Friday, December 25, 2009

Disember Krismas

Sebenarnya hari ni aku nak tulis entri yang lain tapi bila godek2 balik facebook terjumpa benda yang lebih menarik.





Pernah terjadi sekali dulu masa aku makan dekat kafe. Aku ambik makanan lepas tu bayar. Dah jadi kebiasaan cakap terima kasih. Tiba-tiba kawan aku sorang cakap:

"Kau terima kasih sebab apa? Kau bayar makanan tu, bukan dapat free"

Bagi aku statement tu adalah sangat kurang ajar. Kau ada duit, tapi kalau tak ada makcik yang jual makanan tu kau nak makan apa? Makan duit?


Kamon la. Takkan benda macam ni pun makbapak tak pernah ajar kan? TV pusing tiap-tiap hari lagu yang ada 'budi bahasa budaya kita' tu. Tak pernah tengok TV?

Cakap saja terima kasih. Bukannya susah pun kan?

Selamat Hari Krismas kepada penganut Kristian.
Sebenarnya hari ni aku nak tulis entri yang lain tapi bila godek2 balik facebook terjumpa benda yang lebih menarik.

Tuesday, December 22, 2009

Disember Dua Puluh Dua: Tragedi Oktober

Ok. Dipendekkan cerita. (pemalas)

Awal Oktober itu hari adalah majlis wajib budak2 sekolah ambik sijil berhenti sekolah yang dibuat secara besar-besaran di dewan yang besar yang orang panggil majlis konvokesyen. Aku pun tak rasa best mana pun majlis tu sebab aku dah merasa 2 kali iaitu masa tingkatan 3 dan tingkatan 5.

Jadi bila dah yakin punya pasal aku pun dengan sengaja memonteng acara raptai sehari sebelumnya. Apa barang raptai2. Sama saja ambik sijil ja pun.

Jadi pada hari majlis aku duduk bersebelahan Pujah Sengal pantang ada kamera zoom keja nak tunjuk peace saja.

Jadi sambil-sambil tunjuk peace kat kamera aku tanya dia, bila ambik sijil tu nak kata apa?

"Cakap Junjung Kasih Tuanku Canselor" kata Pujah Sengal.

"Kena salam ke tak?" aku tanya lagi.

"Tak payah" dia sambung.

Jadi oleh disebabkan aku duduk di baris yang pertama tiba-tiba aku tengok budak-budak pandai naik pentas dulu.

"Woi Pujah, kena salam la"

"Salam ja lah"

Tiba-tiba aku dah rasa lain macam. Mulut kumat-kamit ulang "Junjung kasih tuanku". Bukan apa. Takut terlupa. Debar dia pun lain macam.

Dan sampai lah giliran aku..





"Selamat Hari Raya Tuanku Canselor" (sila tengok tangan, klik untuk besarkan)

Confirm aku tak berpeluang gantung gambar konvo kat dinding macam orang lain.

Disember Dua Puluh Dua: Tragedi Oktober

Sunday, December 13, 2009

Disember Keempat Belas - Ringkasan Bola

3 tips bagaimana mahu kurus (mesti lakukan ketiga-tiga serentak):

1) Sila jadi fanatik bola sepak.
2) Jangan makan sekiranya pasukan yang anda sokong kalah.
3) Sokong Liverpool.




Bekas player Chelsea, Glen 'The Assistant' Johnson. Bengap sama macam Avram 'The Yahud' Grant.





Rafa: Aku kalah lagi Bang Alex.
Alex: Rilek ah. Arsenal memang kuat kot.

Ringkasan lain:

AC Milan 0-2 Palermo
Inter Milan 1-1 Atalanta
Chievo 2-1 Fiorentina
Chelsea 3-3 Everton
Manchester United 0-1 Aston Villa

Saturday, December 12, 2009

Disember Kedua Belas - Testimoni

Kawan datang dan pergi.
Tapi setiap satunya tak dapat diganti.

Masa kat sekolah dulu aku tak pernah rapat dengan dia. Sekadar selisih jalan kat koridor cakap 'oit Arip' dengan 'oit Yop' saja.

Tapi awal tahun dulu masa aku tengah pening-pening lalat dengan projek yang bersepah, dia add aku dalam YM. Kami bersembang macam dah lama rapat.

Ada jugak 1-2 cerita yang dikongsikan. Maafkan aku tak dapat kenal kau dengan lebih rapat. Semoga bahagia kau di sana, kawanku.




Dalam kenangan, Mohd Ariff Ab Kadir. Kemalangan jalan raya ketika pulang dari majlis akad nikahnya bersama ibu, bapa, dan kawannya. 1986 - 11 Disember 2009.

Al-Fatihah.

Wednesday, December 2, 2009

Disember Ketiga




Kelas Kemahiran Hidup Darjah 5

Cikgu: Apa kegunaan benda ni?

Aku: Buat apam balik.

Friday, November 27, 2009

Monolo gue

Selamat tinggal Miri.
Aku akan rindu kamu.
Tunggu senyap-senyap.
Nanti aku kembali.

Mungkin lepas 10-20 tahun, ketika itu kamu sudah tua kerepot
atau
lepas 1-2 bulan, tika belum pun kering air matamu menangisi pemergianku.

Okeh?

Kamek sayang kitak, kitak sayang kamek sik?

Selamat Hari Raya Haji.

Monday, November 23, 2009

Banjir

Tengok berita. Musim banjir datang lagi.
2-3 tahun lepas, masa aku tengah meniaga datang seorang lelaki, lingkungan 30-an.

Abang Tension (AT): Apam balik satu.

Aku (A): Okeh. Muka macam tension saja, apa problem ka bang?

AT: Biasalah. Musim banjir..

A: Rumah abang kena sekali ka? Tinggi ka naik air?

AT: Taklah. Rumah aku tak kena pun. Saja ja jadi sukarelawan tolong mangsa banjir.

A: Dah tu, ada kes ka ngan orang-orang situ?

AT: Biasalah. Orang biasa hidup senang. Kita buat keja saja agih-agih makanan. Ada
yang mintak makanan mentah nak masak sendiri la, ada yang komplen makanan tak sedap la. Siap maki-maki kita lagi.

A: Sampai macam tu sekali?

AT: Oh, ada jugak yang main campak-campak ja makanan.

A: Apam balik siap.

Dalam hati aku dah menyirap. Cilaka betul. Rumah kau banjir kau nak salahkan orang yang bagi bantuan? Ke kau nak salahkan Tuhan? Tu belum cerita mangsa tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa aritu lagi. Sekolah ja tinggi tapi otak bodo sikit dari lembu.


Mode: Bersimpati kepada mangsa banjir. Semoga anda tergolong dalam orang-orang yang sabar.

Friday, November 20, 2009

Bila Hujan Tak Berenti, Merungut, Panas Terik pun Merungut Jugak

Perasan tak dulu pernah menteri mana entah pernah berkata bahawasanya penduduk Malaysia kurang membaca buku? Lepas tu macam-macam pepatah dibangkitkan macam 'Membaca Jambatan Ilmu' la, 'Usaha Tangga Kejayaan' la, 'Rajin Membaca Diri Berjaya' la untuk membangunkan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Tapi sedarkah kita punca utama rakyat Malaysia tidak suka membaca?

Pernah tak dengar peribahasa seperti 'Ulat Buku'?

Who want to be maggot? Anyone?



Maggot-maggot

Apa kata kalau ditukar jadi 'Si Kacak Buku' atau 'Si Comel Buku' bagi menggantikan 'Ulat Buku'?

-----------------------------------------------------------------------------------

Edisi khas kaum ibu:

Agak pening mencari kerja zaman sekarang. Ada jugak kawan yang pandai berniaga. Sila lawati Misae Saudagar Barang Perempuan. Ada banyak shawl-shawl yang menarik. Dahla menarik, kalau beli banyak boleh dapat free lagi tu. Makcik-makcik pun ramai yang dah pakai shawl warna-warni. Anda bila lagi?

Sila masuk: inikedaimisae.blogspot.com

*Misae, yuran iklan RM 4juta setahun. Bayar cash la nanti, senang aku nak angkat Lamborghini.

Thursday, November 19, 2009

Kedah Urban Legend

Al kisah nak dijadikan cerita...

Sebelum kewujudan Melaka sebagai pelabuhan penting di Asia Tenggara, Kedah merupakan pelabuhan antara yang terawal wujud bagi tujuan perdagangan, import eksport, dan perniagaan (sama saja 3 benda ni).

Maka berduyun-duyunlah para pedagang dari seluruh pelosok dunia membanjiri Kedah bagi tujuan yang sama. Dari Arab, Eropah, Australia, dan Brazil. Tidak ketinggalan saudagar dari India yang datang menyebarkan agama Hindu berikutan penemuan candi di Lembah Bujang (sila buka buku sejarah masing-masing ya).

Tapi tidak ramai tahu bahawasanya penduduk di Kepulauan Borneo adalah merupakan antara saudagar dan pelaut yang ramai datang berkunjung di Kedah terutamanya penduduk Sarawak.

Hal ini berikutan penemuan 2 kawasan di Kedah yang disyaki ada kaitan dengan orang Sarawak..

------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu ketika dulu..

Ramli Abas, anak jati Kodiang ditugaskan oleh pemerintah Kedah untuk menjelajah ke seluruh Kedah untuk melukiskan peta negeri berikutan timbul isu pergolakan kuasa dan perebutan wilayah yang berlaku sehingga ada yang membunuh, merompak dan mencuri telur ayam.

Ramli pun mulakan penjelahan sambil membuat lakaran kasar peta negeri. Masuk hutan keluar hutan, masuk paya keluar paya, masuk bandar keluar bandar.

Di sepanjang perjalanan beliau menemui ramai orang untuk bertanyakan soalan yang sama iaitu "Apa nama tempat ni?"

Setelah hampir 12 purnama menjelajah sudah hampir siaplah peta negeri. Sedang dalam perjalanan pulang ke Kodiang barulah Ramli sedar bahawa terdapat 2 kawasan yang belum diterokainya dan beliau sendiri tidak tahu nama tempat tersebut.

Dengan hampa beliau pun berpatah balik. Masuk hutan keluar hutan, masuk paya keluar paya, masuk bandar keluar bandar maka sampailah beliau di tempat pertama yang belum diberi nama.

Penduduk di situ amat ramah dan menjemput beliau untuk bermalam di situ. Pelik bagi Ramli kerana penduduk di situ walaupun ramah tetapi Ramli haram tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh orang-orang kampung sehinggakan beliau sendiri nak bercakap pun perlu menggunakan bahasa badan dengan menggerakkan tangan dan kaki.

"Apa..nama..tempat..ni?" tanya Ramli kepada ketua kampung.
Ketua kampung kerut dahi. Tak berapa jelas dengan soalan Ramli.

"Tempat..ni..nama..apa? Dah..ada..nama..ka..dakgi?" tanya Ramli bersungguh-sungguh lagi.
"Ohh..nama tempat? Sikda* lah" jawab ketua kampung.
" 'Sik' dah la? Nama tempat ni 'Sik' la?" tanya Ramli lagi.
" Sikdaaa*" kata ketua kampung.
"Ok, 'Sik' la kan?" kata Ramli sambil mengangguk kepala tanda setuju sambil menulis 'Sik' pada lakaran petanya.

Keesokkan harinya pagi-pagi lagi Ramli meneruskan perjalanannya ke sebuah lagi tempat yang tidak diketahui namanya. Masuk hutan keluar hutan, masuk paya keluar paya, masuk bandar keluar bandar akhirnya sampailah Ramli ke tempat yang dituju.

Tidak seperti di tempat sebelumnya, orang-orang di situ ganas dan tidak menerima tetamu. Ramli tak ambik port. Dalam nada tergesa-gesa Ramli bertanya dari jauh.

"Tempat ni nama apa oii?? Apa nama tempat ni oii??" tanya Ramli sambil bergaya seperti tarzan dari atas batu.

Seperti yang dijangka Ramli dikejar beramai-ramai oleh orang kampung. Maka berteraburlah Ramli lari. Setelah lama berkejar-kejaran orang kampung mula membaling batu ke arah Ramli. 'Run Forrest, Run!' - iklan-

Sambil membaling batu orang kampung berteriak "Tikam* batu! Tikam* batu!"
Maka terdengarlah oleh Ramli. "Tempat ni bernama Tikam Batu rupanya"

Setelah kesemua orang kampung keletihan maka selamatlah Ramli pulang ke Kodiang membawa sebuah peta lengkap beserta nama kesemua tempat di Kedah.

Begitulah terciptanya nama 'Sik' dan 'Tikam Batu'...kot?

Tamat.

---------

Kamus bahasa Sarawak:

Sikda - tak ada/tiada
Tikam - Baling

Wednesday, November 18, 2009

Karangan Sekolah Rendah Saya

Di sebuah kampung tinggal seorang gembala kambing yang bernama Karim.
Kehidupan sehariannya mestilah menjaga kambing.
Ketika sedang melepak di padang rumput beliau merasa amat bosan hingga tertidur.
Tiba-tiba beliau mendapat satu idea.

"Tolong! Tolong! Harimau nak makan kambing aku!" jerit Karim.

Lalu berpusu-pusulah orang kampung ke padang rumput untuk menolong Karim menyelamatkan kambing-kambingnya.

"Ha ha ha, aku tipu sajalah. Bosan sangat melepak pun boleh dapat duit" kata Karim lagi.

Lalu kecewalah orang kampung pulang ke rumah masing-masing setelah diperbodohkan oleh Karim.

Keesokkan harinya kerja Karim seperti biasa, membawa kambing-kambingnya meragut rumput di padang rumput juga. Bosannya Karim juga seperti biasa. Melepak pun boleh dapat duit.

"Tolong! Tolong! Harimau nak makan kambing aku!" jerit Karim tiba-tiba.

Orang kampung seperti biasa datang beramai-ramai hendak menolong Karim. Memang dasar orang kampung tipikal.

"Ha ha, kena tipu lagi!" gelak Karim sambil berguling-guling (ROFL dalam bahasa YM).

Orang kampung pun seperti biasa, maklumlah tipikal, balik ke rumah masing-masing dengan kecewa.

Keesokan harinya, sedang khusyuk melepak.

"AAUUUMMM, aku nak makan kambing" kata harimau sekolah.
"Tolong! Tolong! Harimau betul-betul nak makan kambing aku!" jerit Karim sambil peluh merembes deras.

"Ah, nak tipu lagi la tu, macam tak biasa" ujar Pak Ali sang penoreh getah yang sedang menoreh getah.
"Aaaaa, tak dengar, tak dengar" kata Mak Bedah sambil membuat karipap, sebelah tangan tutup telinga.

Ending - Kambing Karim habis dimakan harimau dan Karim menyesal tak sudah.
(Cerita yang aku dengar dari tadika, tak tahu betul ke tidak, betul ke tidak?)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini aku mengantuk pelik. Lepas lunch terus tidur kat ofis.

"Nenong nenong" bunyi siren untuk fire drill.

Aku bangun malas-malas, masuk jamban buang apa yang terpendam.
Cuci muka.
Belek muka kat cermin.
Turun tangga pelan-pelan.
Sampai kawasan berkumpul semua orang dah ada.
Aku antara orang yang terakhir sampai.

Hari ini latihan kebakaran kali KEDUA berturut-turut tanpa 'api yang sebenar' selepas semalam.
Kalau esok macam ini lagi aku takkan jadi tipikal ditipu oleh Karim lagi.

Dan mungkin aku akan mati rentung.

Saturday, November 14, 2009

Kamon la.. Aku terasa sangat yang aku mungkin dah terlalu tua untuk ikut perkembangan bahasa Melayu zaman sekarang. Bahasa baru yang aku terbaca dalam 1 blog ni memang membuatkan aku rasa jengkel dan tergeliat sikit lidah kalau baca. Bloghopping!

Setelah teliti banyak-banyak kali baru aku faham 1 perenggan entri tu. Sini aku buatkan 'kamus bahasa Melayu moden bagi budak moden for dummies'

1) kart - dekat/di
2) jur - je/saja
3) upew2nyew - rupa-rupanya
4) kiteowng - kitorang/kami
5) dew - ada
6) dyeowng - diorang/mereka
7) dye - dia
8) maty - mati
9) merasew - merasa
10) wart - buat
11) nyew - nya
12) tanyew - tanya
13) tewush - terus
14) tewush g mam - terus pergi makan/terus pergi mampus?
15) masew - masa
16) sangkew - sangka
17) xpewh - takpe/tak mengapa
18) pown - pun
19) shukew - suka
20) lex - balik
21) ciyem - aiskrim

dan banyakkk lagi.. pening 'w' aku baca 1 entri tu.
Motif penulis tak tahu. Mahuw berbunyiw manjew, mungkinkah?

Friday, November 13, 2009

Mamai Manyau Mabuk

Aku sentiasa percaya dengan prinsip 'Kalau kita dah faham buruknya seseorang tu, tak ada sebab lagi nak membenci dia'.

Jadi aku sentiasa benci seseorang tu cuma sekali. Lepas tu aku akan abaikan ja terus lepas cakap 'pi mati la hang'. Setel.

Aku teringat lagi interview betul-betul yang pernah aku hadiri dulu. Dah la panel tu muka macam Harun Salim Bachik. Memang betul-betul psiko Harun Salim Bachik bila buat muka serius. Dalam hati aku cuma berharap dia nak buat lawak sampai aku gelak tergolek-golek dalam bilik interview tu. "Kamon Harun, buat aku gelak plis".

Setakat tanya latar belakang diri sendiri memang tadak hal. Tiba-tiba boleh pulak dia tanya isu semasa.

"Siapa Yang diPertuan Agong sekarang?"
"Raja Perlis"
"Siapa nama Sultan Perlis sekarang?"
"Bukan Sultan, RAJA Perlis."
"Oh boleh pulak nak betulkan saya eh?" muka ketat.

"Apa isu semasa yang setiap hari keluar surat khabar sekarang?"
"Kes buli?" aku jawab 50-50.
"Pernah pukul budak masa sekolah dulu?"
"Tak pernah" Jujur.
Harun bangun dari kerusi, berdiri tepat depan aku.
Tunduk badan muka dia betul-betul depan muka aku.
"I don't believe you"
Aku dah mula gelak terkekeh-kekeh.
"Saya dulu pun sekolah macam awak, kalau muka macam awak ni mustahil tak pernah pukul budak. Nak tipu saya?"

Dan sumpah aku tak terkejut bila Syapik bagitau aku yang aku gagal interview tu lepas check result kat internet.
Tipikal.

Kenapa. Kita dah 52 tahun merdeka tapi mentaliti tetap sama. Gaya pemikiran macam budak tak sekolah. Apa hang ingat yang ke hulu ke hilir pakai jubah serban semua baik-baik? Semua banyak ilmu? Yang pakai t-shirt lusuh tu mat rempit? Budak lulusan darjah 5? Kenapa mesti menghukum orang melalui cara penampilan? Kenapa mesti nak racism? Kenapa tengok bola pun nak bakar kerusi?

Masa mula-mula aku bukak akaun CIMB dulu pun macam tu. Pagi tu aku tolong bapak aku basuh barang persiapan untuk meniaga petangnya. Baru tersedar tu hari last untuk aku cairkan cek pendahuluan PTPTN sebab minggu depannya aku dah nak mendaftar masuk universiti. Dengan terkocoh-kocoh aku terus pergi bank dengan t-shirt lusuh, seluar jeans penuh tepung.

"Err.. Adik nak bukak akaun ya? Minimum duit untuk bukak akaun RM250.. Boleh ke?" sambil pandang aku atas bawah. Macam cilaka.. Perlukah aku pakai kemeja lengkap bertali leher untuk bagitau yang aku ada duit lebih dari RM250?

Sekarang aku agak runsing. Kalau masuk interview kalau dia tanya isu semasa mesti aku kosong markah sebab aku dah berenti baca surat khabar. Bukak-bukak penuh cerita politik. Kalau dulu ok lagi. Sekarang bukak-bukak tengok berita pakcik lebai bergaduh. Kan tak manis dipandang. Patut la sampai sekarang aku terfikir kenapa Anwar tak mahu bersumpah macam ni:

"bahawasanya saya Anwar tak pernah menyerang jubur mana-mana lelaki. Kalau saya bohong laknat Tuhan atas saya."

Lepas dia sumpah terus boleh bersih nama. Hakim pun tak boleh nak angkat dia naik mahkamah kan? Penyokong Anwar sila beri pendapat untuk selesaikan kusut dalam kepala aku.

Serius aku sangat terasa dengan bun yang aku beli semalam tak disentuh langsung. Maaf. Bukan aku taknak bawak pergi jauh. Badan aku tak sihat. Dah la hujan agak lebat dan kita cuma ada motor.

Kepala tengah tingtong. Tekak dah rasa macam palat tapi asap tetap keluar masuk. Shit.

Masih menunggu panggilan interview. Saya tak kuat makan. Saya tak suka mengular. Hari ini kerja saya mencuci lantai saja, lengkap bercoverall dengan helmet dan goggle. Serius saya tak kesah. Marilah panggil saya interview.

Thursday, November 12, 2009

Orang Tua Politik Tak Habis-Habis Bergaduh. Bila Anak Jadi Bohsia & Mat Rempit Marah Pulak

Sepanjang 6 bulan ni dah 3 kali aku dapat sms misteri yang datang tengah-tengah malam dalam pukul 2-3 pagi nak ajak berkenalan.

Bila aku balas sms semuanya lelaki-lelaki gersang yang baru kenal dunia tapi dah sibuk nak cari perempuan jalang jadi teman beradu.

Mula-mula memang rasa lawak. Tapi bila dah kena kali ketiga yang esoknya aku kena bangun pukul 5.30 pagi nak siap-siap pergi kerja yang kena masuk sebelum 7 pagi memang aku menyirap.

Dah la jenis dah sms tak dibalas main-main misscall pulak. Bayangkan anda tengah tidur selepas kepenatan seharian lepas tu terjaga dengan bunyi henset daripada no yang tak dikenali. Terasa fakap sekali bukan?

Bukak mata pelan-pelan. Ada 2 sms baru. Isi sama. "Hai boleh berkenalan?"

Tak lama lepas tu dia call lagi. "Hello" aku angkat dengan suara garau baru bangun.

Diam. Letak telefon. Cilaka.

Sambung tidur.

Bangun. 1 sms baru "Sori salah nombor"

Tengok 'Sent Item' henset sendiri: "oi cilaka.. Lu pahal kol gua pagi2? Ada tak puas hati? Nak gaduh?"

Terkejut. Bila pulak aku antar sms camni? Aku kan seorang yang bersopan santun.

Friday, October 30, 2009

Rumah Saya Episod 2

Ramai orang tertanya-tanya. Adakah aku tinggal di rumah panjang memandangkan macam tak logik saja sebuah rumah boleh muat 30 orang. Jawapannya YA. Aku pun baru perasan yang rekabentuk rumah teres adalah seakan-akan rumah panjang dengan 2 buah rumah di hujung dinamakan corner lot di mana biasanya 2 buah rumah ini adalah lebih mahal daripada rumah-rumah di tengah.

Bezanya mungkin rumah panjang tradisional yang mempunyai 10 buah rumah di dalamnya mempunyai bilangan penduduk kira-kira 50 orang manakala rumah panjang moden yang aku duduki yang mempunyai 10 buah rumah mempunyai bilangan penduduk hampir 100 orang memandangkan rumah aku saja dah mempunyai 30 orang. Dapat bayangkan? Tak dapat bayangkan sudah.

Jadi konsep di dalam rumah ini ialah 'siapa cepat dia dapat' atau bahasa orang putihnya first come first serve. Ini merangkumi semua termasuk jamban, bilik air dan dapur.

Jadi tidak hairanlah jika masuk saja jamban akan ada saja dialog seperti "wah, siapa yang tumpahkan air teh tak nak siram" atau "jongkong emas siapa yang terapung ni".

Bila masuk bilik air pulak kalau tinggalkan keperluan peribadi jangan hairan jika mendapati syampu yang baru dibeli seminggu dah kering, sabun mandi mengecut secara tiba-tiba ataupun berus gigi mempunyai rasa jamban. Jadi harus berhati-hati jika meninggalkan barang peribadi di tempat awam ya adik-adik?

Oh ya, rumah aku juga mengamalkan konsep 1Malaysia yang Pak Najib bebelkan setiap kali masuk TV tu. Tambah-tambah bila masuk dapur. Lagi best kalau terjumpa tin tertulis perkataan pork. Apa lagi tak reti-reti simbah dapur pakai air tanah? Ya la kan, aku bayar sewa, Johnny bayar sewa. Kalau dia nak makan pork pun apa la hak aku untuk menegah beliau nak makan makanan kegemaran beliau bukan?

Berbalik kepada topik 'siapa cepat dia dapat' tadi. Sebenarnya aku tengah menunggu turn nak masak megi sekarang. Apa ingat senang kah nak masuk dapur yang mempunyai 12 tukang masak pada satu-satu masa? Cilakak.. Perut aku dah start mengaum.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Agak-agak corner lot di rumah panjang tradisional berapa sewa sebulan?

Monday, October 19, 2009

Rumah Saya

Internet sangat teruk. Aku rasa dalam 2-3 menjak ni wifi kat rumah aku adalah sangat teruk. Aku syak hal ini terjadi kerana meningkatnya bilangan penghuni dalam rumah aku sekarang.

Ok. Senang cerita aku nak menceritakan tentang rumah sewa aku di Miri. Sebenarnya aku sewa bilik saja. Di dalam rumah ini ada 10 bilik. Ok rumah taman 2 tingkat. Dan bukan corner lot. Dapat bayangkan sebesar mana rumah aku?

Bilik pertama: 2 budak lelaki misteri yang kalau baru keluar jamban ternampak aku di dapur akan tersipu-sipu berjalan laju menuju ke bilik.

Bilik kedua: 6 budak perempuan yang aku syak pelajar kolej swasta menurut kata Mahathir. Setiap petang akan pulang ke rumah naik bas sekolah kaler kuning yang ada tulis 'Bas Sekolah' tu.

Bilik ketiga: Seorang budak laki yang sampai sekarang aku tak tau nama dia. Apizal menamakannya sebagai 'Johnny' yang digunapakai sampai sekarang. Beliau tinggal bersama dengan seorang budak perempuan yang aku syak awek beliau.

Bilik keempat: Seorang budak perempuan misteri yang kalau keluar bilik air berkemban akan tersipu-sipu sambil berjalan laju menuju ke bilik tetapi apabila memakai singlet dan hot pant selamba saja 'bergentayangan' (sila rujuk cerita sundel bolong versi Indonesia) di dalam dan luar rumah.

Bilik kelima: Seorang kakak yang aku cuma bertegur sapa di dapur. Sampai sekarang aku tak tau nama dia tapi aku syak dia kerja imigresen memandangkan ada sticker imigresen kat kereta beliau.

Bilik keenam: 4 budak perempuan yang aku tak pernah bertemu keempat-empat mereka serentak. Biasanya kalau 2 orang ada, 2 orang lagi tiada. Aku syak mereka kerja jadi mak guard di kilang berhampiran yang kerja 'shift'.

Bilik ketujuh: 6 budak perempuan. Sama seperti budak perempuan di bilik kedua. Balik naik bas kuning juga.

Bilik kelapan: Bilik 3 budak lelaki. Aku, Mahathir dan Apizal.

Bilik kesembilan: 6 budak perempuan. Sama seperti bilik kedua dan ketujuh. Balik naik bas kuning juga.

Bilik kesepuluh: Seorang makcik. Saudara kepada sepupu ipar (ada ka hubungan ini?) kepada Mahathir.


Sebentar aku kira dulu. Ya 25 orang perempuan dan 6 orang lelaki tinggal di sebuah rumah berkongsi 3 jamban, 3 bilik air dan 1 dapur.

Meriah bukan rumah ini? Patut la wi-fi macam gampang!


Sila beri pendapat:

Bagi lelaki: Adakah patut bagi aku meng-usya awek-awek itu? Adakah normal kalau aku mengabaikan saja mereka?

Bagi perempuan: Letakkan anda di tempat awek-awek itu. Adakah anda suka jika aku meng-usya anda atau lebih suka aku abaikan saja anda?


Perhatian: Komen yang menuduh aku pervert, mata keranjang dan sewaktu dengannya takkan dilayan.

Friday, October 16, 2009

Cari Mood

Suatu masa dulu aku masuk universiti baru yang tak ternama. Dah konvo pun tak pernah buat kat situ lagi. Memang baru la senang cita. Kalau tanya makcik kedai runcit kat Temerloh pasal universiti yang aku masuk ni silap2 dia ingat nama sejenis penyakit.

Ramai kawan-kawan matrik aku yang dah berjaya masuk universiti besar-besar kat KL nu. Aku ja dapat kat celah-celah pekan koboi yang kalau nak beli kertas manilakad tu pun silap-silap kena naik moto 10-15 minit.

Jadi tak ramai kawan-kawan rapat aku tergolong dalam budak universiti 'hebat-hebat' dan aku pun tak berapa kenal dengan pe'el budak-budak tu sehinggalah bila tiba waktu aku praktikal ni.

Terima kasih budak universiti hebat!


*Tengah cari mood kembali menulis*

Start malam tadi:

1) Tiada lagi kentut yang tepat menepati kepala aku memandangkan katil aku double decker di mana aku di bawah dan budak universiti hebat di atas.

2) Tiada lagi cerita politik hijau, biru air laut, dan merah putih dalam bilik aku.

3) Tiada lagi cerita keindahan sebuah negeri pantai timur tempat asalnya yang melampaui semua pelusuk bumi dan merendah-rendahkan negeri lain.

4) Takkan ada lagi komen2 terhadap makanan yang aku masak. Nak komen sila masuk 'Syoknya Rasamas' tu.

5) Tak ada lagi cerita membangga diri dan menganggap diri lebih mulia dari orang lain. Contoh ayat 'aku sekolah biasa ja, tapi pendedahan agama lebih la', 'aku banyak pengalaman, sebab tu aku berani tegur orang', 'bukan susah pun duduk kat Miri ni, aku networking banyak'.

6) Tiada lagi orang yang ambik buku log praktikal aku untuk disalin bulat2 dan menyelongkar henset aku untuk mencari nombor telefon kawan-kawan perempuan aku.

7) Tiada lagi.... Cilakak, panjang sangat la entri ni nanti!


Oh lupa pula. Bye-bye A**hole! =)

Sunday, September 20, 2009

Time Raya Mesti Mengantuk Sebab Banyak Sangat Makan

"Woi cepat la" Wang dah mula panas. Siapa tak kenal Wang kat kampung aku. Sikit-sikit nak panas. Sikit-sikit nak hangin satu badan.

Wang ialah sorang budak kampung aku yang baru berpindah dari kampung asalnya di Terengganu. Mungkin sebab itu dia namakan diri sendiri 'WanG' dan bukannya 'Wan'. Bapak Wang berniaga jugak macam bapak aku. Bezanya bapak dia berniaga madu lebah. Sebab itulah Wang sendiri mempunyai binatang peliharaan lain dari yang lain iaitu seekor lebah hitam.

Pagi tu seperti pagi-pagi raya tahun sebelumnya persatuan kutip duit raya kampung akan menjalankan aktiviti rutin setiap pagi raya iaitu mestilah mengutip duit raya. Takkanlah mengutip pakaian jiran tetangga kat ampaian pulak.

Setelah semua ahli persatuan bersiap sedia kami pun memulakan langkah dari rumah ke rumah. Setel 1 kampung tembus kampung 1 lagi. Lepas 1 kampung ke kampung 1 lagi. Alah bukannya lama pun. Bagi salam pastu tuan rumah tanya 'nak makan ke nak duit?'. Mestilah jawapannya 'nak duit' sebab tuan rumah biasanya menggunakan taktik keji dengan memberi sekeping rempeyek pastu suruh budak-budak balik. Tak pemurah langsung.

Memang dah banyak rumah menjawab salam. Dah nak penuh poket baju melayu dengan duit-duit syiling. Paling best kalau poket penuh dengan syiling seringgit emas dulu tu. Rasa macam nak cium ja tangan tuan rumah tu. Budak-budak sekarang kalau aku bagi duit seringgit siap tanya lagi 'Singgit ja?'. Memang mintak pelempang budak tu.

Kira-kira dah tengah hari selesai la aktiviti mengutip duit raya. Dah cukup 3 kampung kami terokai. Tiba-tiba Wang cakap lebih kurang camni

"Ish, awal lagi ni, duit pun baru sikit, alang-alang kutip biarlah banyak. Jom pi kampung sana pulak."

Tanpa banyak bunyi semua ahli mengikut Wang memandangkan semua dah jadi tamak belaka. Dalam kepala tak lain. Dah fikir nak angkat kereta Dash Yankuro yang Tamiya punya. Tak main la Auldey ke, Diamond ke, sekali dengan 1 set bateri cas. Lebih lagi bagus, boleh beli 1 toolbox. Nak-nak time tu kereta Dash memang tengah in.

Bila dah masuk 1 kampung tu Wang dengan pantas menonong ja masuk lebih dalam tanpa menghiraukan rumah yang awal-awal. Yang lain semua follow saja.

Sampai di sebuah rumah yang agak besar Wang berhenti. Memang pandai bajet. Cari rumah yang besar saja dengan harapan dapat duit banyak.

"Nanti kalau tuan rumah tanya nak makan ke nak duit, jawap nak masuk ngan makan tau?" Wang mengeluarkan arahan. Yang lain semua menggangguk saja.

"Assalamualaikummmmm"

"Waalaikumussalam" keluar seorang pakcik bermisai lintang dari rumah bawak bekas syiling.

"Err pakcik, kami nak makan la" Wang menjelaskan keadaan.

"Hishh..Ambik duit dah la naa?" pujuk pakcik misai.

Semua ambik duit dan blah.

Sepanjang perjalanan muka Wang sedih semacam. Down teruk macam baru lepas kena halau dari kenduri. Tiba-tiba Wang bersuara:

"Pakcik tu ada anak pompuan lawa la.. Sebab tu aku nak sangat masuk rumah dia"



Tahun berikutnya Wang diboikot oleh persatuan dari mengutip duit raya sama-sama. Mana rock nak usya anak orang time raya? Dah la baru darjah 4!

Friday, September 18, 2009

Diari Raya Tahun Lepas Saya

Lusa dah raya. Tiket bas aku malam ni. Ke KL pukul 1 pagi.
Dari Kuantan ke KL 3 jam jadi aku sampai pukul 4 pagi. Lepas sahur dah boleh balik Kedah dengan kakak aku. Semua dah terancang rapi. Tinggal nak balik saja.

Malam tu lepas salam dengan kawan-kawan semua yang belum balik aku gerak ke perhentian bas depan universiti. Alang-alang bas lalu depan universiti malas pulak aku nak pergi terminal. Dah jadi kebiasaan tahan bas depan tu. Tak pernah kena tinggal pun. Aku yakin.

Jadi sebelum pukul 1 aku dah terpacak kat bus stop sorang-sorang. Hujan renyai-renyai.
Ikut jangkaan dari terminal ke bus stop ambik masa 30 minit. 1.30 mesti sampai punya.

1.30 am. Bas belum sampai.
'Ah, biasalah. Hujan camni bas mana boleh bawak laju-laju,' aku tenangkan hati.

2.00 am. Bas belum sampai.
'Ada problem kot bas ni. Biasalah kadang-kadang dia berenti isi minyak. Isi pulak bukan sepuluh dua puluh ringgit. Makan beratus jugak. Tu pasal la lambat' bertenang jugak.

2.30 am. Bas belum sampai.
Aku dah berpeluh campur air hujan yang dah mula turun lebat tak bagi kesian. Kaw-kaw punya lebat. Cuba call terminal. Panggilan tak diangkat. Cilakak! Patutnya time raya camni kaunter tiket kena bukak 24 jam macam 7-11 la. Menteri Pengangkutan sila ambik tindakan ya.

3.00 am. Bas belum sampai jugak.
Dah tak ada harapan aku rasa. Tunggu jugak la mana tau bas tu buat lawak bang bang boom kat aku.

3.30 am. Balik hostel semula.
Malas nak explain rasa macam mana.

5.00 am. Sahur.
Tunggu sampai lepas subuh mesti kaunter dah bukak.

6.30 am. Cuba call lagi sekali kaunter tiket.

"Hello, saya nak tanya. Bas ke KL pukul 1 pagi tadi cancel ka? Saya tunggu kat bus stop Gambang ni tapi bas tak berhenti pun?" aku tanya.

"Eh, ada ja. Awak datang lambat tak?" kakak kaunter jawab.

"Mana ada, saya tunggu sebelum pukul 1 kot" aku mula serangan pertama.

"Mungkin driver tak nampak awak kat situ? Maklum la gelap" kakak kaunter balas serangan. Cilakak. Aku tau la aku hitam.

"Habis sekarang macam mana? Jangan hampakan harapan pulang beraya saya di kampung halaman." Aku mula keluar ayat sedih.

"Macam ni la. Pagi ni pukul 10 ada bas ke KL jugak. Kalau awak nak naik awak bayar separuh harga tiket kat driver ya" kakak kaunter mula memujuk.

"Apa pasal kena bayar pulak? Bas yang tinggal bukan saya sengaja keras kepala tak nak naik bas?" aku dah mula panas.

"Kalau awak tak nak pun tak apa. Lagipun seat ni tinggal satu ja untuk hari ni. Maklum la esok dah raya." Kakak kaunter masih tenang.

"HOI!! Mesti la nak!" aku akur yang aku kalah di medan perang dengan kakak kaunter.

Pandai taktikal betul. Kalau dia suruh bayar double pun confirm aku bayar tanpa banyak bunyi.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

Saturday, September 12, 2009

Paling benci aku nak mereka-reka apa nak tulis kat title

Woh agak lama rupanya blog ni tak berisi benda baru.

Hidup macam biasa. Tak ada benda-benda menarik yang boleh diceritakan bila hidup penuh dengan gelagat orang-orang pelik yang menjengkelkan tambah-tambah pulak di bulan Ramadhan yang mulia.

Tak baik kutuk orang bukan? Walaupun kita tahu bulan lain pun sebenarnya tak elok jugak kutuk orang tapi sekurang-kurangnya bulan ni melatih diri kita supaya membaiki diri dan menjauhi dari sifat-sifat keji dan mungkar (macam blog budak surau kat sekolah2 dulu bukan?)

Baiklah sepanjang 2 minggu ni tak banyak benda yang boleh diceritakan. Oh ya weekend lepas sempat aku turun KL. Membeli belah sempena raya? Oh tidak tahun ini aku menjangkakan raya yang paling kosong dalam hidup aku. Mungkin cuma sembahyang raya kemudian tidur terlentang sampai senja sebab tak ada benda yang nak dibuat sebab aku tak balik ke kampung halaman tercinta.

Para pengganas di kampung pun dah merungut memandangkan tak cukup korum untuk mengadakan trip raya. Sori matdud. Sori syapik. Dah 3 tahun kot tak merasa raya sama-sama haha.

Cilakak apa pasal entri kali ni macam berbaur budak sekolah saja?

Wednesday, August 26, 2009

Sudah Menjadi Mat Belia




Aku pun tak paham macam mana aku boleh terlepas pandang (dengar) lagu ni dari dulu padahal lagu ni aku rasa kool gila.

Peh terasa macam dah jadi sebahagian dari makhluk yang cuma dengar lagu 'I'm yours' pastu trus boleh mengaku die hard fan Jason Mraz dan baru dengar lagu ' Hey there Delila' terus jadi fan tegar Plain White T.

Maafkan aku Kurt.

Saturday, August 22, 2009

Selamat berpuasa Semua!

Bila masuk bulan puasa mesti semua orang nak bercerita pasal pengalaman berpuasa masa kecik-kecik bukan? Walaupun kita dah tau yang cerita kawan kita akan berakhir dengan 'curi-curi makan ketika puasa' atau 'curi-curi minum ketika puasa' atau 'curi-curi mencarut ketika puasa' tapi cerita macam tu la yang paling 'in' untuk bercerita.

Kali ni aku nak cerita yang lain sikit dari unsur-unsur cerita di atas.

Cerita ni terjadi masa aku kat matrik dulu. Biasanya dari Kedah aku akan beli tiket KL saja untuk ke Melaka memandangkan dari KL ada tiket terus ke Masjid Tanah tanpa perlu masuk bandar Melaka. Tapi kali ni aku pun dah lupa macam mana aku boleh ter'sampai' ke bandar Melaka tanpa masuk KL dulu. Kemungkinan besar sebab aku tidur tak sedarkan diri atas bas sampai terlajak ke Melaka. Maklumlah.. tengah puasa.

Sampai saja kat Melaka Sentral aku terus turun cari bas Patt Hup (orang Melaka mesti tau bas ni) untuk balik ke Masjid Tanah memandangkan hari dah hampir-hampir senja. Oh ya aku lupa nak cakap yang aku sangat 'fail' dalam me'nilik' jadual perjalanan bas domestik. Mahu tak mahu aku terpaksa tunggu kat kerusi yang betul-betul dekat dengan bas supaya aku boleh tengok papan tanda bas dekat-dekat supaya aku tak salah naik bas macam kat Penang dulu (Afiq, sila terasa).

Tunggu punya tunggu punya tunggu...

"Masjid Tanah sekarang! Masjid Tanah sekarang" sorang brader yang keluar dari bas yang baru sampai dah pekik-pekik. Belum masuk brader yang selalu pekik "Aloooooorrrr Gajah" tu lagi.

Aku tengok orang dah berlari beramai-ramai meluru ke bas tu. Dah macam iklan 'Grand Sale' tu pulak. Aku pun panik. Kang kalau lambat naik tak pasal-pasal berdiri sejam atas bas.

Selepas berasak-asak, menyelit-nyelit dan menampar sorang budak suruh berdiri akhirnya aku dapat jugak tempat duduk.

Tengok jam dah pukul 7. Ah takpa, tak beli makanan pun boleh ja berbuka puasa dengan rokok. Aku bertenang.

"Allahuakbar, Allahuakbar" azan sayup-sayup berkumandang. Masa untuk beraksi bebeh!

Aku seluk poket seluar kiri ada henset. Seluk poket kanan..Kosong! Ah mungkin ada dalam pouch bag barangkali. Aku positif.

Bukak pouch, pun tak ada!

********************************************************************************

Hari itu pertama kali dalam sejarah hidup aku berbuka dengan korek hidung sambil calit kat dinding bas.

Friday, August 14, 2009

Sebab kenapa Nordin Mat Top sukar diburu

Anda terlalu desperate mahukan misai tapi misai tak mahu tumbuh?

Atau anda pernah mempunyai misai tapi selepas dicukur ia tumbuh bagai lalang?

Tak suka simpan sebab misai yang baru tumbuh kasar macam berus dawai?

Misai yang tumbuh tidak menyamai apa yang diinginkan?

Jika jawapan anda 'Ya' bagi semua soalan di atas, jangan bersedih kerana anda mampu berlagak di facebook dengan muka bermisai mengikut kehendak anda!


Sila layari http://schickfreeyourskin.com.au/mens/manscaping/

Mari mengubah muka sendiri!


Contoh: Abang biker yang ganas

Saturday, August 8, 2009

Pagi sejuk Malam panas

Bangun pagi seperti biasa aku lepak di balkoni bilik.

Dari balkoni dah boleh tengok rumah jiran tetangga. Amoi-amoi keluar pergi pasar. Ok tipu perumahan aku tak ada amoi. Cuma ada nyonya dan apek tua (sungguh tak best) pergi pasar atau ber-taichi.

"Biasanya kat tepi simpang tu ada rumah. Bila pulak dah clear kawasan tu?" cakap sorang-sorang.

Keluarkan rokok sebatang, cucuh, tarik dalam-dalam.

"Hokk ptuihh!"

Mulai hari ini aku berazam untuk berhenti merokok...................waktu jerebu tebal.

IPU depan rumah aku: 176.. Bombastik!


Gambar hiasan: Nasi goreng in action! (berlagak dengan kamal soya)
Kebelakangan ini aku selalu terfikir pasal 'apa nak jadi lepas dah grad' atau pun 'nak kerja apa lepas grad' atau juga 'kat mana nak kerja lepas grad'?

Samuk gila. Walaupun aku pernah masuk kem motivasi macam 'Smart Learning', 'Pengurusan masa yang baik', 'ke arah kehidupan yang lebih cerah' yang terlalu banyak menekankan benda-benda pelik dan method-method yang sangat mustahil dilakukan oleh pelajar sekolah menengah seperti membuat 'perancangan masa depan', 'nak kerja umur berapa?', 'nak kahwin umur berapa?'.

Bagi aku adalah sangat tak kool untuk mengagak masa depan. Cuba bayangkan anda tetapkan umur untuk anda mula bekerja adalah 25 tahun dan umur sewaktu anda bakal berkahwin ialah 26 tahun. Tup-tup betullah anda mencapai target tu. Bagus bukan?


Tak bagus!

Anda adalah sangat predictable dan menurut survey yang dijalankan oleh majalah wanita, isteri dan dotdotdot, 98% wanita menyatakan lelaki yang predictable sehinggakan waktu kentut mereka pun boleh di-predict adalah sangat tak kool dan menepati ciri-ciri mat belia yang membosankan dan mempunyai nafas berbau. Tentu anda tidak mahu digelar 'mat belia' seumur hidup anda bukan?

Baik. Memandangkan tidak lama lagi konvokesyen universiti bakal berlangsung, semua pelajar lebih sibuk membuat resume daripada laporan latihan industri contohnya seperti Mahfuzah (jangan deny, aku nampak!) untuk dihantar kepada syarikat-syarikat yang bakal memberi masa depan yang lebih cerah. Ada juga sesetengah orang telah membuat garisan masa (timeline) dan ada juga yang sedang merangka gaji pertama sudah mahu angkat kereta.

Aku masih bertenang. Belum berbuat apa-apa.

Friday, August 7, 2009

Nak update masa weekdays penat, update masa weekend malas

Kalau dulu aku jumpa orang aku aku baru kenal selamba ja aku hulurkan tangan sambil sebut 'Yop'. Dan mereka akan membalas dengan nama masing-masing.

Tapi sekarang bila aku jumpa orang aku cuma lambai dan tunduk sikit sambil cakap 'Yop' tanpa hulurkan tangan.

Maafkan aku. Aku bukan sombong. Tapi aku agak takut dengan H1N1. Aku bukan takut dijangkiti dari kamu. Tapi aku takut bakal menjangkiti kamu.

Boleh saja kerap basuh tangan dengan air dan sabun (macam iklan) tapi aku terlalu malas untuk itu. Maafkan aku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Aku syak H1N1 turut mengganggu sistem pemikiran manusia dan pembuat iklan macam cream-o telah dijangkiti wabak itu. Apa kejadah nak menyanyi sambil menari dalam supermarket sekali ngan pak guard?

update minggu lepas: 1 kematian di Miri

Thursday, August 6, 2009

Kebelakangan ini aku selalu terfikir pasal 'apa nak jadi lepas dah grad' atau pun 'nak kerja apa lepas grad' atau juga 'kat mana nak kerja lepas grad'?

Samuk gila. Walaupun aku pernah masuk kem motivasi macam 'Smart Learning', 'Pengurusan masa yang baik', 'ke arah kehidupan yang lebih cerah' yang terlalu banyak menekankan benda-benda pelik dan method-method yang sangat mustahil dilakukan oleh pelajar sekolah menengah seperti membuat 'perancangan masa depan', 'nak kerja umur berapa?', 'nak kahwin umur berapa?'.

Adalah sangat tak kool bukan untuk mengagak masa depan. Cuba bayangkan anda tetapkan umur untuk anda mula bekerja adalah 25 tahun dan umur sewaktu anda bakal berkahwin ialah 26 tahun. Tup-tup betullah anda mencapai target tu. Bagus bukan?

Tak bagus!

Anda adalah sangat predictable dan menurut survey yang dijalankan oleh majalah wanita, isteri dan dotdotdot, 98% wanita menyatakan lelaki yang predictable sehinggakan waktu kentut mereka pun boleh di-predict adalah sangat tak kool dan menepati ciri-ciri mat belia yang membosankan dan mempunyai nafas berbau. Tentu anda tidak mahu digelar 'mat belia' seumur hidup anda bukan?

Baik. Berbalik kepada perancangan masa depan.

Friday, July 31, 2009

Dicedok dari Cerita Mahathir (edited sebab nak sedapkan cerita)

Sebut sahaja namanya Ahmad (bukan nama sebenar).

Makanan kegemarannya ialah mee.

Ahmad sangat suka makan mee. Setiap kali pergi restoran mesti dia pesan mee. Mee goreng la, mee bandung la, mee rojak la, Milo la (ok, tak lawak).

Satu hari Ahmad teringin makan mee kat sebuah kedai makan cina. Dia pun memesan mee kari.

Tak lama selepas itu mee kari pun sampai.

gambar hiasan

Tapi kat atas mee kari tu ada daging babi sebagai lauk dan bukannya ayam atau telur ayam. Tanpa berfikir panjang Ahmad pun mengasingkan daging itu dari mee kari dan memakan mee penuh berselera.

Kawannya, Mahathir (nama sebenar) yang melihat kejadian itu pun berasa pelik.

"Ahmad, kenapa kau asingkan daging tu dan makan mee sahaja?" tanya Mahathir.

"Eh kau ni. Orang Islam mana boleh makan babi" jawab Ahmad.

Wednesday, July 29, 2009

Taktau Nak Bagi Title apa Takut Kamal Soya Marah

Dulu aku pembenci sukan. Hmm tak.. Bukan benci. Kurang suka sebab aku tak berbakat langsung dalam bersukan.

Suatu masa dahulu masa latihan rumah sukan sekolah rendah, aku paling benci lari pecut 100m. Mesti aku yang corot. Masuk saja darjah empat aku dah pandai berfikir rasional dan taktikal. Asal ada lari 100m saja mesti aku pilih dulu siapa lawan aku. Semua gemuk-gemuk. Haha... Tapi aku tetap corot. Cilakoi. Jadi zaman sekolah rendah aku tak pernah wakil rumah sukan pun dalam apa-apa acara macam aku cerita kat sini.

Jadi kemasukan aku ke sekolah menengah aku mula berjinak-jinak dengan sukan. Antara sukan paling top masa zaman tu adalah pingpong. Tiba-tiba banyak pulak pemain baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan (pinjam ayat karangan sekolah rendah). Aku pun tak pernah main pingpong sebelum tu.

Coach pertama aku masa tu kawan sekelas aku. Nama dia Paril. Paril tu aku tak paham macam mana dia boleh power gila. Bola pingpong spin atas lantai pun last-last boleh naik atas meja pingpong balik. Aku pun tak paham macam mana dia buat. Misteri betul.

Mula-mula memang bodoh. Serve bola mula-mula pun tak kena. Kelas latihan yang Paril setkan untuk aku pulak setiap hujung minggu saja. Macam mana nak pandai?

Selepas lama berfikir panjang, Kesatuan Pemain Pingpong Baru telah mencapai kata sepakat untuk berlatih dengan lebih serius. Setiap hari waktu kelas prep petang. Meja cikgu bakal menjadi medan pertarungan. Sekurang-kurangnya daripada tidur saja waktu prep petang baik bersukan. Badan pun sihat kan?

Jadi selepas set meja cikgu jadi meja pingpong, semua budak baru belajar memenuhi kelas aku. Main rotate. Siapa kalah blah, yang menang stay. Memang seronok. Kadang-kadang saja ja pergi kelas awal semata-mata nak booking turn dan panaskan badan padahal sebelum tu paling menyampah nak pergi kelas prep.

Sebab dah tiap-tiap hari main mutu permainan aku mula meningkat. Hayun sambil tutup mata pun bola boleh spin. Pelik betul. Antara musuh aku yang paling ketat ialah Pakwanmat. Dia pun sama jugak baru belajar main tapi sebab dah tiap-tiap hari main sampai dah boleh hayun kat celah kangkang. Lagi dasat.

Petang tu aku bersemangat pelik. Berkobar-kobar lain macam. Makan lunch pun sikit ja sebab nak cepat-cepat balik mandi terus main pingpong kat meja cikgu. Petang tu aku lawan Pakwanmat. Masing-masing berlawan spin. Bet pingpong yang tak ada getah pun boleh jugak bantai spin.

"Pung pang, pung pang"

Memang sengit. Budak-budak lain yang tengah tunggu turn semua jadi penonton setia. Mata pun taknak berkedip takut-takut terlepas aksi menarik (bajet). Tiba-tiba Pakwanmat bagi bola lambung. Peluang terbaik nak smash. Aku tarik nafas panjang-panjang, tiba-tiba Pakwanmat dah letak bet atas meja pastu blah balik ke tempat duduk.

"Woi, nak pi mana? Game tak habis lagi" aku jerit. Aku tengok para penonton semua tengah khusyuk baca buku.

Aku pusing badan aku nampak Pak Hassan cikgu disiplin kat belakang aku tengah peluk tubuh....



*************************************************************************************


Petang tu aku belajar sukan baru - ketuk ketampi sambil tampar pipi sendiri.

Badan sihat. Cheek bone boleh tinggi. Lagi macho dari main pingpong.

Monday, July 27, 2009

Cubaan Membuat Entri Emo Jilid Satu

Aku ada seorang kawan. Ya kawan. Kawan bagi aku ialah sesiapa saja yang aku pernah jumpa, pernah borak sama2, kenal hati budi, ataupun seorang yang aku tak pernah borak sama2, tak tahu nama langsung, cuma kalau jumpa cuma angkat tangan senyum sikit-sikit.

Tapi kawan yang aku kenal ni memang pelik. Memang aku pernah kenal dengan orang-orang macam ni tapi aku tak pernah bergaul dekat-dekat dan secara langsung dengan jenis macam ni.

Cakap tak nak kalah.

Semua yang ada pada dia itulah yang paling baik pernah umat manusia ada.

Tempat asal dia lah tempat terbaik wujud kat muka bumi. Tempat lain semua mundur, kotor, dan tak mengikut syarak macam tempat dia yang diwar-warkan serambi Mekah tu.

Ilmu yang dia ada melampaui langit dan bumi. Tak ada satu benda pun yang dia tak tahu.

Segala isi surat khabar dan berita terkini dia tahu segenap inci dari orang lain. Apa yang orang tak tahu itulah modal dia untuk perleceh dan perkecik-kecikkan orang lain.

Pendapat orang semuanya salah.

Pantang bagi dia bila orang sanggah apa yang dia cakap.

Cakap macam alim ulamak. Tapi mengaku tengok porn masa tengah office hour macam kimak.

Kau kena ingat baii..Bila kawan senyap tak bermakna orang setuju dengan kau. Tapi orang dah menyampah dan malas nak bertumbuk atas benda yang remeh temeh.


Agak-agak kalau aku sepak dia, aku boleh masuk syurga terus tak?

Saturday, July 25, 2009

Binatang apa keris di kaki?

Rutin seharian ketika latihan industri bagi pelajar-pelajar biasalah selain ke hulu ke hilir cari bahan berguna untuk tulis dalam report, direct selling (dupey dan rakan-rakan), ambik cuti kerap macam rakan sekerja Chot, LI juga biasanya diisi dengan aktiviti merungut dan mengumpat staff lain. Contoh biasa:

"Benci betullah aku dengan manager tu. Dahla buat sexual harrassment kat aku" atau

"Aku tak boleh hidup la camni. Belajar lagi best. Aku tak sabar la nak sambung master" atau

"Eeee hensemnya engineer tu" ataupun

"Tak suka la aku main panas. Jelesnya tengok kawan-kawan lain yang praktikal kat ofis, boleh update blog atau main facebook dari pagi ke petang."

Contoh-contoh di atas bukanlah dikeluarkan oleh aku sebab adalah sangat tak 'kool' mengeluarkan statement seperti itu.

Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku praktikal kat sini. Bak kata orang dah imun. Mimpi pulak asyik cakap omputih ja. Terasa macam dulu masa aku duduk kat London pulak.

Sekarang aku sudah punya hobi baru. Kalau masa mula-mula masuk dulu bila lepak kat pondok merokok pun senyap-senyap saja. Biasalah, takkan nak riuh semacam pulak dengan orang yang baru kenal. Tapi sekarang bila lepak kat situ aktiviti wajib ialah bermain teka-teki bersama brader2 technician.

Kali ni aku nak share teka-teki. Sila jawab di ruang komen kalau ada masa lapang ya?

Nombor 1: Ada sepohon pinang, semuanya dipanggil pinang contohnya buah pinang, akar pinang, batang pinang. Apa yang tak dipanggil 'pinang'?

Jawapan: Sarang burung pipit

Nombor 2: Apa yang ada pada itik tapi tak dipanggil itik? Contohnya kan kepala itik, bulu itik, kaki itik. Apa yang tak disebut 'itik'?

Jawapan: Telur masin

Nombor 3: Berdosa atau tidak orang baca yasin dikubur? Sila jelaskan sekali.

Jawapan: Berdosa la dah orang tengah baca yasin dikubur (Kena tanam)

Nombor 4: Betulkah kalau anda dah pandai baca al-fatihah, tak payah sembahyang? Sila jelaskan

Jawapan: Memang la tak payah. Senang ja.

Nombor 5: Burung apakah yang kepalanya, badannya, kakinya, kepaknya di bawah?

Jawapan: Burung pipit kena pijak

dan yang terakhir,

Nombor 6: Ada seorang peladang limau, pada saat kematiannya dia mempunyai 3 bijik limau. Pada masa yang sama dia mempunyai 2 orang anak. Macam mana dia nak bahagikan limau-limau itu supaya anaknya sorang dapat 2 bijik?

Jawapan: Sorang ja la dapat 2bijik, sorang lagi dapat sebijik ja.


Selamat menjawab. Dateline bagi teka-teki ini ialah pada 31 Julai 2009 jam 2359.
Terima kasih.


Update 2 Ogos 2009 2347hrs

Jawapan aku dah bagi. Segala rayuan dan surat menyurat aku tak layan. Nak marah, marah brader technician tu.

Monday, July 20, 2009

Tempat Jatuh Lagi Dikenang baii..

Setiap kali anda di atas jalan raya, apakah yang membuatkan anda berasa sangat tension dan rasa tahi (feeling crap)?

Bagi aku tak lain dan tak bukan iaitu bunyi hon.

Pada satu hari di Kuantan, sedang aku merayau-rayau sambil menikmati udara segar dari moto Ducati WHK (tipu) aku berhenti kat traffic light. Mesti la sebab lampu merah. Takkan tiba2 suka hati berhenti kat situ.

Nak dijadikan cerita kat belakang aku ada la sebijik kancil putih. Baru ja sampai situ dah tekan2 hon. Aku sedapkan hati saja la mungkin dia tengah tegur kawan dia kat lorong depan.

"Pin pinnn" tekan lagi. Aku dah bengkak ja rasa. Dah la moto aku betul-betul depan kancil putih tu.

Aku toleh traffic light. Merah lagi.

Aku toleh belakang skali imbas tuding jari kat traffic light. Sendiri mau ingat la brader.

"Pin pinnn"

Ai ni sudah lebih bai. Jadi-jadi la tekan hon tu. Aku dah mula panas.

Dalam hati mintak cepat la lampu hijau. Kang tak pasal-pasal kemik jugak depan kancil ni aku terajang.

"Pin pinnn" lagi sekali.

Aku toleh jeling tajam kat brader kancil tu sambil buat muka "Lu apahal?"

Perlahan-lahan kepala dia keluar dari tingkap.

"Bang, nombor plet tu dah nak jatuh. Skru longgar kot." kata brader tu sambil sengih-sengih.

Cilakak. Dah la cakap macam nak bagitau satu kampung.

"Ya la. Kang aku betulkan la. Memang nak pergi bengkel pun" cover malu sambil pulas minyak kuat2.

Saturday, July 18, 2009

Sebuah Entri Berinformasi Dari saya

Tahukah anda apakah itu 'Bak Kut Teh'?
Alah kan bersepah2 kedai makan tepi-tepi jalan ada tulis benda tu.

Benda tu sebenarnya ialah 'pork ribs soup' atau nama Melayu nya 'sup rusuk babi'.
Informasi lebih lanjut tentang BKT boleh dibaca langsung dari sini.

Tujuan aku menulis entri ni disebabkan seorang kawan aku hampir-hampir mahu membeli mee segera bertulisan itu. Bila aku tegur:

"Weh, tu babi la"

Dia jawab:
"Mana ada..BKT ni herba la"

Kalau di semenanjung mungkin tak ada masalah memandangkan makanan non-halal dilabel besar-besar agar orang Islam tak beli. Tapi kat tempat aku menghuni sekarang benda2 seperti itu tidak dilabel. Contohnya rak babi dalam tin dijual di antara sardin dalam tin dan kacang peas dalam tin. Nasib baik kat tin tu ada gambar binatang pink itu.

Jadi adik-adik beragama Islam, jangan makan babi ya? Abang serius ni.

Wednesday, July 8, 2009

Yop Di Pasar Raya

Pada suatu hari aku pergi membeli belah di pasar raya.
Aku pergi ke pasar raya itu untuk membeli barangan dapur.
Aku membeli barangan dapur kerana aku hendak memasak.
Aku hendak memasak kerana nak berjimat memandangkan makanan di kedai makan adalah sangat mahal sekali.

Pergi membeli belah di sini adalah sangat sukar kerana aku masih belum fasih ber'klaka' Sarawak.
Kalau aku cakap Kedah tak ada sorang pun yang paham.
Jadi aku sedaya upaya kontrol percakapan seperti orang KL.
Aku sangat tidak pandai berkata-kata dalam bahasa KL.

Sedang aku mencari barang dapur aku telah menjumpai semuanya kecuali satu iaitu cabai.
Jadi aku beranikan diri bertanya soalan kepada kakak pasar raya itu.

"Kakak, cabaL merah ade tak?"

Bodoh bodoh..kenapa la time tu aku lupa yang orang KL sebut cabai tu 'cili'.

Musim Hujan Pulak Skang ni..Bukan Musim Kumpulan Hujan tu

Rumah aku dah ada tv.
Ya. Rumah sewa aku ni.
Bukan kat Kedah tu.

Aku ialah pembenci tv.
Ini dapat dibuktikan dengan aku tengah menulis blog sambil membelakangkan tv sedangkan Afizal selamba saja baring atas lantai bawah kipas layan tv.

Tv bagi aku ialah perosak masyarakat.
Menipu saja kerja dia.
Macam mana dia tipu?
Penipuan paling besar tahun ini sebab dia tayangkan team teruk dan tak ternama macam Manchester United tu boleh jadi champion. Tipu gila.

Oh ya. Aku baru berkenalan dengan rancangan Melodi setiap hari Ahad tu. Entah apa-apa.
Korek habis cerita artis. Korek la cerita SAng Kancil ke. Boleh jugak terhibur.
Provokasi artis pulak tak habis-habis.
Bila album tak laku cakap 'peminat tak patriotik'.
Bukannya dalam album tu ada lagu Negaraku pun.

Michael Jackson dah mati?
Tv tadi baru cakap dia dah dikebumikan tadi - seminggu lepas dia meninggal.
Pelik betul. Kata masuk Islam. Bolehkah delay simpan mayat lama-lama?
Kesian kat dia. Ni semua tv punya pasal la ni.

DAP keluar dari pakatan rakyat kat Kedah?
Biar la. Bukan dia boleh buat kerajaan sendiri pun kat sana.
Sebok betullah tv ni.

Thursday, July 2, 2009

Membuang Masa

Sepanjang memblogging ni aku tak pernah melayan tag2 kejadah tu. Gila tak rock langsung. Tapi demi memuaskan hati para peminat aku dengan rendah hati la menolak rock tu jauh-jauh. Ya la aku layan la ni jangan kecik hati.

Tag dari Mirul

1. Nama timangan anda

i) Mat Yup - Bulat(klasmate sekolah menengah bagi)
ii) Yop - Pembuat buku alumni sekolah menengah bagi
iii) Johnny Depp - sendiri bagi
iv) Si Kacak - Siapa ntah aritu bagi..tak ingat

2. Anda seorang yang:

i) Pemalu
ii) Pendiam
iii) Tak pandai bergaul dengan masyarakat hadhari

3. Insan teristimewa:

Family saya

4. Makanan kesukaan anda

Sebok la hang nak tau

5. 3 benda mesti ada dalam beg:

i) poket
ii) isi dalam poket
iii) angin

6. Kali terakhir anda menangis dan kenapa?

Gua mana nangis bai..eh ada dulu..jatuh dari atas KLCC

7. Tag 5 rakan anda

Malas.

Tag dari wan sheva (saja ja tambah sheva)

Malas aku nak copy award tu..aku kan newbie

1. Fakta menarik pemberi award ini:

i) Junior aku
ii) Ada kereta saga baru
iii) Chubby
iv) Main bola macam shevchenko (sheva)? Jauh panggang dari api
v) Pandai la jugak main bola baling. (team aku kalah aritu pasal korang pakai awang import baii)

2. Fakta/hobi diri sendiri:

i) Pendiam
ii) Tak berapa suka layan tagging

3. Penerima award seterusnya:

i) Diri sendiri

-----------------------------------------------------------------------------------------------

aku rasa ada hutang dengan ramai lagi peminat-peminat yang lain. Kalau rajin bagi link kat komen ya adik-adik

Tuesday, June 30, 2009

Mari Mula Mengenal Dapur

Hari ini

X: Aku dah bosan la makan kat luar.

Y: Apa kata kita masak?

Z: Best jugak tu. Untuk permulaan kita masak sardin ngan telur dah la.

X & Y: Cantek!

Esok

X: Apa kata kita masak sardin?

Y & Z: Cantek!

Seronoknya kalau ada suri rumah yang pandai masak kan? T_T

Monday, June 29, 2009

Rojak Buah ngan Rojak Mee mana Lagi Best?

pretty rain outside my house
come inside do let me out
climb up to the sun said heat
where everything will almost meet

boast you boast
all the words you hold
stay high, stereotype
everything's below us pretty rain

pretty rain wear me out
i'm inside do let me out
trying hard to find my way
when it pours don't let me drown

pretty rain pretty scared
tying ends up in a knot
who say down
who thinks he's smart

boast you boast
all the words you hold
stay high, stereotype
everything's in

load you load
cannons which you blow
look deep in so deep
cwaling on your toes

boast you boast
all the words you hold
stay high, stay up high
everything's below up pretty rain

my pretty rain (12x)

Dah 2 hari hujan berenti sat-sat (sekejap-sekejap).
Agak bermasalah bagi aku yang susah tidur waktu hujan lebat.
Sat-sat terjaga. Kenapa orang lain boleh layan gila tidur waktu hujan? Dem.

Aku teringat soalan ustaz aku zaman sekolah dulu:

Kalau hujan itu rahmat, kenapa orang lari dari hujan?

Jawapan: Sebab takut terpijak rahmat.

Dah macam siri tv Kids Say The Darndest Thing tu. Betulkah ejaan aku ni? Main taram saja. Hos dia siapa ntah. Yang kelakar tu. Pastu Aznil buat Macam-Macam Aznil yang lebih kurang camtu. Pastu Nabil pun buat jugak. Nabil, u suck in dealing with budak-budak. Serius tak best.

Ah dah mengarut lebih sangat pulak.

Aku baru selesai menonton cerita fiksyen kanak-kanak yang tak best tu - Transformers 2.
Masa aku tengok Transformers mula-mula dulu separuh jalan aku dah off. Bodoh punya cerita. Dah la gambar tak lawa. Sangkut-sangkut pulak tu. Menyalahkan Transformers dan menyebelahi brader cd pirate yang aku kenal di pasar malam. Yang kedua pun sama teruk. Saja ja hire budak-budak berlari-lari dalam wayang beramai-ramai. Dah la aku duduk paling tepi. Teruk sungguh (masih menyalahkan Transformers)

Oh ya laptop aku sedang rosak. Mencari windows xp pirate yang betul-betul boleh pakai kat sini memang mencabar. Sekarang cuma mengharap belas ihsan Mahathir Kaddir yang bergaya tu. Dupey Sang Pengkritik Tegar pulak punya kedekut nak pass melalui skype atas alasan slow. Semoga hang dikejar anjing lagi beb.

Sekarang aku berusaha lebih keras mengumpul dana untuk beli laptop baru.
Sekarang aku perlukan modal.

Kat mana boleh beli buku 'How to cari duit banyak-banyak for Dummies' ?

Monday, June 22, 2009

Sedangkan Pantai lagikan Berubah. Inikan pulak Perut yang Boroi Selepas Berjaya Dapatkan 6-pack dengan Susah-Payah

Aku paling tak boleh blah bila kawan-kawan aku menjauhkan diri dari aku atas alasan bodoh.

Paling tak boleh blah yang terus boikot aku lepas aku putus dengan kawan mereka.

Hantar komen tak balas. Chatting buat bodoh. SMS entah baca entah tidak.

Tadi aku jumpa boyfriend yang kau agung-agungkan di depan khalayak ramai di pasar malam satu ketika dulu masa aku tengah siapkan apam balik spesel free untuk kau.

Dia bermesra-mesraan dengan perempuan yang jauh lebih superb dari kau atas bawah. Tengok aku sambil senyum kambing. Tiba-tiba aku TERangkat 'two thumbs up' membuatkan dia senyum sampai ke telinga.

Padan muka. Melayang la terus dengan mimpi-mimpi indah tu.

(entri ini ditulis masa cuti sebelum start praktikal hari tu.)

Cerita Fiksyen Kanak-Kanak Atas Umur 18 Jilid Kedua

"Lari!! Lari!! Ada orang mengamuk!" seorang belia kampung berlari ketakutan sambil memakai kain pelikat tak berbaju.

Pakcik Kasim yang baru saja mencucuh rokok Pall Mall hijau turut ketakutan. Rokok dicampak merata-rata. Makcik Bedah yang tengah membuat karipap juga sama. Berlari sambil menyiapkan karipap di tangan sambil menjerit-jerit.

Warung yang aku singgah tadi riuh dengan lelaki berumur bermain dam haji, anak-anak muda kampung yang tak habis-habis pulas minyak moto sambil 'suit' awek kampung semua telah hilang. Sunyi sepi.

Dari kejauhan kelihatan seorang pemuda berlari sambil menghayun-hayunkan parang. Mungkin itulah orang mengamuk yang dikatakan sebentar tadi.

"Mengamuk! Mengamuk!" pekiknya lantang. Haram tak kool langsung.

"Oi budak. Aku nak mengamuk ni. Apa pasal kau tak lari?" tanyanya sambil menghunus parang ke arah aku.

"Saya tak lari sebab saya tengah makan nasik. Jemput la sekali" jawabku tenang.

"Kau jangan macam-macam budak. Makan nasik nanti-nanti pun boleh. Pergi la lari dulu. Aku nak mengamuk ni"

"Tak boleh la macam tu encik, elaun praktikal saya bukannya banyak sangat pun. PTPTN pun belum masuk. Kalau makan 2 kali kena bayar 2 kali. Mana nak cekau duit?"

"Ya tak ya jugak. Makan la dulu. Lepas makan lari laju-laju ya?"

"Tak boleh jugak macam tu encik. Kang kalau saya kena appendiks siapa nak bayar operation? Elaun saya bukannya banyak sangat pun. PTPTN pun belum masuk."

"Habis bila kau nak lari?"

"Apa kata kalau encik kejar saya perlahan-lahan sambil berjalan? Cantik tak?"

"Kurang ajar!" pekiknya sambil menghayun parang.

Dengan pantas aku mencampakkan pinggan ke arah mukanya.

"Adeh..pedihnya mata. Banyaknya cabai kau makan" kata beliau sambil terguling-guling di atas tanah.

Aku meninggalkan not hijau di atas meja kemudian menghidupkan enjin moto sambil menyanyi riang.

Friday, June 19, 2009

Coretan Karut marut pagi SAbtu

Tup tup dah genap seminggu aku selesai praktikal. Tinggal lagi 23 minggu saja lagi (macam sebentar saja bukan?)

Memang agak susah bagi aku untuk mendisiplinkan diri memandangkan sudah bertahun-tahun aku menjadi pelajar yang kurang berdisiplin. Hari pertama di Miri memang memeningkan kepala aku. Bangun saja tidur hari dah cerah. Tengok jam baru 6.15 pagi. Ya 6.15 ialah waktu syuruk bagi Miri dan kawasan yang sewaktu dengannya maka aku kena lupakan waktu syuruk aku di Kedah iaitu pukul 10 pagi.

Masuk kerja pukul 7 pagi. Bangun tidur pukul 5 pagi sebab tempat kerja yang agak jauh dengan rumah aku gagahkan jugak. Aku dengar cerita ramai kawan-kawan yang kebanyakannya ditempatkan di ofis berhawa dingin yang dilengkapi dengan komputer berinternet yang membolehkan para pekerja melayari Facebook dengan seronoknya (dem i curse u all!). Hari minggu camni tak main Facebook pulak ya? Dasar pemain internet percuma!

Masuk kerja hari pertama awal-awal dah kena safety briefing. Memang kemestian kot safety briefing kat site. Apa yang boleh bawak dengan takleh bawak kat site. Tiba-tiba saja ada gambar tin Heineken kat komputer orang yang briefing aku tu.

"Kalau kau nak mabuk-mabuk pun..Make sure kau datang kerja fit ok?"

Aaa..adakah aku mempunyai muka seorang kaki botol?

Thursday, June 18, 2009

Catatan buku log Latihan Industri Saya

Kamon..sehari lagi..Sabtu dah cuti~

Hari ini ialah hari keempat aku praktikal. Rasa macam dah lama gila.

Hari pertama biasalah berkenalan dengan kawan-kawan baru yang rata-ratanya berumur 21. Dem aku berasa sangat tua. Habis hari pertama.

Hari kedua awal-awal pagi rakan sekerja aku berlari-lari anak masuk bilik standby para trainee melepak sambil menjerit

"Cepat siap-siap.. Kita kena tangkap babi"

"Tangkap babi? Macam seronok saja. Daripada melepak sambil baca majalah Ujang dalam bilik baik tangkap babi, ada jugak hiburan" getus aku di dalam hati. Ya hari kedua aku dah pandai melepak sambil baca Ujang yang makin lama makin bodoh lawaknya.

Sampai di tapak menangkap babi aku kecewa. Bukanlah babi sebenar yang berwarna pink tu. Ni babinya:


Babi / Pig dalam bahasa inggeris
Aku bukan kata 2 orang tu babi la. Menda kat depan tu.

Hari ketiga pagi-pagi dah hujan renyai-renyai. Redah hujan. Tiba-tiba boleh pulak tayar moto pancit. Time tu jugak la hujan tiba-tiba nak lebat masa aku tengah pam tayar kat stesen minyak.

Hari keempat kerja half day sebab petang tadi aku dah mintak excuse nak melawat muzium petroleum atas alasan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang minyak mentah@crude oil. Licik kan beta?

Esok apa plan ya kawan-kawan sekerja? Aku dah buntu ni.

*Timbul 1 isu yang susah dirungkaikan. Sila tengok gambar babi yang aku upload di atas. Mamat 2 orang tu sedang memakai pakaian:

a) Coverall
b) Overall

gila menda ni pun boleh jadi bahan kawan-kawan bertekak.

Friday, June 12, 2009

Catatan Dari Sarawak yang Agak Kalut

Apa khabar adik-adik?
Abang harap adik-adik sihat dan riang di samping keluarga.

Ok berenti mengarut.

Alhamdulillah aku sudah selamat sampai di Sarawak sejak Isnin aritu dan dijangka akan memegang ic 'penduduk tetap' di sini selama kira-kira 6 bulan.

Dari hari Isnin sampai hari Khamis sebelum subuh aku menetap di rumah Madey di Kuching.

Orang Sarawak memang best. Baik tak hengat punya (weh ni bukan bodek okeh). Masa mula-mula aku nak datang sini memang agak goyang sebab terasa macam akan ditempatkan kat pedalaman kaw-kaw punya dan orang tak reti cakap bahasa lain selain bahasa Sarawak. Satu hari tu Madey bawak aku ke kenduri doa selamat family dia yang baru kahwin. Jadi majlis tu disertai oleh family dia semata-mata..melainkan aku. Memang agak gelabah la.

Tiba-tiba datang sorang makcik menuding jari kat aku sambil cakap:

"Siapa tok?"

nyaris-nyaris aku jawab "Abdul Manaf"..Rupanya maksud dia "Siapa ni"

Semalam aku telah selamat sampai di Miri. Bilik yang aku sewa agak best la memandangkan semua tempat untuk mendapatkan keperluan asas ada berhampiran sini. Nak jalan kaki pun dekat saja ke shopping mall, kedai makan, pusat karaoke dan Cherry Berries.

Ada jugak gambar-gambar ke'pelik'an tentang Sarawak yang sempat aku snap masa merayau. Bila-bila senang aku upload okeh.


*Semasa aku di Kuching aku ada menerima SMS dari WanBanci Sultan Bangi mengatakan ibundanya telah kembali ke Rahmatullah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya bahagia di sana. Amin.

Saturday, June 6, 2009

Vacancy - Iklan pulak..

Kakak aku cakap kompeni tempat dia kerja nak pakai orang.

Jadi sesiapa yang berminat nak kerja kat AEON Jusco boleh berhubung langsung dengan dia.

Sebenarnya nak cari Pharmacist (BM: ahli farmasi) yang betul-betul berminat tapi masih bekerja sebagai petani, nelayan, peniaga pasar malam atau penganggur yang masih belum bertemu dengan kerja tetap sebagai ahli farmasi, andalah orang yang dicari-cari!

Calon-calon yang berminat boleh menghantar resume beserta dokumen-dokumen berkaitan ke alamat hidayati.zubir@jusco.com.my secepat mungkin. Gaji boleh runding, jangan malu dan segan. Kalau ada saudara-mara, bapa saudara, mak saudara, mak mertua, bapa mertua, adik ipar jiran, atau anak ketua kampung yang berminat juga boleh memohon. Sebarkan vacancy ini merata-rata!

Kalau nak request kerja juruwang (BI: cashier) ke.. tukang cuci (BI: cleaner) pun boleh tanya soalan kat e-mail yang sama.

Terima kasih.

Ini bukan jobstreet atau jobmarket. Harap maklum.

Tuesday, June 2, 2009

Macam Mana Mau Jadi Christopher Colombus Kalau Macam ini Goyang Aku Rasa

Sekarang dah masuk musim panas kat negeri orang putih. Dengan erti kata lain mood menulis aku pun semakin pudar sedikit demi sedikit. Kali ni aku cuma nak update kehidupan seharian aku.

Sekarang masih dalam mode cuti dan biasalah kerja seharian aku masuk pasar malam keluar pasar malam. Sama dengan abang pirate cd yang dah ada 2 bini tu. Mesti dia dah semakin menyampah tengok muka aku sebab aku pun dah mula menyampah tengok muka dia.

Minggu ni adalah minggu terakhir aku di rumah. Jumaat ni aku akan berangkat ke KL dan Isnin depan aku akan terbang keluar dari bumi semenanjung atas sebab-sebab wajib untuk graduasi.

Ya, aku akan menjalankan latihan industri di tempat yang aku tak pernah bayangkan. Mesti la tak pernah sampai kan? Di Miri, Sarawak.

Kalau zaman sekolah menengah dulu aku kat Langkawi yang aku tak pernah jejak, matrik kat Melaka yang aku tak pernah mimpi pun untuk sampai, Pahang yang bagi aku macam mendarat atas bulan, kali ni 'goyang'nya aku lain macam. Kalau dulu pergi, daftar, sengih, makan hidangan ringan, masuk bilik kenal2 dengan roomate, setel. Sekarang kena urus rumah sewa sendiri, transport nak pergi kerja sendiri, iron baju sendiri (aku benci pakai kemeja).

Kawan aku, Madey dah uruskan penginapan kat sana. Cari rumah sewa dapat bilik saja. Itupun, RM 350 sebulan. Mahal bukan? Tu tak termasuk bil api, bil air, billabong dan sebagainya.

Sekarang aku belajar bahasa Sarawak secara sambilan. Di Facebook. Takkan nak upah cikgu datang rumah pulak kan? Lepas tu aku try buat kuiz objektif dan ini hasilnya:


Berjaya menipu pembuat kuiz dengan jawapan hentam keromo (yesza!)


* Kalau bercakap dengan orang tua mesti bahasakan diri 'kamek'. Doakan aku tak tertukar dengan 'kimak' ya.

Friday, May 29, 2009

Jangan nak Up Cerita Depan Aku, Buruk Padahnya

Pagi ni aku bangun saja dari tidur aku dah rasa lain macam. Tekak rasa macam tersekat-sekat air liur dari mengalir seperti biasa. Ah ini petanda nak demam.

Hari ni meniaga pagi. Aku rasa melayang-layang. Gila. Orang nak beli apam balik pun mungkin takut sebab mata rasa berat ja nak bukak. Lepas tu senyum tak tentu hala.

Balik saja meniaga aku makan panadol 2 bijik. High gila rasa kepala. Ah tidur ja la. Baru saja baring tiba-tiba:

"Kring-kring" bunyi standard henfon berbunyi.

"Woi Yop, kat mana tu? Tak pi semayang Jumaat ka?"

"Mesti la pi Dato'. Ni ada kat belakang imam ni"

"Jangan tipu aku la. Jom main golf"

"Ish, hari lain la Dato'. Hari ni saya rasa tak sedap badan la, lagipun apa kata masyarakat nanti bila tengok saya main golf waktu orang semayang Jumaat?

"Oh tau pulak segan. Ok tunggu kat rumah. Aku on the way pi sana ni"

Beberapa minit lepas tu terdengar deruan kereta mewah di depan rumah aku.
BMW 5 series biru Dato' tu dah sampai. Terpaksa jugak la aku layankan orang tua ni main golf.
Dasar orang tua keji. Time-time panas terik camni pun bleh ajak aku main golf.

"Padang golf mana kita nak main hari ni Dato'?"
"Hari ni kita main jauh sikit la. Hari tu aku main kat situ macam ada ong ja. Tiger Woods tengok silap-silap dia merayu tak bagi aku lawan dengan dia. Hahaha"
"Hahaha" bila orang kaya gelak kita kena gelak sekali. Baru senang nak paw dia apa-apa nanti.

Sampai saja kat padang golf tu aku dah rasa lain macam. Memang terasa ong padang tu. Aku capai club cepat-cepat.

"Dato', bagi saya pukul dulu la. Rasa semangat pulak tengok padang ni"

"Ok, kita main siapa kalah bayar la boleh?" ujar Dato'.

"Sett"

"Zass" bola melayang cantik punya. "Plup" masuk hole-in-one.

Dato' tu dah goyang. Pukulan kedua aku pun camtu. Ketiga pun camtu.

"Amacam Dato'? Boleh belanja makan sekali rasanya ni"

"Ah baru sikit tu, cuba pukul sana pulak" Dato' tunjuk ke satu arah.

"Mana ada lubang sana Dato' " kata aku sambil capai teropong.

Dalam imej teropong tu tiba-tiba saja aku nampak 2-3 anak dara basuh kain kat tasik padang golf. Macam haram.

Tiba-tiba aku terjaga. Cis mimpi rupanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota sendiri tambah:

Oi kawan-kawan, ini ada sorang member aku masuk pertandingan 'siapa photogeek terhebat'.
Dia janji kalau dia menang nak belanja makan besar-besaran kat mana-mana tempat yang anda suka! Tapi dengan syarat anda mesti mengundi beliau untuk jadi pemenang. Apa tunggu lagi?

Untuk keterangan lanjut sila klik sini---> WanBanci Sultan Bangi

Wednesday, May 27, 2009

From Zero to hmm... Zero


Klik untuk besarkan gambar ya adik-adik. Kalau tak clear jugak pakai teropong. Tengok dalam bulatan tu. Silap. 'Bujur'an

Awal-awal permainan aku agak goyang. Pemain ini tak henti-henti mengasak Barca. Asak asak asak. Tak lepas. Free kick tak masuk. Asak lagi asak lagi asak lagi. Free kick ke laut.

Counter attack. Gol. Barca 1-0 Man U.

Selepas itu tiada lagi aksi asakan beliau.

Cuma kamera zoom untuk meneliti pertukaran raut wajah beliau yang seakan-akan nak berak saja.

Bosan bosan bosan. Gol. Barca 2-0 Man U.

Oi budak2 Chelsea. Kalau aku kata Chelsea jauh lagi power dari Man U setuju dak?

Friday, May 22, 2009

Kisah CD dan T-shirt


Aku sudah berjaya dapatkan benda2 ini~ oyeah! oyeah!

Nak dijadikan cerita petang tadi aku tidur lepas semayang jumaat. Bangun-bangun saja aku fikir apa yang aku nak buat malam ni. Ah beli cd green day la. Tiba-tiba saja kan? Tak. Dalam mimpi aku tu aku mimpi aku beli cd green day pastu ada free t-shirt.

Tadi aku saja la gatal-gatal jengah kedai muzik tengok-tengok dah ada cd green day atas rak new arrival. Berbekalkan RM 30 dalam poket aku melangkah masuk kedai muzik. Tengok harga RM 40.90~ Laju saja aku lari ke mesin ATM cucuk RM50.

Masuk balik dalam kedai baru aku nampak tulisan 'free t-shirt'. Macam dejavu saja kan? Baru aku perasan staf kedai tu semua pakai baju free itu. Menurut akak kedai tu free t-shirt untuk cd RM40.90 tu. Untuk cd green day RM 49 tadak free t-shirt.

Gila apa kan? Patutnya yang mahal la ada free t-shirt. Rupa2nya yang mahal tu cd imported.

"Smart tak t-shirt tu kak? Nak tengok" kata aku sambil tuding ke baju yang dia tengah pakai. Akak tu pakai tudung jadi mana la aku nampak corak baju tu.

Dengan muka bersalah dia angkat tudung pelan-pelan sambil cover dada. Tersentak aku. Mujur ada amoi menyelamatkan keadaan.

"Takpa la kak, saya tengok baju amoi tu ja la" sambung aku gagap-gagap.

Sori kakak kedai muzik. Saya bukan pervert seperti yang anda sangka. Awek-awek..Sila jangan jauhkan diri dari saya~

'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya'

Tuesday, May 19, 2009

Pengalaman Pertama Kali Berjumpa Hantu

Semasa aku tingkatan satu, aku masuk sekolah lama. Memang lama. 1908 mula dia bukak. Sekarang dah 101 tahun dah pun. Bijak tak matematik aku? Ok. Masuk tingkatan satu biasalah, mula berjinak-jinak dengan badan beruniform untuk membentuk disiplin. Tak la keja merempit saja, kan?

Jadi kebiasaan badan beruniform ni mesti la ada camping. Bukan. Aku bukan budak pengakap. Budak pengakap mana syok. Aktiviti tahunan bersih masjid dengan jamban sekolah saja.

Camping pulak buat dalam sekolah saja. Jimat kos. Aktiviti malam wajib masa camping badan uniform ni mesti la yang berunsurkan menguji keberanian macam 'burung hantu' - tinggal sorang-sorang kat 1-1 tempat, 'semangat wira' - jalan ikut checkpoint yang ditetapkan.

Masa form 1 dulu sumpah aku penakut gila. Nak pergi tandas kencing pun kena ajak kawan temankan masa kat hostel. Jadi malam tu aku cuak. Peluh sejuk tak payah cerita. Perah boleh penuh 1 gelas. Tipu la kalau kau kata kau berani tahap gaban masa form 1 dulu. Hak ptuih!

Malam tu ada aktiviti 'burung hantu'. Pukul 11 dah kena tidur dalam khemah. Pukul 2 pagi senior dah kejut. Masa briefing tu senior bagi password:

"Kalau nampak hantu sebut 'Apo', kalau hantu tu jawab 'Tongga', tu senior. Jangan takut. Kalau dia jawab selain dari 'Tongga', tu hantu betul."

Habis saja briefing semua orang diletakkan di satu tempat sorang-sorang. Senior siap pesan jangan tidur sebab penah jadi dulu sorang budak tidur bila terjaga dah ada kat atas kubur. Gila angker. Lagi cuak aku.

Jadi aku diletakkan kat satu kelas ni. Memang blok yang paling lama kat sekolah tu kot. Buat-buat berani. Semua surah yang terlintas dalam kepala keluar habis satu-satu. Tiba-tiba~

"Hee..Hee"

Ah sudah. Tiba-tiba saja bunyi mengilai. Aku dah peluh basah 1 baju. Bila aku toleh belakang ada satu makhluk yang pakai serba putih makin mendekati aku.

"Dup dap..dup dapp" memang saspen.

"APO!" Aku jerit kuat-kuat.

"Heeeeee" dia balas.

"Ah..cilakak..APO!"

"Heeeeeeeeee" makin panjang pulak dia mengilai. Makin dia dekat dengan aku.

"Pangg.." Aku terajang hantu tu laju-laju...

--------------------------------------------------------------------------------------------

"Hang lari pusing padang ni sampai aku suruh berenti baru berenti."

"Kecik-kecik dah berani terajang orang"

Tak pasal-pasal aku berjoging sebelum azan subuh berkumandang.

Sunday, May 17, 2009

Kegiatan Pada Hari Cuti yang Saya Suka

Hah baca entri saja mesti terasa macam nak pergi bercuti, tidur sepuas-puasnya takpun menonton AF..Kan? Maaf anda salah teka.

Kegiatan biasanya pada hari cuti persekolahan ini biasanya aku isi dengan kegiatan berfaedah iaitu menjual apam balik di pasar malam. Ketika di bangku sekolah juga sama. Aku akan berniaga di pasar malam pada musim cuti sekolah. Tapi lepas itu mesti kena kutuk kaw-kaw dengan rakan sebaya kerana merasakan adalah tidak kool berniaga ketika berumur setahun jagung.

Tetapi kejadian ini berbeza apabila sudah besar. Bila aku bagitau berniaga ketika cuti rata-rata rakan sebaya akan kagum dan menyatakan minat yang sama untuk berniaga. Aku pun tak faham kenapa, mungkin lelaki bujang dan sudah berumur amat kool beraksi di pasar malam. Teori bodoh apa tu aku pun tak tahu.

Baik. Aku memulakan hari pertama pada hari khamis yang lalu. Posisi pembuat apam balik sengaja aku serahkan pada rakan sejawat aku, Zaid manakala aku berada pada posisi pemotong dan pembungkus. Baru boleh bersosial. Biasanya hari pertama aku agak kekok memotong. Biasalah, tune belum betul. Tapi kali ini aku agak hairan. Pisau rasanya amat sebati dengan tangan. Meluncur laju dengan lancar (sebab baru lepas diasah).

Kemahiran bersosial amat penting dalam pekerjaan ini. Contoh dialog:

"Ya kak long, apam balik sedap ada, putu buluh sedap ada" kata aku.

"Apa yang tak sedap kat sini? Nak yang tu la" kata pelanggan.

"Tapak kaki saya" kata aku.

*gelak bersama-sama pelanggan*

ok potong tahi (cut the crap).

Begitulah cerita pendek pengalaman aku. Sesiapa yang mahu membeli apam balik di sekitar Kubang Pasu membawa ke Changlun, atau Bedong pada hari selasa, sila tanya apam balik pakcik Zubir. Anda tak akan menyesal (promote baik punya).

Nota Sendiri Tambah:
Fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang apam balik:

1) Apam balik dipercayai berasal dari Indonesia. Tetapi di sana orang memanggilnya 'martabak' manakala 'murtabak' yang dijual secara besar-besaran di pasar ramadan itu dipanggil 'martabak mesir'.

2) Berlainan di Sulawesi, apam balik dikenali sebagai 'Kuih Terang Bulan'. Teruk gila nama.

3) Jika anda membeli apam balik yang besar, kebanyakan pembeli akan memilih apam balik yang betul-betul baru diangkat dari atas acuan kemudian meronda-ronda sebelum pulang ke rumah. Ini adalah kesalahan yang amat serius kerana apam balik panas itu akan 'berpeluh' menyebabkan rasa tawar dan pahit akan wujud pada apam balik itu.

4) Cara yang sebenar ialah anda pergi meronda-ronda dahulu kemudian baru beli apam balik dan terus 'balik' atau pulang ke rumah. Sekarang sudah faham kenapa dipanggil apam 'balik'?

5) Bagi apam balik yang kecil juga cara yang sama. Ini kerana apam balik kecil yang sudah sejuk akan menjadi lempeng dan liat bila digigit.

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Aku tak bersetuju dengan pepatah

"Orang yang luar biasa terdidik dari seorang guru biasa"

Walaupun aku orang biasa tapi aku percaya semua cikgu-cikgu, ustat-ustazah, pensyarah-pensyarah dari darjah satu sampai tahun empat universiti ialah guru yang luar biasa.

Selamat Hari Guru.

(Entri ini langsung tiada unsur bodek. Harap maklum)

Sunday, May 10, 2009

Adun Sekali Cerita Jadi Rojak

Kalau kau belajar agama mungkin tahu maksud uznuzzon(aku tak reti eja menda ni dalam rumi, jawi ja reti) yang bermaksud bersangka baik. Bersangka baik ialah sifat terpuji yang harus ada di dalam diri setiap insan.

Ketika zaman dahulu.. Ah aku dah lupa. Tadi bukan main berkobar-kobar nak tulis entri baru.

Ok sebenarnya aku nak tulis pasal bola. Pada zaman dahulu, pasukan tidak berapa ternama di England bernama Liverpool mempunyai seorang keeper atau bahasa manjanya goalie yang bernama Jerzy Dudek. Sesiapa yang meminati bola walaupun membenci Liverpool mungkin mengenali Dudek ini.

Semasa menjadi goalie Liverpool, tidak ada pencapaian Liverpool yang boleh dibanggakan. Oh ada satu. Menang champions league lawan AC Milan. Itu pun nasib baik Gerrard bermati-matian buat comeback untuk Liverpool selepas ketinggalan 3-0.

Jadi aku terfikir satu faktor yang mungkin mempengaruhi  fenomena itu - Dudek orang Poland.

Beberapa tahun lepas aku dengar Arsenal beli sorang goalie dari Poland. Aku dah agak goyang. Katanya hot prospect player untuk masa depan. Ok. Ok.

Takpa..Malam ni menang ke kalah Arsenal tetap no 4 lagipun semua muda remaja lagi (bersangka baik). Tapi dah berkali-kali game aku tengok keeper ni tangkap bola dalam gol. Apa kes oi?

"Arsenal have their last defeat in Premier League when they lost to Manchester City in Nov '08, this is their first defeat in 21 premier league games."



Selamat Hari Ibu =)

Saturday, May 9, 2009

Ulu Dong - Nice to See, Nice to Hold

Kali ni aku nak mengutarakan entri berunsur cuti-cuti Malaysia. Bukan. Menteri Pelancongan yang baru tu apa nama ntah tak bagi apa-apa komisen pun untuk aku promote tempat ni. Layann..

Ulu Dong terletak kira-kira 45 minit dari pekan Raub. Kalau anda keluar dari Lebuhraya Pantai Timur anda boleh keluar melalui Bentong dan ikut saja jalan menghala ke Kuala Lipis.

Dari pekan Raub pun sama. Ikut saja jalan menghala ke Kuala Lipis. Ada signboard. Jangan takut. Dari jalan besar anda akan terjumpa satu signboard yang menunjukkan simpang ke kanan menulis 'Hulu Dong' atau Ulu Dong. Maksudnya sama. Bukan lain-lain tempat.

Masuk saja simpang itu dan jalan terus jangan belok-belok. Macam iklan NST 'go stret dont belok-belok'. Itu macam punya senang. Lagi senang dari anda first time masuk KL dan tanya kat mana jalan nak ke KLCC.

Terus saja sampai penghujung jalan dan anda akan terjumpa signboard 'Pulau Chekas' dan 'Lata Jarum'. Haa di sini la daya tarikan kawasan ni. Memang sangat best bagi penggila mandi sungai, budak pengakap yang nak buat camping, dan hari keluarga syarikat. Sila layankan gambar-gambar di bawah.


Signboard belakang tu yang aku maksudkan. Apa? Datang dari jauh nak menginap sini tapi takmau camping? Jangan takut. Chalet pun ada kat sini. Masuk ja tanya Chalet Hj Mustapa. Tau la orang kampung situ. Klik untuk besarkan gambar.

Air sungai kat sini memang terbaik. Kalau tak, takkan la encik baju kuning tu bukan main teruja muka dia. Btoi dak?

Sini kawasan Pulau Chekas. Kat sini nak wat sukaneka boleh, nak camping boleh, nak berkelah saja-saja pun boleh. Jangan bawak bohsia buat projek sudah.

Di chalet tu jugak ada flying fox. Ni gambar lama (2007). Tak tau la ada lagi ke tak benda ni. Ada lagi kot.


Pendek kata memang syiok la tempat ni. Tempat best. Orang kampung sini pun best. Ramah baik punya.

Untuk info lebih lanjut sila masuk sini--> uludongrangers.blogspot.com

Kawan dah pegi, deme bila lagi?