping pulak buat dalam sekolah saja. Jimat kos. Aktiviti malam wajib masa camping badan uniform ni mesti la yang berunsurkan menguji keberanian macam 'burung hantu' - tinggal sorang-sorang kat 1-1 tempat, 'semangat wira' - jalan ikut checkpoint yang ditetapkan.
Masa form 1 dulu sumpah aku penakut gila. Nak pergi tandas kencing pun kena ajak kawan temankan masa kat hostel. Jadi malam tu aku cuak. Peluh sejuk tak payah cerita. Perah boleh penuh 1 gelas. Tipu la kalau kau kata kau berani tahap gaban masa form 1 dulu. Hak ptuih!
Malam tu ada aktiviti 'burung hantu'. Pukul 11 dah kena tidur dalam khemah. Pukul 2 pagi senior dah kejut. Masa briefing tu senior bagi password:
"Kalau nampak hantu sebut 'Apo', kalau hantu tu jawab 'Tongga', tu senior. Jangan takut. Kalau dia jawab selain dari 'Tongga', tu hantu betul."
Habis saja briefing semua orang diletakkan di satu tempat sorang-sorang. Senior siap pesan jangan tidur sebab penah jadi dulu sorang budak tidur bila terjaga dah ada kat atas kubur. Gila angker. Lagi cuak aku.
Jadi aku diletakkan kat satu kelas ni. Memang blok yang paling lama kat sekolah tu kot. Buat-buat berani. Semua surah yang terlintas dalam kepala keluar habis satu-satu. Tiba-tiba~
"Hee..Hee"
Ah sudah. Tiba-tiba saja bunyi mengilai. Aku dah peluh basah 1 baju. Bila aku toleh belakang ada satu makhluk yang pakai serba putih makin mendekati aku.
"Dup dap..dup dapp" memang saspen.
"APO!" Aku jerit kuat-kuat.
"Heeeeee" dia balas.
"Ah..cilakak..APO!"
"Heeeeeeeeee" makin panjang pulak dia mengilai. Makin dia dekat dengan aku.
"Pangg.." Aku terajang hantu tu laju-laju...
--------------------------------------------------------------------------------------------
"Hang lari pusing padang ni sampai aku suruh berenti baru berenti."
"Kecik-kecik dah berani terajang orang"
Tak pasal-pasal aku berjoging sebelum azan subuh berkumandang.
8 comments:
hahaha
mmg hang patut terajang pon sr hang tuh...
penakut gak ek rupanya hang...
aiks.. hantu tuh cakap selain dari tongga, hang terus ikut cakap die.. berlari..?ganas gila hantu tu..
wah mat yop. belog ang best aa. malangnya aku ni tak reti tulis belog best-best. taruk gambar dlm belog ja reti. malam ni aku nak buat marathon baca posts ang kt blog nih. haha
ak: eleh..ang pn pnakut jugak..aku tau haha
atiq:hantu raging aku balik la pastu
kamal: gambar dlm blog ang cantik2 la abe..aku suka h0h0
huh..hantu tet*k xtakot plak dlm 'jangan tegur' tuh..
hantu tetek?tetek? pelik la aku sebagai laki takut dengan menda tu haha
"Aku bukan budak pengakap. Budak pengakap mana syok. Aktiviti tahunan bersih masjid dengan jamban sekolah saja."
ni statement cari pasai. hang lupa tambah aktiviti tahunan-menganjurkan camping haram di bukit wang.
haha.
ahli band banyak gay. sebab tu aku tak join.bwahahaha.
haha aku baru teringat kes camping haram tu..rock gila senior ang..masa form 1 manada gay maa..budak2 lembut suma ditindas tanpa belas kasihan..tahun lepas aku blah aku dengar cita ramai gay join..seb baik aku blah dah
Post a Comment