Tuesday, June 2, 2009

Macam Mana Mau Jadi Christopher Colombus Kalau Macam ini Goyang Aku Rasa

Sekarang dah masuk musim panas kat negeri orang putih. Dengan erti kata lain mood menulis aku pun semakin pudar sedikit demi sedikit. Kali ni aku cuma nak update kehidupan seharian aku.

Sekarang masih dalam mode cuti dan biasalah kerja seharian aku masuk pasar malam keluar pasar malam. Sama dengan abang pirate cd yang dah ada 2 bini tu. Mesti dia dah semakin menyampah tengok muka aku sebab aku pun dah mula menyampah tengok muka dia.

Minggu ni adalah minggu terakhir aku di rumah. Jumaat ni aku akan berangkat ke KL dan Isnin depan aku akan terbang keluar dari bumi semenanjung atas sebab-sebab wajib untuk graduasi.

Ya, aku akan menjalankan latihan industri di tempat yang aku tak pernah bayangkan. Mesti la tak pernah sampai kan? Di Miri, Sarawak.

Kalau zaman sekolah menengah dulu aku kat Langkawi yang aku tak pernah jejak, matrik kat Melaka yang aku tak pernah mimpi pun untuk sampai, Pahang yang bagi aku macam mendarat atas bulan, kali ni 'goyang'nya aku lain macam. Kalau dulu pergi, daftar, sengih, makan hidangan ringan, masuk bilik kenal2 dengan roomate, setel. Sekarang kena urus rumah sewa sendiri, transport nak pergi kerja sendiri, iron baju sendiri (aku benci pakai kemeja).

Kawan aku, Madey dah uruskan penginapan kat sana. Cari rumah sewa dapat bilik saja. Itupun, RM 350 sebulan. Mahal bukan? Tu tak termasuk bil api, bil air, billabong dan sebagainya.

Sekarang aku belajar bahasa Sarawak secara sambilan. Di Facebook. Takkan nak upah cikgu datang rumah pulak kan? Lepas tu aku try buat kuiz objektif dan ini hasilnya:


Berjaya menipu pembuat kuiz dengan jawapan hentam keromo (yesza!)


* Kalau bercakap dengan orang tua mesti bahasakan diri 'kamek'. Doakan aku tak tertukar dengan 'kimak' ya.

6 comments:

CDanvers said...

kimak? jgn tambah puki sudah. hahahahahaha...ko LI kat Miri? jauh siot...aku kt penang neh pn dh duk komplen. aku pn BENCI pkai KEMEJA dn ikat TIE.

dayahAdnan said...

besnya kitak mau pergi sarawak!
kamek mauk souvenir seigit! dua igit pun boleh jugak.
hahaha

AK said...

ko mmg la
aku mula2 malas nak komen
punchline yang last tuh wat aku nak komen:

hahahahahahHAHAHAHHAHAHAHAH!

gud luck di miri nanti!

raihan said...

yop...aku lg fail la bhsa srwk...haha,hg lmbt 3bulan,kalau x bole p bljq bhasa srwk dgn kakak aku,dia pun duk miri dl,tp dah balik png la...haha,gudluck!!!

QifA said...

jangan lupa blajaq sumpit. pastu ajaq aku. jangan kedekut ilmu.

jangan dok memandai minum tuak/todi sarawak plak.

cuba selami cara hidup orang iban kat sana, pastu crita kat aku. kalau x cukup duit, buat part time juai apam balik. hoho.

sana ada internet dak?

Ilyas Zubir said...

rwi hau: puki tu perkataan faveret ang..aku takkan kacau beb

dayah: buleh2..ingatkan kamek nnt haha (fail)

ak: thanks bro..ang pun gudluck kat bangi haha

raihan: tima kasih =)

afiq: nanti aku dah belajar menyumpit aku share..jangan takut..org iban skang dah moden la, suma umah kat bandar..insyaAllah ada..nnt aku update k